Dua Jiwa Generasi Kedua,mengisahkan seorang pengembara yang bernama Rihisna ingin menjadi seorang pengembara yang terkenal.Selain itu,dia juga ingin merungkai segala ilmu kuno yang dibaca daripada buku-buku lama.Dalam pada itu,Rihisna harus menerima pelbagai rintangan dan mencari seorang teman sejati yang sentiasa bersama dengannya. Demi melindungi khazanah negaranya dia harus menjadi pewaris seterusnya bersama dengan teman rapatnya walaupun pada akhirnya salah seorang harus mati.Justeru yang terselamat dari kematian harus mememilih pewaris seterusnya
Di bawah bayu angin yang terasa nyaman sekali,pemandangan yang indah apabila dilihat,bak kehijauan yang tiada batasan serta kesuburan tanah menumbuhkan pokok-pokok
tanaman.Sebuah Kerajaan yang dianugerahkan dengan tanah subur dan menghijau hampir keseluruhan kawasan.Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang hidup di Kerajaan
ini.Kerajaan yang dipanggil dengan gelaran atau namanya ialah Kerajaan Tupmur.
Hampir ratusan jenis tumbuhan yang hidup di sekitar kawasan dan bahkan boleh mencecah berpuluh ribu jenis.Ini kerana pemandangan yang luas hingga bak tak terbatas menyebabkan mata kasar manusia tidak boleh menafsirkan puluhan ribu dan ratusan ribu pokok tumbuhan yang menumbuh di kawasan Kerajaan Tupmur yang begitu indah.
Pada masa yang sama,gunung-gunung dan bukit-bukit yang meninggi mencunam ke langit menampakkan keindahan apabila matahari ingin terbit atau ingin terbenam yang tidak terhingga warnanya apabila dilihat oleh sekalian makhluk yang hidup di kawasan Kerajaan ini.Di bahagian Utara Kerajaan,terdapat pokok-pokok tinggi yang besar saiznya.Pokok di Utara adalah tempat dimana pokok besar saiznya,boleh dikatakan paling banyak menumbuh di sekitar kawasan Utara.
Di bahagian Selatan pula terdapat banyak pokok-pokok yang daunnya menghijau dalam pelbagai jenis warna,apabila dipandang bak berada di kawasan penuh dengan kehijauan serta kedinginan yang dirasai sungguh menyamankan persekitaran.Ini kerana daunnya yang subur mengeluarkan atmosfera semacam kesejukan atau dingin bak musim semi sejuk kesederhanaan yang tidak boleh diperkatakan dengan begitu mudah.
Bahagian Selatan adalah tempat dimana banyak penghuni atau penduduk datang untuk berehat di
kawasan ini.Demikian kerana, suasana yang nyaman di sekitar dapat menimbulkan ketenangan yang tidak terhingga dan dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian serta dapat mewujudkan suasana yang menggembirakan sekaligus
melahirkan perasaan kasih yang mendalam kepada penduduk.
Di bahagian timur dan barat pula,terdapat banyak bunga-bunga yang mekar bagaikan berada di musim bunga yang tidak kunjung habis bak tak terbatas.Perbezaan diantara bahagian timur dan barat ialah dari segi jenis bunganya.Misalnya,bunga di bahagian barat terdapat warna merah,ungu dan hijau.Di bahagian timur,berwarna biru,kuning dan jingga.Bukan itu sahaja,keharuman bunga juga berbeza.Pada musim angin bertiup,bunga di bahagian timur dan barat berterbangan berselerak di awan-awanngan bagai melihat hujan bunga yang lebat di sekitar kawasan.
