webnovel

Chapter 30 : Siapa Yang Siapa?

Satu teko berisi kopi hangat di capai oleh maid sebelum ia dituang ke dalam cangkir putih mahal berkilat bunga tulip dan garisan keemasan padanya. Wap hangat ikut keluar apabila cecair hitam itu keluar dari muncung teko tersebut.

Apabila air kopi siap dituang separuh dari cangkir itu, ianya kemudian bergerak ke depan wanita yang sedang duduk membaca helaian kertas dan kaki bersilang di kerusi depan halaman rumah mewah tersebut.

"Sarapan telah tersedia puan"maklum maid itu sebaik selesai menyelesaikan tugasnya.

Wanita itu kerling akan hidangan yang tersusun dengan teratur di meja besi itu separa berminat. Matanya digerakkan semula ke butiran yang ada dalam kertas di tangannya ketika itu.

"Hm.Kamu boleh pergi."katanya dengan mendatar.

Maid itu dengan takut-takut undurkan diri dan masuk ke dalam. Meninggalkan majikannya sendirian di laman itu sendirian. Menikmati cuaca pagi itu yang cerah bermatahari itu.

Bunyi selakkan kertas kedengaran sesaat kemudian apabila wanita berambut potongan bob cut itu membuka muka helaian yang seterusnya setelah selesai membaca habis akan isi dokumen tadi.

Tap!

Tap!

Tap!

Bunyi tapak kasut kedengaran dari arah belakang dengan perlahan. Sangat perlahan tapi dapat dikesan oleh telinganya ketika itu.

"Adakah kamu ke sini bawa maklumat yang memuaskan?Sekiranya tiada, saya tidak mahu mendengarnya."katanya awal-awal sebelum sesiapa saja yang ada di belakangnya ketika ini bersuara.

"Bergantung pada pendapat puan selepas mendengarnya."jawab suara lelaki di belakangnya.

Bersama renungan jengkel, dia letakkan kertas bacaannya tadi di meja lalu silangkan tangan ke dada. "Apa perkara tu?"

"Di Clove telah dibeli oleh tuan muda bongsu Seth. Dan kini Di Clove berjaya menarik para pelabur untuk naikkan semula imej syarikat itu. Dan sekarang saham mereka lebih tinggi dari kebiasaannya. Sejak dua minggu pertama ia sering naik saban hari.."

Mendengar nama anak lelakinya di ungkit, dia berdengus kecil saat tersengih meleret. "Nampaknya Seth benar-benar mahu mencabar suami saya dalam hal ini?Bagaimana dengan hal lain?"

"Seorang wanita bernama Naera Aleena telah didapati menjadi setiausaha tuan muda Seth di syarikat itu yang mana merupakan rakan lama tuan muda Seth 8 tahun yang lalu. Mereka berkenalan sewaktu di sekolah menengah tinggi suatu masa dahulu."

Perempuan?

Terus berpaling dia sebaik mendengarnya. "Perempuan?"ulangnya semula. Anak lelaki ais batu dia?Berkenalan dengan wanita?Buat pertama kalinya? Wah! "Siapa perempuan tu?"

"Menurut siasatan saya, Naera Aleena adalan anak perempuan kepada former owner Di Clove, Nadeem Alec yang terkorban 8 tahun lalu akibat jatuh dari bangunan."

Terbutang luas matanya sebaik mendemgar kenyataan itu. "Apa kamu kata?Anak Nadeem?" tanya dia dengan tergamam.

"Ya Puan Emelda, Naera Aleena merupakan anak tunggal pasangan Nadeem dan Arina."

Emelda pandang risau akan pembantu rahsianya. "Suami saya tahu tentang hal ini?"

"Tidak puan...seperti yang puan minta, telah kami cover sebaik mungkin supaya jauh dari pengetahuan tuan Renold."ujar lelaki bersut hitam itu lagi.

"Sudah berapa lama hal ini berlanjutan?"tanya Emelda lagi.

"Sejak dua minggu yang lepas."

Pandangan Emelda di tala ke satu arah. Dia berkerut risau susah hati.

Haish!

Anaknya itu pun satu. Ramai-ramai gadis dalam dunia ini, anak kepada kekasih lamanya juga yang dijadikan pilihan hati?Kalau Seth tahu yang ayah Naera itu adalah kekasih lama dia sebelum berkahwin dengan Renold, apa agaknya reaksi anaknya itu. Yalah, sebab rahsia ini la Renold nekad hendak lingkupkan syarikat Nadeem. Gara-gara suaminya tahu dia masih berhubung dengan Nadeem la Naera kini jadi yatim piatu.

Dan sekarang apa?

Seth bersama dengan anak Nadeem?

Memang tidak lah!

Kalau Renold tahu hal ni, mahunya perang besar anak beranak tu nanti! Sudahlah Renold bencikan Nadeem dan keluarga lelaki itu.

"Di mana Seth sekarang?"tanya Emelda sewaktu gerak mencapai telefon bimbitnya. Mahu menghubungi anak lelakinya itu.

"Di penthouse beliau."

Emelda sibuk sentuh skrin telefonnya ketika ada panggilan masuk. Dan bila dia nampak nama yang tertera pada skrin itu, dia terkedu sendiri. Sh*t!Suami dia yang call!

"Suami saya?"

"Tuan dalam perjalanan pulang dari airport ke sini.."

Emelda yang cemas terus berdiri. Dia menghadap pembantunya itu. "Arahkan semua orang untuk tutup mulut dan pastikan hal ini tidak di ketahui oleh suami saya...sekarang."gesanya sebelum jawab panggilan itu.

Tanpa bersuara, lelaki itu beri tunduk patuh dan berlalu pergi dari situ meninggalkan Emelda.

"Hai sayang.."sapa Emelda dengan nada ceria terpaksanya. Gelabah dia memang tak boleh digambarkan. Lagi-lagi lepas dapat tahu semua hal ni. Suaminya ini boleh tahan jugak jahatnya.

"Awak dekat mana?"tanya Renold.

"Ada ni hah...dekat rumah.."jawab Emelda.

"Saya dalam perjalanan balik ke sana."beritahu Renold.

Emelda mengangguk kepala dengan terpaksa. "Okay..saya tunggu. Cepat sampai ya.."katanya. Seth memang nak kena betul la!kenapa la Budak bertuah tu suka sangat buat jantung dia lemah!Haih!Anak-anak!Apalah dia nak buat kali ni!Jangan Naera pula jadi mangsa suaminya nanti sudah!

****************************************

Here triple update for you guys.

Hope you like this chapter.

Don't forget to vote or leave comment.

Beritahu Tinta apa pendapat Buddies so far for this story?

Próximo capítulo