webnovel

Dear...

Today is Jumaat. Kalau dulu, bila waktu nak masuk tengahari, wajib lelaki-lelaki pergi ke masjid untuk solat Jumaat. But, now. We can't go the mosque because of the pandemic. Dunia yang makin tenat.😿😿😿

So...aku tahu kau orang rindu gila nak dengar carutan aku yang bertubi-tubi. Eheh😆😆😆. Tak adalah, gurau je..mahu nak kena cili mulut tu sampai bengkak bibior(bibir👄).

Sebut pasal bibir. Terimbas pula memori waktu sekolah menengah.🤭🤭🤭

Dalam kelas, mesti ada macam-macam perangai yang bila kau sebut je. Kau dah tahu, siapa. Okay, aku start masa aku form 1. So, dalam kelas aku ada twin.

Haaa...ni kelakar, sebab waktu ini, twin dalam kelas aku. Yang mempunyai perangai ala-ala syaitOn Nirrojimm...😈😈(Nauzubillah, kalau kau jadi target kena kacau.) But, aku selamat. Sebab, aku ni jenis pemalu dan pendiam. Hawau kau!!🤣🤣🤣

Mangsanya, ialah kawan aku. Kesian dia. Penat-penat dia nila tudung sekolah macam biru langit mata memandang, sekali kena conteng. Ada saja beb..yang aku usya diaorang pun. Aku mengeleng kepala.😰😰 Non stop.

Twin memang nakal. Rupa, dahlah macam upin ipin. Bebudakkan, memang tak matang. Ejek nama ayahlah, kejar and kepung kawan akulah. Bila nama ayah diorang kena ejek. Kalau adik dengar, dia siap-siap panggil abang dia di kelas sebelah. Haduh...parah!! parah!! Sepakat dua beradik, sungguh.😄😄😄

Ayat paling aku ingat until now, "Yahyawiah ni tak besar mana. Kau nak lari, mana? Kau lari sana, aku kepung sana. Kau lari sini, aku kepung sini"😄😄😅😅

Second, ada budak batch aku yang digelarkan sparrow. Asal??☺️☺️ Bukan nak menghina ya, tapi just gelaran. Aku tak tahu, apa khabar dia sekarang? Punyanya, dia mempunyai mata yang juling itik. Tapi, kau....cerdiknya tingkat 16. Tinggi atas sana🤪🤪🤪

Budak baik + cerdik dan ramah. Siapa nak nafikan dia calon suami, mari ambil borang. Mari!! mari!!😝😝

Third person 👉 Bibior..Hahaha...ini femes dalam batch aku sebab dia berbibir tebal. Lelaki ye...nakal...haduh, sama level dengan twin kembar upin ipin version manusia. Right now, selamat menimang cahaya mata. Congrata dude👍👍👍👍

Harap, perangai tak turun ke anak😸😸😸

Ahah...dalam kelas, mesti ada kengkawan muka baby face ala-ala bayi. Adalah seorang dari kalangan budak lelaki, masa dalam kelas aku. Dari dia bayi sampai masuk sekolah menengah, muka sama. Flawless gebu-gebu.🤭🤭🤭. Nama panggilan manjanya, 'baby' Hahah...lelaki doh..

Aku dengan dia ni, adalah jeles sedikit. Bukan sebab muka dia flawless.🙄🙄🙄 Tapi sebab subjek science yang dapat A memanjang. Eceh!!! nampak tak sisi lain aku, yang bijak cendiakawan😎😎😎

Heh...aku sekolah lelaki ke? Perempuan, tak ada ke??

Ada juga, but time aku stp dekat Sri Iskandar. Perempuankan, susah nak ada nama gelaran. Tapi, bila fikir-fikirkan semula.🤔🤔🤔 Ada..cuma, tak bolehlah cerita. Aib dia pulak🤐🤐🤐

Dekat Sri Iskandar, ada yang digelar teloq dan ada juga yang dipanggil MB, means dia. Menteri Besar. Kowtlah..aku dah lama, meninggal...

...alam sekolah. Haaa...kata aku matilah tu. MATI idea, aku dibuatnya.😝😝😝

Kalau aku-Sekolah rendah, dipanggil budak pindah. Asbabnya, aku duduk Selangor, and pindah balik ke kampung. Budak bandarlah, katakan. Kononnn😒😒😌😌

Sekolah menengah, dengan rasmi aku digelang budak bigbang. Ahahah...aku memang minat kpop. Tapi, bukan fanatik sangat. Aku pun hairan....kalau nyanyi, aku nyanyi lagu jiwang. Musykil...musykil...🤔🤔🤔

Bila di Sri Iskandar, aku dipanggil dengan nama kacang. Hahaha😝😝. Kacang kudalah, kacang soyalah. Puncanya, aku pakai tudung. Bentuk muka tiga segi. Kadang, sampai sekolah. Muka pemuh make up, tebal 10 inci. Haa.....juling mata kau orang, kalau percaya aku pakai make up tebal. Make up nipis je...cewahhh!!😊😊

Tapi itulah, banyak orang. Banyak ragam. Dekat sekolah, atau dekat tempat kerja kau, even anywhere. Mesti ada gelaran pelik-pelik. Mungkin gelaran untuk kau atau gelaran kawan kau.🤷‍♀️🤷‍♀️

Masa zaman para sahabat, diwaktu baginda Muhammad masih hidup. Baginda Rasulullah juga, ada mengelar sahabat dengan gelaran tertentu. Contohnya, sahabat nabi Abu Bakar yang digelar dengan nama as siddiq, yang bermakna membenarkan. Puncanya, kerana sifat Abu Bakar yang membenarkan kata-kata baginda.

Ada juga gelaran lain disebabkan pangkat atau situasi. Contohnya, sahabat baginda Uthman yang Zun Nurain yang bererti dua cahaya mata. Kerana Uthman bin Affan adalah menantu baginda, dan mengahwini dua anak perempuan baginda. (Salin tikar)

😊😊😊

But, bila aku sebut manusia ini banyak ragam.💁‍♀️💁‍♀️ Maksudnya, jangan kau main panggil sahaja panggilan untuk seseorang itu. Sometimes, kita kena juga faham.😗😗 Maybe, dia tak suka dengan nama panggilan itu. Kau tak boleh panggil. Tak pasal-pasal lobam bijik mato. Ajonya susah. Kalau dia tak kisah, itu tak apa.

Aku pon don't care🤗🤗

Apa-apa pon, kau pepandailah sendiri. Ada masa kita boleh balun apa sahaja yang ado di dopan mato. But, in other side. Kau mesti ada consider perasaan orang sekeliling. Kita buka kera sebatang kara yang ditinggal di hutan belantara. Kita hidup dengan manusia sejagat. Okay, aku chow dulu...

"Chow kit rode...chow kit rode...🎶🎵🎵"

Bersambung...

P/s; Doakan penyanyi tanah air MALAYSIA, Siti Sarah berjaya mengharungi covid 19 and kembali ke pangkuan keluarga dan baby dalam keadaan sihat. Aminnn...

Próximo capítulo