Sumber tenaga di kerajaan ini,tidak lain tak bukan tenaga daripada tumbuhan.Tenaga yang menggunakan iktas pada awal ditukarkan kepada tenaga yang menggunakan sisa buangan tumbuhan yang telah mati atau gugur.Dalam perincian,iktas adalah sebuah tenaga yang berada dalam setiap diri manusia sejak lahir lagi.Iktas dapat dibahagikan
dalam beberapa unsur,seperti Api,Ais,Tanah,Air,Kilat,Angin dan beberapa tenaga diketahui.Pada era ini, kebanyakkan kerajaan di seluruh dunia menggunakan Iktas sebagai
sumber tenaga utama sebelum menukarkan atau mentafsirkan kepada sesuatu bentuk tenaga yang kedua iaitu tenaga yang lebih besar untuk kehidupan seharian.Dalam erti kata lain,Iktas amat penting untuk kehidupan seharian manusia dari segi sumber untuk bekerja,membuat sesuatu,membina dan sebagainya.
Zikkkkkkkkkkkk!!!!!!! Wiiekkkkk!!! fuhhhhh
Bunyi yang berdesing memecah kehiningan pagi di bahagian Utara Kerajaan Tupmur serta mengganggu penduduk yang tinggal di kawasan sekitar.Dalam pada itu,mesyuarat telah tiadakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk iaitu bunyi yang yang sangat bising diantara waktu pagi,petang dan malam serta ditengah malam.Ianya suatu bunyi yang dapat memecah kaca-kaca yang berada dekat dengan sekitarnya.Dan juga,mencederakan penduduk di sekitarnya.
"Kita harus cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini!…"
"Jika tidak penduduk akan merana!"
Kata salah seorang yang berada di dalam dewan mesyuarat.
"Ya kita harus menyelesaikannya dengan secepat mungkin,tapi pertama kita harus mencari solusinya..?"
"Sebab itu kita berkumpul di sini"
DAM! DAM! DAM!bunyi yang terhasil dari ketukan di meja dewan mesyuarat
"Semua minta bertenang…"dengan nada yang serius mengucapkan kata-kata.
"Saya sebagai ketua di bahagian Utara telah mendapat cara untuk menyelesaikan masalah ini,tapi dengan cara ini saya tidak tahu sama ada berkesan atau tidak dapat diselasaikan,dengan erti kata lain peluang ini hanya 10% sahaja untuk berjaya…"
Ketua dari bahagian utara memberikan cadangan idea untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.Ketuanya digelar atau dinamai dengan panggilan Tuan Saona.Umurnya kira-kira dalam lingkungan 50 ke 60 tahun.Rupanya yang tidak memperlihatkan tua dan badannya yang gental serta wajah yang agak tampak serius tetapi baik orangnya serta tegas.Wajahnya agak tampan bermisai sedikit,serta berambut kemas dan pendek.
"Apakah cadangan Tuan Saona?" tanya salah seorang ahli dewan iaitu pembantu tahap dua didalam dewan.
"Kamu semua tahu tentang pengembara..atau dengan kata lain ahli pengembara?"kata Tuan Saona sambil menunjukkan air muka yang serius ke seluruh ahli dewan.
"Apa! Pengembara! adakah kita akan meminta tolong kepada pengembara..?"suara lantang itu terhasil daripada ahli dewan yang duduk di sudut kiri dari ketua serta menunjukkan wajah yang terkejut.
Seluruh dewan terasa tegang seketika sambil semua ahli dewan berbincang berbisik sehingga terhasil bunyi bising bisikan daripada ahli-ahli dewan.
"Semua diminta bertenang!..dengar dulu apa yang hendak dikatakan oleh Tuan Saona!.."
"Tuan Saona belum habis cakap tentang pengembara ni.."kata pembantu dewan tahap satu.
Semua ahli dewan terdiam dengan sekaligus.
"Hmmmm,terima kasih ya.."dengan wajah sambil tersenyum yang terhasil daripada Tuan Saona.
"Sang Pengembara yang hendak membantu kita bukan pengembara yang biasa…"
"Pada mulanya saya sendiri tidak yakin"
"Setelah difikirkan saya tiada pilihan lain,selain mengupahnya dengan separuh Nailber"
"APA! separuh Nailber,itu terlalu banyak Tuan Saona!"kata ahli dewan dari sudut kanan dari ketua.
