Jam bentuk petak hitam berdigit merah tunjuk masa masuk jam tiga tiga puluh pagi. Xiana tengah baring dekat katil ditimpa bantal golek tengah lena tak sedarkan diri masa pintu bilik tu terbuka lalu cahaya terang menerangi ruangan tersebut secara tiba-tiba. Tapi sikit pun tak ganggu lena Xiana.
Muncul Ryan yang berkot labuh senantiasa sejurus itu. Dia masuk ke bilik dimana Xiana simpan baju, beg, kasut dan sebagainya. Tak lama dia masuk, lelaki tu keluar dengan beberapa pasang pakaian dekat tangan lalu di sumbat masuk ke dalam beg packing kecil yang turut dia ambil dari bilik tadi.
Xiana yang dah tidur mati langsung tak sedar apa yang sedang berlaku.
Selesai packing pakaian, Ryan ambil beg tangan kegemaran Xiana warna hijau emerald yang ada dekat atas rak beg tangan sebelah cermin panjang. Lalu dia gerak ke meja solek Xiana, entah apa yang ada dekat atas meja solek tu dia capai lalu disumbat masuk dalam beg tangan tu. Tak lupa telefon bimbit yang ada di almari sebelah katil dan dompet di tepi lampu tidur.
Yakin yang dia tidak tinggalkan apa-apa, Ryan capai jaket putih berkolar bulu putih dekat belakang pintu sebelum dapatkan Xiana, Tubuh itu digoyangkan. "Cik Xiana.."
Tak terkutik. Mata tu terpejam rapat.
"Cik...kita kena pergi ni.."kejut Ryan lagi.
Perlahan-lahan mata Xiana terbuka, dengan mengantuk dia pandang Ryan bersama kerutan di kening. "Hm."mamai dia nak bersuara.
"We need to go now.."Ryan bangunkan Xiana dari baring. Buatkan wanita itu duduk melunjur dengan muka terpinga-pinga.
"Ada apa?"tanya Xiana.
Ryan sarungkan jaket ke badan Xiana secara paksa sebab dia nak cepat. Benda emergency macam ni. Memang tak adanya dia nak tunggu Xiana sedar sepenuhnya.
"Ada sesuatu dah berlaku. Tuan Mateo nak cik ikut dia sekali.."Ryan papah Xiana turun dari katil tu dan pegang lengan tu untuk elakkan Xiana jatuh.
Xiana selak rambut dia yang berada di merata tempat di wajahnya dengan mata terpejam. Apa yang dah berlaku?Pukul berapa ni? "Kita nak ke mana?"tanya dia dengan suara kecil sebab masih belum sedar sepenuhnya.
Masa Ryan tunduk capai beg masa tu la Kian muncul depan pintu dengan muka cemas dia.
"Dah siap belum?"tanya dia masa pandang Xiana dan Ryan silih ganti.
"Dah...tuan Mateo mana?"
"Dekat luar...dia tengah on the phone.."Kian capai beg dari Ryan.
Xiana sandar ke Kian masa dia rasa macam nak tumbang ke belakang. Gila tak...bangun secara mengejut kot...siapa tak rasa nak pitam. "Apa yang kelam kabutkan ni?"tanya dia masa Ryan tutup suis lampu dan tutup pintu bilik dia selepas mereka berdua keluar.
"Saya akan terangkan nanti...kita kena cepat ni.."Ryan dorong Xiana maju ke depan supaya cepat. Setelah itu dia tunduk ke bawah bawakan kasut ke kaki Xiana.
Xiana selak rambut panjang dia dengan rimas masa berdiri pegang bahu Ryan sewaktu dia disarungkan kasut sambil tu dia pandang Kian. "Awak apa yang dah berlaku ni?"tanya dia pada lelaki yang berdiri pegang pintu memerhatikan mereka berdua.
Kian beri pandangan risau dan sedih pada Xiana sambil mengetap gigi.
Xiana yang perasan akan reaksi sedih dari renungan itu buat muka tak faham. Ada sesuatu tak baik dah berlaku ke sampai pagi-pagi buta dia dikejutkan bangun macam ni?
"Jom..."ajak Ryan yang kembali berdiri tegak lepas selesai pakaikan Xiana kasut. Dia main sarung je kasut dia sebelum dorong Xiana keluar dari situ bersama dengan Kian.
Tiba saja di luar, Xiana ternampak Mateo jalan mundar mandir pegang telefon dekat telinga dengan resah. "Mateo..."panggil Xiana masa berdiri depan Ryan dan Kian.
Dengar saja suara Xiana, Mateo angkat kepala lalu berhenti dari bergerak. Dia palingkan kepala ke arah mereka dan memandang Xiana dengan mata kemerahan.
"Papa aku dia kena siezure....." maklum Mateo dengan suara lirih.
Xiana yang berdiri dekat situ pandang terkejut ke Mateo lepas dengar.