webnovel

Sikap! Siri-1

12.45p.m, Isnin-Restoran Pakcu Pinggan Hitam

Hi guys!!! Morning, After noon and evening!!

Selamat membaca skrip celoteh aku, buat kali kedua. Suka atau tidak..terserah...heh..heh ><.

Tajuk yang aku nak cerita, tak adalah beza sangat dengan chapter yang sebelum ini. Cuma, kali ini, aku nak sentuh sikit tentang sikap " Don't judge the book by it's cover"- something yang kau boleh relate tentang perangai seseorang yang suka nilai orang.

Manusia sekarang ini, ada banyak level yang boleh di bandingkan ikut group. Contoh; Level-levelnya...

Level usia.

Level Jantina.

Level pendidikkan. (Ini agak something sikit)

Level agama. Yang ini, isu sensitif. Tak beware, kau nanti tak pasal-pasal kena baling dengan tuppaware. Hihih..^^

So, antara group-group yang aku kategorikan inilah, yang kita sendiri baru sedar atau kadang-kadang dah sedar. Tetapi, buat macam tak sedar. Haaa...mana tupperware. Aku baling dekat dia nih. Aiseh!! gurau je...

Okay, into the point. Level usia.

Usia ini, aku kategorikan pada tiga peringkat. Pertama, peringkat kanak-kanak atau remaja. Kedua, peringkat dewasa dan last not least, peringkat akhir adalah...aaaaadaaalaaaahhhh.....hhhh...h....

warga emas...wahahah...hah..hakhak..Hulkkkk (Aku nampak mak aku nak hijau. Jadi, berhenti disini.😩😩😩)

Peringkat pertama macam ini, kanak-kanak atau remaja suka melihat dari personaliti seseorang. Ikut pada pandangan pertama. Kalau someone yang dia nampak, cantik-hensem. Mesti baik. Baik, tahap malaikat punyalah. Kalau orang yang dia nampak, tak lawa. Konferm, dia akan label orang itu jahat. Haaa...siapa yang pernah kena. Nampak sangat tak lawa...hahaha!!

Bukan aku cakap kosong. Even, dari aku sekalipun, pernah beranggapan macam ini. Budak atau usia muda macam ini, simple minded. Dan kebanyakkan fanatik kpop pun, dari golongan jiwa belia muda cengini. Termasuklah aku...huhu...(Aip!! itu zaman silam. Jangan ungkit!! Tapi, Gong Gi Cheol, always ini my heart...Hihi)

Okay, pada yang tak lawa jangan bersedih. Anggaplah ini satu kenyataan yang kau orang tak lawa. Semestinya aku tak senasib dengan kau orang.

Aku, kategori lawa. Uhuks!! angkat bakul sendiri.

Kau orang kena ingat. Aku tak ada cakap mereka ini, STUPID. Jangan silap. Hati mereka kebanyakkannya masih suci dan bersih. Kurang hasad dengki dan DNA syak wasangka. That's why, apa yang mereka nampak. Itu yang mereka nilai.

Dan, kadang-kadang, budak atau peringkat muda sebegini boleh nampak seseorang itu lawa(baik), ikut pada skop kerja. Contoh, mudahnya apabila kamu menjawat jawatan sebagai seorang guru. Ini special kes. Sebab, kebanyakkan budak muda atau diklasifikasikan murid akan menganggap cikgu atau guru mereka adalah semuanya baik. Jadi, pada cikgu-cikgu. Huntunglah...

Kebanyakkan ya, aku tak cakap semua. Haaa...jangan salah anggap pulak. Dah nanti, semua nak jadi cikgu. Siapa pula nak jadi anak murid. Kan, payah nanti. Heh...

Aku, nasib ada yang panggil lawa.. Tak adalah nak kena angkat bakul sendiri. Nak angkat kain pun payah, nak angkat diri. Lambat lagi....

Kalau nak ceritakan pasal nasib aku tadi. Aku pernah jadi cikgu..hehehe...cenggitu, anak murid panggil aku lawo. Kalau tak panggil aku lawo, markah zerolah aku bagi. Huhuhu...gurau je. Aku jadi cikgu ini, telus. Suci dan murni tau.

Tapi, perasan tak. Sikap bagi seseorang itu, ada juga sangkut dengan faktor usia. Macam mana peringkat dewasa atau peringkat kedua.