"Ya,saya tahu,jumlah itu terlau banyak,tapi saya tiada pilihan lain lagi"
"OH Ya,sebelum itu,biar saya memperkenalkan si Sang pengembaranya"
Fiuhhhhhh siuhhhh,bunyi yang terhasil dari sudut pintu masuk dewan
Kelibat seorang lelaki muda yang agak kacak orangnya muncul dari pintu masuk dewan mesyuarat.
Badannya bersaiz S tidak seberapa besar tetapi berotot sederhana.
Rambutnya hitam kebiruan dan tebal tapi lembut.Anak mata kiri berwarna merah jambu dan kanan berwarna biru.Kulitnya warna putih agak cerah sedikit.Dilihat dari rupanya,umur lingkungan dalam 18 hingga 19 tahun.
"Hmmmm,memperkenalkan..."belum sempat Tuan Saona berbicara,secara terus pemuda itu mencelah.
"Yosh! Apa Khabar semua baik"sambil tersenyum dengan riang.
"Oh nama saya Rihisna seorang pengembara solo"
Dewan secara terus terdiam seketika tanpa mengeluarkan sebarang bunyi kecuali bunyi angin pendingin yang dihasilkan daripada sumber tenaga angin.
"EHEM! baiklah semua,Ini pengembara yang saya upah untuk misi kita"
"Macam mana ada apa-apa bantahan darinya"?
Ahli-ahli dewan terkedu seketika tanpa mengeluarkan sepatah kata
Dilihat dari aura tenaganya mengeluarkan tenaga yang banyak bahkan berskala luar biasa.Dalam pada masa yang sama,kakinya tidak mencecah lantai dewan.Ianya terapung di udara,hampir saja mencecahnya tetapi tidak sama sekali.
"Hahahaha! ini memang lumayan sekali"
"Sampai begini aku rasa yakin untuk menjalankan misi ini"
Suara yang berasal dari pembantu tahap pertama.
"Ya! memang sangat luar biasa"
"Dengan erti kata lain aku akan terus bersetuju dengan cadangan ini"pada ketika itu pembantu tahap kedua terus berkata dengan wajah yang sangat meyakinkan.
"Baiklah...suara setuju telah didengar oleh dua orang ahli dewan"
"Jika begitu,apa kata ahli yang lain?"
Tuan Saona bertanya kepada semua ahli-ahli dewan setelah pembantu dewan tahap kedua bersetuju.
"Ssssbsss.ssbsbsss...sbsbsbssesssvbe"
Suara daripada ahli-ahli dewan sedang berbisik berbincang kedengaran di dalam seluruh dewan.
TUK! TUK! TUK! bunyi ketukan yang terhasil dari Tuan Saona.
"Baiklah! semua nampaknya macam bersetuju dengannya"kata Tuan Saona sambil melihat semua ahli dewan.
"Hmmmmm,Saya dari wakil selurah ahli dewan dengan ini bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Tuan Saona iaitu Ketua Kerajaan Tupmur dan akan dilaksanakan dengan secepat mungkin!"suara yang lantang dan kuat yang terhasil dari Pembantu tahap Pertama.
"Saya juga bersetuju dengan cadangan ini"
"Serta akan dilasanakan pada esok hari"kata Tuan Saona
"Hmmmm,nampaknya apa yang perkirakan oleh Tuan Saona adalah lebih"
"Bagi saya,peratusan untuk berjaya dalam misi ini adalah 90 peratus"
"Betul atau tidak kata saya?"Pembantu tahap Kedua berkata dengan nada berkeyakinan kepada seluruh ahli dewan.
"Hahaha!"suara ketawa kecil yang datang dari Tuan Saona mengejut para ahli dewan
Tuan Saona dengan suara lantang tetapi bersederhana berkata
"Ya betul,pada mulanya cuma 10 peratus untuk terlaksana"
"Tetapi,apabila seluruh ahli dewan sudah bersetuju ia sudah menjadi 90 peratus untuk berjaya"kata Tuan Saona.
Seluruh orang di dewan tersenyum rasa bangga serta menimbulkan semangat untuk menjalankan misi.