webnovel

*- Menara Kegelapan Bahagian 1 -*

"AHHHHH!!!", Safiy bangun daripada tidur. Semua orang disekeliling masih tidur kecuali G-gong. Dia sedang main telefon pintar.

"G-gong....dah berapa lama kita terlantar dekat sini?", tanya Safiy.

"Hmmmmm... rasanya dah dua hari, ni.", G-gong tunjukkan kalendar.

Safiy cuba bangun tapi dia seperti tiada tenaga.

"Betul tu... mungkin salah kita semua juga..."

"Salah apa?"

"Aku mimpi tentang, mungkin Zyon tu Fawwaz tak?"

DOOM!, bunyi gegaran kuat dari luar. Semua lampu terpadam.

"Daaa~~Ded..."

"G-gong! Apa dah jadi ni... bunyi apa tu?!", jerit Safiy.

"Diam jelah. Kau nak mati ke?"

Gegaran itu makin lama makin hilang.

"Ok...apa dah berlaku sebenarnya? Bunyi apa tadi tu?"

"Tu... raksasa, gelaran diberikan 'Dandead', mengikut sejarah dikumpulkan makhluk itu tiada kelemahan. Ramai yang mati dan masuk hospital kerana makhluk itu berlegar di bandar kita semenjak menara tu keluar. Lebih baik jangan kacau dia kalau nak hidup."

"Macam kurang ja geng kita, mana yang lain?"

"Mereka di ruang sebelah."

Safiy cuba berjalan dan melihat ke luar tingkap. Hujan telah berhenti tetapi keadaan masih mendung dan gelap. Seluruh jalan raya kosong. Tiba-tiba Safiy rasa pening dan berlanggar semua objek disekeliling dia sebelum dia jatuh ke lantai.

"Uhuk...Uhuk...Arkh!!", Safiy muntah darah. G-gong terkejut dan campak telefon dia.

"Safiy!!"

G-gong mendapatkan Safiy.

"Doktor!!"

Safiy dibawa masuk ke wad kecemasan. G-gong dan tiada sesiapa boleh masuk. Adam dan Shazmir melalui kawasan itu. Mereka pelik G-gong menunggu di depan pintu wad kecemasan.

"G-gong....apa dah jadi?", tanya Adam.

"Safiy...dia masuk dalam. Dia sakit lagi."

"Aduh...malang tak berbau. Tak apa kami teman engkau, makan lah sedikit.", Shazmir hulurkan kuih hospital.

"Terima kasih."

Selepas makan, mereka berbual perkara lepas.

"Macam tak percayakan apa yang kita lihat dua hari lepas....", kata Shazmir.

"Haah...Zyon ialah Fawwaz tapi kenapa? Macam mana? Bukan Fawwaz dah lama mati ke?", ragu-ragu Adam bertanya.

"Itu pun aku pelik juga tapi aku juga rasakan macam pernah kenal Zyon macam aku tengok Fawwaz tapi berbeza...", kata G-gong.

"Macam mana hang tahu tu Fawwaz...", muncul Aisha dan Siti dari arah lain sambil bawa makanan. Mereka beri pada tiga lelaki tersebut.

"Am ..yum... tengoklah reaksi Safiy, tiba-tiba saja dia sakit macam terkejut tahap nak mati.."

"Betul juga kata hampa tuh", kata Siti. Siti dan Aisha berjalan sambil berbual, mereka bertiga melihat saja.

"Aku masih tak puas hati, dia hentam kita dengan satu gelombang saja pun kalah kita.", kata Adam.

"Itu juga satu hal, kalau aku jumpa dia lagi, aku bakar dia dekat kuasa penuh aku!", tegas Shazmir.

"Mantap duh!"

Selepas itu, seorang doktor keluar dari wad kecemasan dengan muka pucat. Mereka curiga.

"Kenapa ni doktor?"

"Mari ikut saya masuk."