Kedua ini, tak jauh beza sangat. Cuma, kebanyakkannya dah ada pengalaman dan dah matang dalam kehidupan. Walaupun baru nak start hidup. Baru nak cari duit sendirilah katakan..

Pengalaman yang macam mana?? Alaaa... yang kena reject sebelum luah itu.. Ada yang sudah sedia dalam friendship relationship pun ada. Memang tak akan ke manalah, hubungan macam itu. Tak kurang hebat lagi, kau minat dia dalam diam. Crushhh amat! Uhuks..sedih ya amat.

Kalau dalam friendship pula. Ada yang kena tikam belakang, sekam dalam api, dan yang terakhir. Gunting dalam lipatan. Hambik kau. Tak faham, sebab aku guna semua peribahasa. Usah khawatir, aku terangnya satu-satu.

Tikam belakang, maksud dia. Nampak baik di hadapan tapi, secara senyap. Dialah makhluk durhaka bin cel@#% yang khianat kau.

Second, api dalam sekam iyalah makna sama dengan di atas. Jangan nak bazir jari jemari, nak menaip sekali lagi. Terus ke tiga, iaitu. Gunting dalam lipatan.

Maknanya, adalah. (COPY PASTE, ayat atas.) Makna sama weh!! itulah, orang suruh belajar, dia buat tahi mata dalam kelas. Kan...sekarang dah tak faham. Kalau tak faham lagi, jangan buang masa. Skroll. ke bawah.

Skroll ke bawah sikit je.

Okay, sambung balik topik yang aku nak sembangkan. Most of people yang dalam level dua, dah tersedia mengalami asam garam kehidupan. Jadi, major level macam ini lebih kepada mengenal dahulu, baru nilai. Haaa....kan, dah nampak mature macam bosskurrr..

Namun, jangan tak terkejut apabila ada yang masih judge dari personaliti. Sebab apa ya. Yaa...sebab pengaruh. Usia matang tapi, dalam kategori yang muda macam ini masih senang nak judge pada seseorang yang tak kenal. Kerana pengaruh dan dipengaruhi.

Andai kata kau tak kenal, tapi sebab ada yang busuk hati. Cerita pasal kau. Jaja perangai kau, hingga orang tengok atau lihat kau pun. Kau masih dipernilaikan. Kenapa boleh terpengaruh. Situasi macam ini, sesetengah kita perlukan penunjuk arah. Apabila kita minta penunjuk arah itu dihalakan pada sesuatu sedangkan ianya salah, maka salah jugalah jawapannya. Betul arahnya, betul jugalah akhirnya.

Dan ada juga, datang dari sikap orang itu. Sepertinya, apabila dia suka meludah ke longkang. Apa yang kau nampak, dia suka meludah sesuka hati dan maknanya, dia adalah seseorang yang kau anggap kotor. Apa yang kau nilai, dan kau anggap dari konklusi yang kau lihat. Puncanya adalah, persepsi kau yang pertama. Banyak perkara yang sometimes, kita hanya nilai dengan persepsi mata bukan hati.

Serta, kategori yang ketiga. Dalam skop warga emas. Kenapa panggil warga emas?? sebabnya, golongan usia macam ini mempunyai ilmu dan pengalaman yang berbagai. Dan mereka kemungkinna mempunyai banyak solusi. Jadi, setiap apa yang mereka lihat. Tidak semudah yang mereka anggapkan atau nilaikan. Itulah sikap.

Dan, mereka ini tak macam kanak-kanak atau peringkat dewasa yang bila dapat satu permasalahan pun, akan ambil jalan mudah dengan membiarkan masalah itu selesai sendiri atau lari dari masalah. Buat tak kenal dengan masalah pun ada. Ini, memang bermasalah.

Mereka akan perhati dari cara kau bercakap, cara kau bergurau dan cara kau bertingkah laku. Semuanya dinilai, dan barulah di kenalkan jenis-jenis yang mereka bahagikan. Bak kata orang, usia marga tua ini tidak cepat melatah. Meansnya, tidak terburu-buru menilai perangai seseorang.

Okay, selepas ini disambung pada skrip akan datang. Laptop buat james bond pulak. Aduihhh...sakit jiwa dan ragaku...harap-haraplah, Semuanya, elok seperti sedia kala.

Okay guys...I chau dulu. Perut pun dah kenyang..hati pun dah senang. Bubauuuuiii👋👋👋

Bersambung....

Próximo capítulo