webnovel

Bah. 7: Percikan gegala

Keesokan paginya, Haris lambat dari kebiasaan. Aisyah sudah hampir selesai menikmati sarapannya, namun Haris masih tidak keluar dari biliknya.

Pagi itu, Haris terlanjak tidur kerana semalaman dia sukar untuk terlena dan tidak sedar entah pukul berapa baru dia mampu tertidur. Dia tergesa-gesa membersihkan diri dan bersedia untuk keluar bekerja.

Haris mengancing separuh daripada butang kemejanya dan kemudian cepat-cepat menyelit masuk lebih kemejanya ke dalam seluarnya. Dia mencapai tali leher dari rak dan disangkutkan di lehernya. Dia keluar dari bilik dan melihat Aisyah yang sedang bersarapan di meja makan dan roti sandwich untuk sarapannya juga sudah terhidang di atas meja.

Haris berfikir sejenak, "Should or not?". Dia buntu sama ada dia ingin makan sarapannya atau tidak.

Aisyah tersengih melihat Haris kekalutan itu lalu menegurnya dengan ramah, "Alarm rosak, ke? Doktor terlanjak tidur, ke?".

Sebaik mendengar sindiran itu, Haris tidak menghiraukannya, namun perutnya berkeroncong kelaparan. Dia terinjut-injut berjalan mendekati meja makan dan mencapai sandwich itu lalu menyumbatkan ke dalam mulutnya.

"Apa masalah dia hari ni? Kalut sangat. Nak aku tolong juga, ke?" sungut Aisyah dalam hati yang berasa gemas melihat kelakuan Haris ketika itu.

Sedang dia merapikan kemejanya, Aisyah mendekatinya. Aisyah mencapai tali leher di lehernya, kemudian membuat simpulan pada tali tersebut. Haris terkejut namun dia cuba bersahaja dan menikmati sandwichnya.

Sedang Haris menanti sambil menjamah sandwichnya, Aisyah selesai membuat simpulan, dia memasukkan lohong simpulan itu ke leher Haris. Kemudian, dia membantunya merapikan kemejanya dan meregangkan tali sesuai dengan kolar lehernya.

"Thanks," ucap Haris bersahaja.

"Dah habis makan, ke?" soal Aisyah yang melihat Haris berdiri kaku sambil menghirup perlahan susu dari gelas yang dipegangnya.

"A~, dah." Haris segera menyudahkan susunya.

"So, jomlah." Aisyah mengesa Haris untuk segera bersiap untuk tempat kerjanya.

"O~~," balas Haris akur.

Mereka berjalan keluar dari rumah dan Aisyah segera menekan butang turun. Mereka menanti dengan senyap sepi antara mereka. Lif dinanti tiba dengan beberapa penumpang dari aras sebelumnya. Mereka memasuki lif itu dan berdiri bersebelahan antara satu sama lain. Haris menyilangkan lengan pada tubuhnya sambil menanti satu demi satu aras menurun pada panel lif.

Aisyah dan Haris saling canggung berada dalam lif untuk ke hospital pagi itu walau mereka bersampingan. Sedang lif itu turun, satu per satu penghuni memasuki lif dan ia semakin sesak dengan orang. Penumpang lif saling bertolakan akibat kesesakan.

Haris mula berasa kurang selesa dengan posisinya yang dihimpit oleh penumpang di hadapannya dan cuba mendapatkan ruang dengan menolak penumpang di sekitarnya.

Namun penumpang lif lain menolaknya kembali dan menyebabkan dia hilang keseimbangan lalu badannya tertoleh dan hampir menghimpit Aisyah di sisinya. Namun tangannya pantas menahan dirinya pada dinding dari menindih Aisyah.

Mata mereka saling bertentangan namun Aisyah hanya termangu hairan. Haris segera membetulkan keadaannya. Dia merasai suatu sensasi aneh dalam dirinya lalu dia cuba menenangkan dirinya.

Akhirnya, lif mereka ditiba di aras parkir. Aisyah menghantar Haris ke hospital dan kemudian kembali ke rumah untuk menyelesaikan kerjanya.

Próximo capítulo