Mereka bertiga mengikut doktor itu masuk dan Sans duduk di sebelah Safiy.

"Sans?", pelik G-gong.

"Heya G-gong lama tak jumpa, mari aku nak tunjukkan sesuatu.", Sans tarik satu skrin.

"Apa ni?", tanya Shazmir.

"Mengikut kajian aku, ini semua punca kuasa Safiy dengan makhluk tulang ciptaan dia namun satu saja yang hilang..."

Sans tunjukkan gambar blur kemudian dibaiki, makin lama makin jelas. Sans juga tunjukkan video CCTV dengan gambar itu seperti seiras. G-gong terkejut.

"JUDGE!!! Tapi macam mana dia dapat keluar?!"

"Itulah sebab Safiy terlalu lemah, diri dia dipecah dua."

"Tapi siapa tahu siapa yang keluarkan kuasa dia secara paksa macam ni?", tanya doktor.

"Hmmmmm.... ha, baru aku teringat, waktu PAAM dulu, Safiy hilang secara tiba-tiba. Setelah dia hilang, kami jumpa dia dalam keadaan lemah. Aku rasa mesti raksasa kegelapan menculik dia. Tapi macam mana mereka tahu kewujudan kegelapan dari Safiy? Rasanya aku sorang jelah yang tahu..", kata G-gong.

"Aku rasa musuh kita dapat rasakan bentuk tenaga dalaman dengan melihat saja?", ragu-ragu Shazmir bertanya.

"Lebih baik sekarang ni kita tunggu dia sedar semula."

********************************************

Safiy menaiki tangga yang tak pernah habis.

"Penatnya...aku dekat mana ni...", Safiy memandang sekeliling hanyalah ada awan. Akhirnya, dia sampai tempat luas. Ruang itu ada satu tiang besar di tengah. Di hujung ruang itu ada satu pintu dikunci banyak tulang.

"Tempat apa pula ni?"

"Selamat datang Safiy, kawan lama. Aku sudah lama menunggu!!"

Safiy dongak ke atas dan ada sesuatu duduk di atas tiang itu, The Judge, salah satu Sans dari Safiy.

"Kau!!", Safiy jerit.

"Hahaha Safiy, tak sangka aku akan berlawan dengan kau! Sudah sekian lama dendam aku dengan kau!"

"Judge!! Kembali semula ke tubuh aku!!"

"Jangan harap! Selagi Raja Kegelapan berikan kebebasan ini, aku takkan sia-siakan peluang ini!! Aku takkan kembali pada kau! Aku akan bunuh kau dan ambil kau jadi aku! Hahaha!"

"Raja Kegelapan? Mustahil dia keluarkan kau?"

"Hahaha itulah yang sebenarnya dan kontrak hidupnya. Mengikut kontrak, aku akan lawan kau dan dapat buat apa-apa lepas tu. Lepas tu aku bunuh kau dan Safiy tak akan terlahir! Ini baru seronok!!!", ketawa Judge.

Mata Judge berapi dan separuh badan dia panas barak. Keluar dua gargantua J.Blaster di belakangnya.

"Safiy! Rasakan!!!"

"Tidak, tak boleh!!", Safiy keluarkan sedikit air mata.

"Masih belum?"

BOOM!!

********************************************

"Ahhh!", Safiy terbangun tidur. Safiy berada di bilik wad. Semua orang di sekeliling dia masih tidur. Dia kembali baring atas katil.

"Cis..."

____________________________________________

Pasukan C208 dan Birunians berkumpul mengambil barang masing-masing untuk ke bangunan kegelapan.

"Baiklah, dengar baik-baik. Kita akan bergerak sebentar lagi.", kata Safiy.

"Weh jap aku nak ke tandas....", kata G-gong. Dia ke tandas.

"Ok...siapa yang nak pergi tandas lagi?", tanya Safiy.

Pruuuuuut..., seseorang kentut busuk sampai semua orang dapat bau. Ada sampai termuntah.

