webnovel

15.

"Bukan dia..."

Xiana pegang dinding tu sebelum sandarkan badan padanya untuk sokong badan dia yang sedang sakit-sakit itu. Sambil seka air mata dengan belakang tangan. Dia pun ikut terkejut macam Bianca. Siapa pulak yang bawak mulut sampai dia kena belasah dengan Bianca!

"Dah tu siapa?"soal Bianca.

"Aku..."

Dengan serentak Bianca dan Xiana membutang mata lepas dengar.

What an actual f*ck!

"Apa!Kau?"tanya Bianca masa tangan dia telah di lepaskan.

Desmond pandang Bianca dengan renungan dingin dia. "Ha'ah...ada masalah ke?"

"But why?"soal Bianca sambil lempar tangan tak percaya. "Lepas apa yang aku buat untuk company ni kau campak aku keluar ke tempat lain?Macam tu kau balas budi aku?"soalnya dengan nada kebengangan.

Tersengih Desmond lepas dengar, dia lentokkan sikit kepala memandang Bianca. "Apa kau cakap?Balas budi?"soal dia dengan nada mengejek. "Budi apa kau dah buat untuk company ni?"

Kerutan di kening Bianca semakin berkurangan lepas dengar soalan itu.

"Hmm?Cuba beritahu aku?"Desmond pandang adik tiri anak luar nikah papanya ini dengan renungan sinis. Acah je dah buat budi dalam company ni. "Setahu aku la....kau tak buat apa-apa pun untuk company ni...dan aku rasa kau tahu tentang hal tu.."

Xiana pegang tepi lengan dia dengan muka menahan sakit sewaktu dengar perbualan dua orang di depannya. Asal dua orang ni cakap secara casual macam dah kenal rapat? Bianca selamba je tengking CEO mereka.

"Kau-"Bianca tunding jari tak percaya ke Desmond.

"Ya...aku. Aku yang bawak mulut dekat papa untuk tukarkan kau ke cawangan lain. Kau patut berterima kasih dekat aku sebab suruh papa kekalkan kau bekerja dari larang kau jejak kaki dekat mana-mana syarikat papa

ni.."ujar Desmond dengan sengih mengejek dia.

"Apa masalah kau! Asal kau buat semua ni!"Bianca tumbuk dada Desmond dengan kuat.

Desmond palingkan kepala ke arah Xiana yang dalam keadaan devastated itu. Serba salah dia dibuatnya. Tak pasal-pasal Xiana jadi mangsa keadaan mereka. Lantas dia kembali memandang Bianca dengan renungan benci. Dasar perempuan tak sedar diri. Ingat diri tu siapa!

"Sebab kau tak bekerja. Kau makan gaji buta.Kau ingat aku tak tahu selama ni semua hasil kerja kau tu bukan kau yang buat...kau suruh assistant kau buat semua kerja tu untuk kau dan kau gunakan semua kerja dia untuk impress papa yang mana berjaya. Jadi sebelum hal jadi lebih serius, papa sukakan kau aku terpaksa hapuskan kau awal-awal..."cerita Desmond lagi.

Terkedu Xiana dekat situ bila tengok sisi gelap Desmond. Jadi Boanca ni la adik Demsond. No wonder la perangai macam diva. Dia tak sangka sedingin ini sikap Desmond ya. Aura gelap kelihatan di sekitar lelaki itu. Serta merta buatkan dia takut di situ.

"YAH!!!"jerit Bianca sambil kepal penumbuk di kedua-dua tangan.

"Apa?"balas Desmond dengan bersahaja. "Sedar sikit diri tu siapa...jangan berlagak macam kau sebahagian dari keluarga aku la. Jadi berhambus dari sini dengan baik sebelum aku sendiri yang heret kau keluar..biar semua orang tengok...miss diva company ni keluar dengan gilang-gemilang dari sini.."

Mencerlung tajam kening Bianca lepas dengar. Dada dia naik turun keberangan lantas menghentak kaki memberontak sebelum berpaling semula ke arah dimana mereka muncul tadi.

Xiana menikus dekat situ bila Bianca jalan melewati dia. Takut di lempuk lagi dengan wanita psiko tu.

Desmond kemudiannya dekati Xiana. Hendak pastikan wanita itu tidak apa-apa. "Awak tak apa-apa Ana?"soal dia semasa mendekat.

Lihat saja lelaki lampai itu hendak mendekatinya, Xiana pandang takut. "Ya...saya tak apa-apa."sebutnya sambil tolak badan dari sandar di dinding.

Desmond jengah sedikit kepala untuk dekat pada Xiana. Ingin melihat kecederaan yang Xiana dapat. "Awak luka dekat mana-mana ke?"

Kening Xiana berkerut tak faham. "Kenapa tuan buat macam tu?"soal dia dengan renungan risau.

Kening kanan Desmond terjungkit sedikit masa Xiana tanya. "Kenapa tak boleh? Bukan ke awak suka memandangkan bos kejam awak dah tak ada lagi?"

"Bukan macam ni....tuan tahu tak apa tuan dah buat?"soal Xiana lagi.

Desmond tersengih. Lalu hulurkan tangan untuk memeluk bahu Xiana. "Biar saya tolong awak...boleh jalan tak ni?"dalih dia yang tidak mahu berbincang mengenai Bianca lagi. Buang masa je!

Xiana tolak diri dia jauh dari Desmond. "Saya tak apa-apa.."gelengnya sambil pegang tepi lengannya.

"Ana..."panggil Desmond dengan muka terkilan bila Xiana buat tak layan akan layanan baik dia.

Tanpa berkata apa-apa lagi Xiana gerak semula ke pejabatnya semula. Dia tak percaya. Kenapa ya orang suka buat dia susah macam ni. Tak ayah dia...bos dia sendiri. Kenapa mereka buat keputusan tanpa berbincang dengan dia atau katakannya dari awal pada dia sampaikan resultnya dia yang kena tanggung!

Próximo capítulo