BAB 28
Amyrah meletakkan keretanya di tempat biasa. Dia menaiki lif lalu berjalan menuju ke rumahnya. Sejak, bekerja dia tidak lagi tinggal di rumah ibu bapanya kerana tempat kliniknya agak jauh jarak perjalanan dengan rumahnya. Kini dia sudah menetap di rumahnya sendiri iaitu rumah _apartment_ mewah. Ramai yang bertanya kenapa membeli rumah ini. Kenapa tidak beli rumah seperti _penthouse_ atau kondominium ?
Jawapan yang diberikan oleh Amyrah senang sahaja. Rumah seperti _penthouse_ atau kondominium kosnya agak tinggi berbanding dengan _apartment_ . Walaupun bapanya berduit tapi Amyrah tidak mahu menggunakan wang bapanya. Dia membeli rumah ini menggunakan duitnya sendiri.
Amyrah menghempaskan badannya ke sofa. Setelah seharian penat bekerja akhirnya dia boleh berehat. Tadi di klinik boleh tahan ramai jugalah pesakit. Tiba-tiba dia teringat akan kata Ammar.
" Kalau macam tu saya sendiri akan datang ke rumah awak... saya akan merisik awak..."
Amyrah naik letih memikirkan hal itu. Nanti-nanti sajalah dia memikirkan hal itu yang penting sekarang dia nak berehat. Dia masuk ke dalam bilik untuk membersihkan badannya. Setelah itu, dia menunaikan sembahyang maghrib apabila sudah masuk waktu.
Amyrah menuju ke dapur untuk melihat apa yang boleh dimakan. Dia mengeluarkan bihun pagi tadi untuk dipanaskan. Malaslah dia untuk memasak malam-malam sebegini. Nasib baik bihun pagi tadi masih elok. Kalau tak dia tak makanlah jawabnya.
Setelah memanaskan makanan itu. Dia membawa makanan itu ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Seperti biasa dia akan menonton drama Korea setiap malam.
' Hotel del Luna '
Setiap malam dia menonton cerita itu. Tiba-tiba satu mesej masuk daripada Danial.
Danial: Amyrah hujung minggu ni datanglah rumah aku.
Amyrah mengangkat keningnya apabila membaca mesej Danial. 'Kenapa pula aku nak datang rumah dia'. Amyrah menaip membalas mesej Danial.
Amyrah: why...🤨
Danial: sambut my birthday...🥳
' Hush....dah besar-besar pun sambut birthday lagi ke...aku yang dah besar ni pun dah tak sambut hari lahir aku...tak apalah kita raikan ajelah ya' gumam Amyrah.
Amyrah: okey... pukul brp start majlis...
Danial: lepas zohor macam tu....
Amyrah: hmm...yelah... Farhah ada awak jemput tak....
Danial: of course lah...
Amyrah: okeylah saya dtg
Danial: datang tau jangan tak datang...🧐
Amyrah: iye
Danial: yey.... Amyrah datang😆
Amyrah: 🙄😬
Danial:😂🤣
Amyrah menutup telefonnya. Dia meneruskan perhatiannya di kaca televisyen.
.
.
.
.
.
Ammar yang baru pulang dari pejabatnya agak kepenatan. Kerja di pejabatnya agak menimbun. Dia perlu membawa separuh kerjanya ke rumah untuk disiapkan. Alhamdulillah berkat usahanya. Ramai pelabur luar yang ingin bekerjasama dengannya. Projek pula semakin banyak untuk di lakukan. Hotel di Pulau Pinang masih belum siap lagi. Namun, projek baharu sudah masuk. Jadi jadualnya agak padat sekali. Tapi dia perlu berusaha lagi untuk memajukan syarikat itu. Tulah orang selalu kata rezeki selalu hadir dalam pelbagai bentuk sama ada cepat atau lambat sahaja.
~TING ~
Bunyi satu mesej masuk. ' Siapa pula yang whatsapp aku malam-malam macam ni....dah lah orang tengah penat ni...'gumam Ammar. Dia membuka mesej telefonnya untuk melihatnya.
Danial: bro datang lah rumah aku... hujung minggu ni
' ooh... Danial rupanya...kenapa pula aku kena datang rumah dia'
Ammar: why
Danial: kau lupa ke Ammar... sampai hati kau...😔
Ammar tercengang apabila membaca mesej Danial itu. ' ada apa-apa ke hujung minggu ni...'
