webnovel

Bah. 4 : Terbit di Hati

Keesokan pagi, selepas selesai solat subuh mereka beransur keluar dari bilik dan menuju ke kolam renang. Mereka bergabung kembali dengan Amir yang sedang duduk menanti mereka di sebuah bangku istirahat di tepi kolam renang itu.

Mereka duduk menghadap kolam renang itu dan langit yang terbentang luas di hadapan mereka dengan belukar belantara. Mereka dapat melihat cahaya fajar mula menyinari suasana pagi yang nyaman itu. Suasana pemandangan yang indah itu tidak lepaskan daripada direkodkan oleh kamera mereka.

"Kalau kalian boleh putarkan masa, adakah kalian akan kembali ke masa silam?" soal Aisyah membuka bicara antara mereka saat mereka begitu asyik menikmati pemandangan itu.

"Tak. Seperit apapun masa silam tu, semua tu takdir yang telah dirancang oleh-Nya." Hakim memberikan pendapat dengan bersahaja.

"Betul tu. Lagipun, ubah masa silam, makna ubah masa depan juga. Even the present is not as pleasure as I wanted, but I can bear it, even I did run away from it a lot." Amir membalas persoalan Aisyah dan turut bersetuju dengan pendapat Hakim itu. Dia terkenang akan hidupnya selama ini.

"Tapi aku akan kembali. At least, to save him." Aisyah mengajukan jawapannya. Dia masih terkilan dengan pemergiaan arwah tunangnya itu.

"Tapi apa yang dah lepas, kita harus reda dengannya. Hidup mati, takdir, semua tu perancangan Allah." Hakim memberikan nasihatnya.

Aisyah beristighfar beberapa kali sebaik menyedari perkara yang diperkatakan oleh mereka ada benarnya. Dia menyesali dirinya telah berfikir sedemikian.

Selepas puas menikmati pemandangan matahari terbit, mereka pergi restoran hotel mereka untuk mendapatkan sarapan pagi mereka. Mereka rancak berbual merancang aktiviti dan tempat mereka akan lawati sepanjang hari itu. Aisyah turut mengajak Amir untuk mengikuti mereka kembali ke Kuta kelak dan menawarkannya bilik di vila mereka.

Amir tidak teragak-agak dan langsung menerima ajakan itu. Kemudian, mereka mendaftar keluar hotel itu bersama-sama dan membantu Amir menguruskan sewaan kapcainya itu. Dari situ, mereka mula berjanji untuk meluangkan masa bersama-sama sepanjang percutian mereka di Bali itu.

Mereka singgah di Pasar Sukawati untuk membeli cenderamata. Mereka sangat senang hati memilih cenderamata masing-masing dan saling membantu membuat pilihan dengan beraneka cenderamata yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga pasar itu.

Tanpa sedar, mereka menghabiskan banyak masa membeli belah cenderamata dan perut mereka masing-masing sudah mula berkeroncong. Mereka saling berpandangan dan tergelak sendiri. Mereka singgah di sebuah warung untuk mengisi perut mereka.

Petang itu, mereka singgah di Big Garden Corner. Taman yang dihiasi dengan pelbagai jenis bungaan itu menjadi latar pemandangan kepada gambar yang mereka akan rakamkan. Sementara itu, Aisyah yang mengenakan gaun midi berwarna kuning pastel menjadi fokus gambar-gambar itu.

Selepas bersiar-siar di taman itu, mereka meneruskan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya. Mereka melalui suatu kawasan dan melihat ramai orang sedang bermain layang-layang. Hakim mendapat akal dan perlahan-lahan memberhentikan kereta mereka di padang itu.

"Jom kita terbangkan layang-layang juga," ajak Hakim lalu keluar dari kereta.

Aisyah dan Amir masih terpinga-pinga. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka turut keluar dari kereta dan beransur-ansur mendekati Hakim yang sedang memegang dua layang-layang yang baharu dibelinya.

Amir dan Aisyah masih kebingungan.

"Dah kenapa tiba-tiba nak main layang-layang pula ni?" soal Amir kehairanan.

"Kenapa salah, ke?" soal Hakim kembali.

"Best apa?!" sambungnya.

Aisyah dan Amir akur dan hanya mampu mengangguk-angguk faham sambil tersenyum. Hakim membantu Aisyah dan Amir menerbangkan layang-layang mereka. Selepas itu, dia hanya memerhatikan mereka yang sedang senang hati menerbangkan layang-layang masing-masing.

Seketika dia dapat merasakan dua insan itu mempunyai kisah yang tersendiri namun masih betah tersenyum dan tertawa menjalani kehidupan mereka dengan kegembiraan sedang dia terkenang akan dirinya yang pernah melalui zaman kegelapan yang hampir meragut nyawanya. Walau sudah lebih dari setahun kejadian berlaku namun semua itu masih segar dalam ingatannya.

Dia menarik nafas panjang dan cuba melupakan keperitan itu lalu mendekati mereka yang sedang riang bermain. Selepas puas bermain, mereka singgah minum petang di Canvas Kafe. Hakim mengambil kesempatan itu untuk memeriksa gambar-gambar yang telah diambil olehnya.

Próximo capítulo