webnovel

Aku mengadu

Guys...aku tak tahulah..berapa banyak chapter yang aku tulis, dan aku hanya simpan dalam draft tanpa publish. Hahaha...aku sememangnya, hanya pandai bersuara di dalam hati ketika aku ada masalah. Aku tak mampu nak berdepan dengan sesuatu masalah, apabila ianya berkaitan dengan keluargaku sendiri...

Tapi...sejujurnya. Dalam masalah kali ini, aku salah. Aku buat sesuatu yang salah. Aku tahu..tapi, aku berkeras untuk suarakan. Bila dah sampai pada tahap yang kritikal. Aku tak tahu, cara nak selesaikan. Dan....yang aku tahu hanya satu. Yaitu, aku hanya membanyangi kematian sebagai jalan mudah untuk aku tamatkan segala kesulitanku.

"Andai..aku mati-"

Allahu....

Guys...aku bersyukur dipertemukan dengan agama seindah agama Islam yang mendidik diriku, mengenali Allah yang satu. Andai, di satu fasa yang sesungguhnya aku tak punya apa-apa. Aku masih mampu bertahan lagi...kerana adanya Allah Azza Wajalla..

Guys...andai kau orang penat. Letih...yang amat sangat, hingga kadang-kadang kau impikan tidur seharian. Maka, luahkan segala-galanya pada Rabbi. Tiada gusar dan tiada kecewa yang kau akan terima. Melainkan..rasa tenang dan damai.

Sungguh..aku tak mampu untuk berbohong. Sebab...hari-hari, aku buat perkara yang sama. Aku meluahkan segala beban yang aku bawa selama ini.

Guys...

Jika kau orang penat...tulis dalam ruangan komen. Luahkan selagi mampu. Penuh dua tiga muka surat. Aku boleh baca, sebab...aku juga..aku juga penat. Aku penat...penat duduk di muka bumi ini. Aku terlalu penat menjadi manusia. Aku penat nak memikul beban dan tanggungjawab. Aku penat menangis...aku penat, melukakan hati orang yang aku sayang..

Aku penat...YA RABB...

tetapi...dalam penat. Aku masih mahu hidup~

Próximo capítulo