webnovel

68.

"Calon pertama..Adam Lincoln, pemegang saham 34 peratus dalam syarikat. Wow banyak tu."baca Mateo apa yang tertera pada skrin ipad dia sebelum pandang lelaki berambut botak tengah yang sedang duduk sandar dengan lemah di kerusi belakang meja kerja itu.

"Si-siapa kau?"dengan mata terjuling ke atas menahan sakit, Adam cuba bersuara. Dia waktu itu sedang lihat-lihat dokumen dalam pejabatnya sebelum di datangan tiga lelaki. Dua darinya bertopeng mulut, Yang satu lagi tak. Masing-masing kenakan pakaian hitam dan bersarung tangan. Tak sempat nak buat apa-apa dia disuntik dengan sesuatu sehingga buatkan badan dia lumpuh.

"Pernah menjadi orang kanan kepada Haider Zacharia selama tiga tahun..kemudian di pecat kerana menyeleweng wang syarikat. Namun enam tahun lepas di lantik semula menjadi pemegang saham.."baca Mateo lagi.

"Me-mereka yang tawarkan...pada aku....kalau...aku sokong...Desmond."sebut Adam di balik nafas dia.

"Iya ke?"tanya Mateo dengan nada macam orang kasihkan sesuatu. "Sebab itu, kau orang sanggup lucutkan jawatan Haider lepas dirasuah dengan kedudukan dalam syarikat? Macam tu?"

Tersentak-sentak lelaki tu macam kena sawan dekat kerusi tu.

Kian dan pembantu lelaki tu sibuk letakkan sampel Desmond dalam pejabat. Nak nampakkan kematian Adam disebabkan Desmond.

"Kau khianati ayah aku dengan seleweng wang dia...ayah aku pecat kau untuk selamatkan syarikat dia dan diri kau dari di hadapkan mahkamah..ini yang kau bayar dekat dia balik?Tikam dia dari belakang dan berkomplot dengan Desmond serta ayah tak guna dia semata untuk wang?"soal Mateo.

Terbutang luas mata lelaki tu lepas dengar. "Ka-kau anak Haider?"

Mateo menarik sengih jahat dia. "Asal terkejut?"

"To-long.."rayu lelaki tu sambil gapai tangan ke Mateo.

Mateo pandang kosong ke Adam lalu bangun dari situ. "Mereput la kau dekat situ. Kau tak tahu apa kau dah buat pada ayah aku...orang yang pernah percayakan kau sebagai orang kanan dia, adalah orang yang sama cederakan dia..."sebut dia dengan nada dingin tiada perasaan.

Kian berdiri dekat sebelah lelaki tu dengan picagari berisi cecair penghenti detak jantung dekat tangan. Sebelum dia suntik, dia pandang lelaki itu. "Undang-undang zaman sekarang tak boleh di percayai. Segalanya boleh diselesaikan dengan wang. Sebab itu kami guna undang-undang kami...tenang di sana tuan Adam Lincoln. Kerjasama anda amat kami hargai.."ucap dia semasa perlahan-lahan suntik cecair tu dekat bawah cuping telinga dekat dengan arteri utama Adam.

Mata Adam mulai juling ke atas dengan mulut ternganga meminta udara. Badan itu tersentak-sentak sedikit sebelum kaku sepenuhnya 10 saat kemudian setelah ubat itu beri kesan.

Selesai hentikan jantung Adam, Kian panggil pembantu dia untuk datang ke dekat. Menggunakan sampel yang mereka telah sediakan, DNA Desmond di tinggalkan pada badan Adam. 

Mateo yang berdiri depan cermin kaca menghadap pemandangan malam itu hanya termenung dengan tangan berada dalam poket seluar skinny jean hitamnya.

Dia tahu apa dia buat ni salah. Dia tahu bukan hak dia untuk hukum mereka. Tapi disebabkan dia nak mereka rasa apa yang mereka dah buat pada orang tua dia, baik dan buruk tu dah tak ada dalam kamus hidupnya. Bagi Mateo semuanya sama.

"Tuan...kita dah selesai.."maklum Kian dekat belakang lepas pastikan mereka tidak tinggalkan sebarang kesan atau bukti di situ.

Mateo berpaling menghadap mereka. "Next target..."sebut dia dengan mendatar bersama renungan gelap.

Próximo capítulo