"Eeee..Afiq, kau kentut ya?", tanya Shafiza.

"Mana ada...tu Sabil la.", Afiq larikan diri.

"Tak-tak dia tipu!", kata Batrisya

Selepas beberapa minit, elektrik terpadam.

"Kenapa ni?", tanya Idham. Idham keluar dari pintu belakang.

"Engkau baru balik dari Typhoon? Macam mana kerja?", tanya Rusyaidi.

"Biasa-biasa je"

"Hati-hati!!! Dandead ada di sebelah kawasan kita!", jerit G-gong.

SVUH!, bunyi jet terbang.

"Agaknya...Dandead tu rupa dia macam mana? Jom kita lihat.", kata Idham.

Mereka keluar dari hospital dan menyorok berdekatan jalan sempit sebelah jalan raya. Banyak bangunan runtuh. Mereka memerhati dari bawah sampai atas. Ketinggian Dandead setinggi sekurang-kurangnya 75 meter. Ada dua jet berpusing dari jauh dan melepaskan empat peluru berpandu pada Dandead.

BOOM! BOOM!, tiada kesan yang teruk. Dandead berpaling ke arah jet itu. Dia terus baling pedang gergasi dia. Pedang Dandead mengejar jejak dua jet itu sampai dapat.

BOOM! BOOM!, kedua-dua jet itu meletup. Pedang itu kembali dan Dandead tangkapnya. Jadi satu gelombang angin seketika. Dandead kembali meronda bandar. Apabila Dandead makin jauh, mereka segera ke menara kegelapan sebelum Dandead berpusing ke kawasan hospital semula. Lokasi menara itu di tapak sekolah mereka.

_________________________________________

Di puncak menara kegelapan, Y dan Zyon datang menghadap.

"Tuanku Zygon....Zyon telah bongkarkan rahsia.", kata Y.

"Apa?! Muahahahaha! Biarkan saja, itu bukan identiti sebenar dia. Tiada siapa kenal Zyon di zaman ini lagi. Musuh lama sudah lama mati."

Zygon berjalan ke hujung dan melihat pemandangan semua bandar. Dia dapat lihat juga Bandar Xalav dari atas tu.

"Bayang, kau boleh pergi. Zyon, kamu tunggu."

Y memasuki dalam bayang dan hilang. Zygon berjalan ke arah Zyon dan pegang kepala dia.

"Zyon, aku dah cakap jangan terbongkar lagi! Walaupun musuh kita dah lama mati namun musuh baru kita mengenali tubuh yang kau kendalikan itu! Kalau terjadi hal ini lagi, habislah kau selamanya!", tegas Zygon.

_________________________________________

Mereka hampir tiba. Kawasan sekolah yang dikelilingi hutan kini dipenuhi batu besar. Di hujung jalan ada menara dengan pintu sangat besar bersaiz separuh Dandead. Ada dua pengawal batu menjaga pintu itu, tinggi mereka sama dengan tinggi pintu itu. Langkah mereka terhenti sebentar.

"Aduh, macam mana pulak ni?"

Tiba-tiba, G-gong ternampak satu gua kecil tidak jauh dari tepi mereka.

"Safiy, tengok tu..."

Safiy nampak gua itu juga termasuk mereka.

"Bagus, untuk keselamatan, perempuan tunggu sini, biar kami lelaki masuk dulu..."

"Ok, kami akan tunggu di sini..kami terjadi apa-apa biar kami bantu...", kata Syahadah.

Semua lelaki masuk. Selepas mereka masuk, terjadi satu pancaran cahaya dan menerangi mereka. Tiba-tiba, mereka rasakan angin kuat. Mereka tiba di tingkat paling atas menara kegelapan. Zygon menanti mereka.

"Kamu jumpa laluan itu ya? Bagus, terimalah perangkap aku ni.", Zygon berdiri dari singgahsana dia.

******The Judge ialah sans ciptaan Safiy*******

Próximo capítulo