Ammar: apa yang aku lupa...🙁
Danial: memang sah kau lupa...😒
Ammar: cakaplah Danial... kenapa....😬
Danial: my birthday party...🎊
Ammar: ooo... sorry Danial aku lupa...😢
Danial: apalah nasib aku dapat kawan macam kau...😤
Ammar: I'm sorry... please forgive me🥺
Danial: actually...is not😡
Ammar: 😔🥺 please forgive me... Danial yang aku cintai...
Danial: 😒
Ammar: 🥺😭
Danial: haha...relax lah brother aku gurau ajalah...😂
Ammar : hish kau ni aku ingatkan kau betul2 merajuk dengan aku....😤
Danial: haha... whatever....see this weekend...bye...
Ammar: bye
* *Author rasakan ada ke lelaki berbalas mesej bersweet bagai... biasanya perempuan je...boleh tahan sweet juga Ammar dengan Danial...nie mesti waktu kecil-kecil dulu selalu makan gula-gula tu yang mulut manis tu...haha...* 😂*
Ammar tersengih-sengih apabila membaca membalas mesej Danial.
" Ni kenapa ni tersengih macam orang tak betul ni...." Tanya Puan Sri Laila yang kini sudah berada di bilik Ammar.
" Aik...bila mummy masuk ni...." Tanya Ammar pula.
" Tulah tadi mummy ketuk pintu kamu yang tak dengar..." Cakap Puan Sri Laila.
" Iye..."
" Ish..budak ni...iyelah..."
" Yalah-yalah..."
" Tadi kerja okey tak...."
" Okey je...." Balas Ammar yang masih mengadap telefon itu.
" Kamu tengok apa tu... usyuk sangat tu... sampai muka mummy bila cakap pun kamu tak pandang..." Tegur Puan Sri Laila. Ammar meletakkan telefonnya apabila menyedari kesalahannya.
" Hehe... sorry..." Kata Ammar bersengihan.
" Ammar kamu bila nak kahwin ni...?" Tanya Puan Sri Laila. Terbatuk-batuk Ammar jadinya apabila mendengar soalan ibunya.
" Kamu kenapa pula ni.... terbatuk-batuk macam orang nak mati pula nie..."
" Mummy....kenapa tiba-tiba tanya pasal kahwin pula ni.."
" Yelah... mummy teringin juga nak ada cucu....macam kawan mummy tu..."
" Mummy janganlah ikut kawan mummy tu.."
" Senang je kamu kata.... mummy nak tahun ni jugak kamu kahwin....kalau kamu tak tahu nak kahwin dengan siapa nanti biar mummy suggest kan....okey..."
" WHAT.... mummy Ammar busy lah sekarang mana boleh fikir pasal kahwin...."
" Kalau kamu tak boleh fikir biar mummy yang fikir..."
" Mummy...aaaa" Ammar merengek seperti budak kecil.
" Keputusan mummy muktamad...okey" kata Puan Sri Laila lalu berlalu keluar daripada bilik anak bujangnya itu.
' Aduhai... apalah nasib aku ni.... terpaksa lah rancangan untuk merisik Amyrah kena buat betul-betul... ingatkan nak takut Amyrah je.... aduhai... Ammar apalah nasib kau...' gumam Ammar kesedihan.
.
.
.
.
.
Khairun Farizza duduk di atas katilnya lalu mengeluarkan isi kotak yang diberi oleh kakak sepupunya Farhah. Nak tak nak dia terpaksa jugalah hadir ke majlis itu.
Baju gaun labuh ditangannya. Dia menyarungkan baju itu ke badannya untuk melihat sama baju itu muat atau tidak untuk badannya.
' hmm.. ngam-ngam... nasib baik....' gumam Khairun Farizza.
Dia melihat baju gaun itu yang dihiasi dengan pelbagai veriasi. Dia kelihatan agak elegen apabila mengenakan baju ini.
Khairun Farizza membuka semula baju itu. Dia menggantungkan baju itu menggunakan hange supaya tidak renyuk. Apakah reaksi ibu lelaki itu apabila melihat dia. Menjengkelkan atau menyampah.
Pelbagai soalan timbul di benak pemikiran Khairun Farizza sewaktu itu. Sebenarnya dia tidak mahu pun datang ke majlis itu tapi telah dipaksa oleh Farhah.