webnovel

Pulau Heiwa

Autor: Skycrow
Urbano
Contínuo · 10.3K Modos de exibição
  • 3 Chs
    Conteúdo
  • Avaliações
  • N/A
    APOIO
Sinopse

Heiwa versi bahasa melayu

Tags
1 tags
Chapter 1Bab 1 : Akhirnya Sampai

Pada jam tepat 10 pagi keretapi dari Fukuoka tiba di Heiwa. Ramai orang berpusu-pusu untuk keluar dari keretapi tersebut termasuklah seorang remaja itu. "Cepatlah sikit keluar dah lah sempit kena berdiri rapat-rapat lagi", rungut remaja itu. Setelah beberapa lama kemudian remaja itu berjaya keluar dari gerabak itu. "Akhirnya dapat juga aku keluar dari keretapi ini. Hari pertama di Jepun pun dah susah. Salah aku juga pilih waktu kemuncak naik keretapi ini".

Kemudian remaja itu mula mencari bangku yang kosong untuk dia berehat sebentar kerana dalam keretapi tadi dia tidak pernah duduk sepanjang perjalanan itu. "Akhirnya sampai juga aku di pulau ini. Ikutkan sebenarnya aku nak naik keretapi dari Tokyo saja. Tapi disebabkan surat tawaran belajar aku lambat sampai dari tarikh sepatutnya dan surat itu sampai beberapa minggu sebelum aku daftar memang terbaik. Tak pasal-pasal aku kena dari Tokyo transit pergi Fukuoka pastu naik keretapi pergi ke Heiwa. Memang lepas ini memang aku cari katillah", rungut remaja itu. Kemudian remaja itu ambil beg sandang dia dan mengeluarkan peta lengkap di Pulau Heiwa setelah dia mendapatkan di sebuah kedai semasa membeli air minuman tadi. "Baiklah sekarang di mana letaknya Hight School Hoseki. Aku harap dia bukan terletak di kawasan yang terpencil ke atau terlalu sesak".

Selang beberapa kemudian remaja itu telah menemukan high school Hoseki dia bangun dari bangku dan terus keluar dari stesen keretapi itu. Sepanjang dalam perjalanan ke sekolah itu, dia dapat menyaksikan bertapa pesatnya dan majunya pulau Heiwa. Sepanjang di kaki lima tiada seorang pun yang ditugaskan untuk membersihkan sampah melainkan digantikan dengan robot pembersih. Selain itu juga, walaupun pulau Heiwa dikaitkan dengan mahu berpisah dari Jepun pada satu ketika dahulu, namun adat dan budaya mereka tetap diteruskan dan dipertahankan. Walaupun banyak bangunan tinggi menjulang ke langit, tetap akan ada beberapa kilometer ada kuil Shinto.

"Walaupun mereka kebanyakannya ateis tapi masih banyak kuil Shinto di sini. Tapi aku bersyukur negara aku negara masih lagi ada orang yang beragama termasuklah aku. Walaupun negara aku tak berapa maju nak dibandingkan dengan Jepun mahupun Heiwa, tapi pegangan agama di negara aku masih lagi kuat", jelas remaja itu. Setelah lama berjalan, akhirnya dia telah sampai ke sekolah itu tapi sayangnya sekolah itu kosong tak ada orang. "Memanglah tak ada orang sebab hari ini hari ahad. Aku cuma nak survey saja supaya aku bukannya macam rusa masuk kampung", jelas remaja itu. Kemudian dia mengeluarkan phone dia dan buat suatu carian.

Sedang dia mencari sesuatu di phone, satu nk basikal bergerak sangat laju dari belakangnya. "Asal kelam-kabut basikal itu. Relax sudahlah". Kemudian dia ternampak satu lagi basikal tapi kali ini basikal yang dibelakangnya adalah basikal polis. "Ooo patutlah penyangak rupanya". Kemudian dia letak beg sandang di tepi tembok sekolah. "Ok lama tak buat ini harap menjadilah. Paling-paling kalau tak jadi pun Cuma luka dan patah tulang saja", katanya. "Woi budak ketepi kalau tak nak kena langgar". Basikal itu semakin lama semakin mendekati remaja lelaki itu. Dengan satu masa yang tepat, remaja itu melompat dan memijak tayar depan basikal dan melakukan tendangan lutut di kepala pencuri itu. Akibatnya pencuri itu jatuh serta merta dari basikal dan remaja itu berjaya mendarat dengan selamat. Kemudian pencuri itu bangun dan mengambil pisau di poketnya lalu berlari ke arah remaja itu. Remaja itu berjaya mengelak tikaman itu dan menahan lengan pencuri lalu memusingkan lengan itu dan mengakibatkan pencuri merasa sakit dan melepaskan pisau itu. Kemudian dia menendang pisau itu jauh darinya dan memberi sekali lagi tendangan lutut di bahagian perut pencuri itu. Kemudian untuk serangan pamungkas dia menumbuk kepala pencuri yang menyebabkan pencuri itu jatuh lalu pengsan.

"Banyak benda kau boleh buat kerja mencuri juga kau nak buat. Memang mendapatlah". Lalu tak jauh dari basikal itu, remaja itu melihat beg yang mungkin kepunyaan mangsa. Lalu dia mengambil beg. Entah kenapa tiba-tiba ada timbul satu perasaan dia mahu melihat isi dalam beg tersebut. Dia membuka beg tersebut dan "Kepala otak kau, kau curi pakaian dalam perempuan. Perompak jenis apa kau ini ha?", marah remaja itu. Kemudian polis yang tadi mengejarnya menghampiri remaja itu. "Terima kasih menahan dia. Sebenarnya dia bukan setakat saja mencuri, dia adalah seorang pencabul", jelas polis itu. "Oooo rupanya kau lagi teruk dari pencuri ye". Remaja itu lalu memijak kepala pencuri itu. "Sudahlah jangan pijak kepala dia. Biarkan saya uruskan", kata polis itu. Polis itu memberi informasi penangkapan pencuri di radio dan meminta bantuan untuk menghantar pencuri itu ke balai.

Di belakang polis itu, remaja itu melihat seorang remaja perempuan menghampirinya. Dia menjangkakan itu adalah mangsa pencuri itu. "Kamu pemilik beg ini kah?". "Ya beg itu saya punya. Terima kasih kerana kembalikan beg ini kepada saya", kata remaja perempuan itu. " Sama-sama. Saya nak minta maaf juga sebab saya dah terlihat isi dalam beg kamu". "Tidak mengapa kalau saya jadi awak saya tentu akan buka beg itu juga", jelas remaja perempuan itu. "Oh yeah saya nak tanya kamu ini murid High School Hoseki ke?", tanya remaja perempuan itu. "Untuk sekarang belum lagi besok ye". "Jadi kamu ini murid pindahanlah". "Ye memang betul". Kemudian remaja perempuan itu menghulurkan tangan bersalaman dengan remaja lelaki itu. "Kalau begitu selamat berkenalan saya Mizunashi Mirai dari kelas 4 Ha". "Nama saya Ahmad Khairul. Kamu boleh panggil saya Kai. Selamat berkenalan Mizunashi Mirai". "Yeah Selamat berkenalan Kai".

Você também pode gostar