webnovel

Bab 2

Dalam sekelip mata Hermin Jr melihat ibu dan bapanya hancur menjadi debu selepas di selimuti api yang disembur oleh naga yang menyerang kampungnya. Selepas seluruh kampung Raff hancur disembur api, naga yang bersaiz besar itu terbang pergi, Hermin Jr yang terjatuh ke tanah dan tertimbus debu itu melihat dan menggerakkan tangan kecilnya.

"tiada perubahan pada pada status aku,"

"Masa untuk pembalasan."

"Jap?,  takkan aku nak lawan naga tu dengan tubuh aku yang kecil ni"

"Tak boleh diubah ke saiz badan aku ni?"

Hermin Jr melihat monitornya terdapat perkataan,

'Character

age-1hour'

"Aku nak ubah ke 'age-30 year'..."

Dengan perlahan tubuh Hermin Jr yang kecil itu perlahan menjadi dewasa selepas dia menukar umurnya.

"Woooooh."

"Macam ni baru betul"

Hermin Jr melihat sekeliling, tiada apa-apa yang tersisa, hanyalah hamparan debu yang menutupi tanah, kawasan kampungnya itu berada dekat dengan pantai di arah timur dan hutan di arah barat. Selepas menyelesakan dirinya dengan badan baru itu, dia melihat ke arah naga yang sudah pergi jauh.

"Kalau di biarkan, kacau-bilau dunia ni"

Hermin Jr membengkokkan lututnya dan melompat mengejar naga itu, lompatan Hermin Jr laju bagaikan peluru, tanah yang dipijaknya mendak ke bawah, debu-debu di sekitar tersedut berkumpul, terbang mengikut jalur lompatan Hermin Jr. Lompatannya tepat mengenai badan naga itu.

"Gaaaaaarr"

Terdengar ngauman apabila Hermin Jr melanggar badan naga itu. Mereka berdua jatuh ke bawah ke dalam hutan. Disebabkan daya lompatan Hermin Jr yang kuat, dia jatuh lebih ke hadapan dari naga yang dilangarnya, sebelum dia jatuh ke tanah, Hermin Jr melanggar beberapa batang pokok sebelum jatuh berpusing-pusing di atas tanah, sang naga pula jatuh terhempas menumbangkan pokok-pokok di sekelilingnya dengan mudah disebabkan berat dan saiz badannya yang besar.

"Apa!, aku di jatuhkan oleh seorang manusia"

"Kenyataan yang tidak boleh di terima,... "

"Adakah dia utusan daripada dewa?,.. "

"Mustahil manusia mempunyai kekuatan sebesar itu... "

"Dengan menyentuh kulit aku sahaja, boleh membuatkan kaum sejenis aku terbakar, apatah lagi manusia"

"Tapi, jika dia merupakan utusan daripada dewa, sudah lama aku ditundukkan sejak keluar dari tempat persembunyian aku, atau lebih buruk lagi, kematian"

"Mungkin dia sesuai menjadi wadah untuk menyempurnakan kebangkitan aku... "

"Tetapi, aku harus memastikannya terlebih dahulu."Sang naga yang bergumam itu menebarkan sayap, terbang tinggi ke udara mencari manusia yang melanggarnya.

"Laju betul, nasib baik tepat sasaran... "

"Huh, penatnya,..."

"Kenapa penat sangat ni, status aku tak ada perubahan, tapi nak angkat tangan pun tak larat ni... "

"Naga tu dah bangun!, dia tengok sini pula tu."

"Dia terbang ke sini, kenapa aku tak boleh gerak lagi ni."

"Kenapa dia buka mulut tu, besar betul gigi dia, kalau kena gigit habis hancur aku."

Naga yang terbang menjunam ke arah Hermin Jr itu mengautnya menggunakan mulut dan menggigit Hermin Jr lalu terbang tinggi ke udara semula.

"Aahh, hancur, hancur aku...."separuh badan Hermin Jr berada di dalam mulut naga itu, bahagian pinggang hingga kepalanya berada di luar

"Ahah, tak hancur pun, status aku tak ada perubahan, tapi aku masih tak boleh gerakkan badan aku lagi"

Hermin Jr perasan sesuatu pada bahagian status di monitornya

"Ooh, boleh seret ke atas, status aku bukan cuma tu je,... "

"Ada apa lagi, MP 50, SP 0.."

"SP?,. . . .oooh, stamina point, patut la tak boleh gerak, stamina aku dah habis" dengan kekuatan yang besar, stamina Hermin Jr berkurang dengan deras walau hanya dengan satu lompatan.

"SP 0 > SP 1000000000000"

"MP 50 > 1000000000"

"Ha, baru boleh gerak, . .eh!!. . . . ."selepas menukar status SP, Hermin Jr menggerakkan tangannya, gerakan yang dia buat itu mematahkan satu gigi naga yang sedang mengigitnya.

Sang naga yang menggigit Hermin Jr dengan sekuat tenaga itu membuka mulutnya selepas satu giginya dipatahkan oleh Hermin Jr. Terlepas dari gigitan naga, Hermin Jr jatuh lagi ke bawah bersama dengan gigi naga yang dia patahkan, tetapi kali ini dia jatuh dalam posisi stabil kerana boleh mengawal tubuh badannya, Hermin Jr mendarat menggunakan kedua kakinya, gigi naga yang besar itu pula jatuh berhampiran dengannya, dia masih berada di kawasan hutan tetapi tidak begitu banyak pokok di sekeliling.

Sang naga yang masih terbang di udara itu menyerang Hermin Jr yang berada di bawah dengan semburan api tebal yang berwarna merah, Hermin Jr hanya berdiri tegak dan tidak berganjak selepas di simbah dengan api itu. Sang naga mahu menyerang lagi, badannya yang besar itu tiba-tiba mengecil tiga kali ganda, selepas itu cahaya terang yang berwarna merah mula bersinar dari badannya, suasana malam yang hanya di sinari cahaya bulan purnama itu bertukar menjadi warna merah yang menyakitkan mata.

"Woow, bloody moon" Hermin Jr mendongak melihat naga itu.

Selepas seluruh badan naga itu di seliputi cahaya warna merah, dengan kelajuan bagaikan petir dia menjunam ke arah Hermin Jr.

"Perlahannya"Hermin Jr melihat naga itu bergerak ke arahnya dengan sangat perlahan.

Sampai sahaja di depannya, Hermin Jr menepis ke bawah kepala naga itu dengan menggunakan tangan kanannya. Naga itu terhempas ke tanah dan dampak hempasan itu meretakkan tanah berdiameter satu kilometer di sekeliling Hermin Jr.

"Sudah ku putuskan, dia akan menjadi wadah untuk aku,. . . ., tetapi ada seperkara lagi. . ."

"Oi naga, mengaku kalah kalau taknak mati" Hermin Jr menekan kepala naga itu dengan menggunakan tangan kanannya.

"Naga boleh cakap ke?" ujar Hermin Jr lagi.

"Baiklah, apa yang harus aku beri sebagai tanda kekalahan aku."naga itu mengeluarkan suara tanpa membuka mulutnya.

"!!. .boleh bersuara la. . . .hmmm,. . .ha, jadi pet aku."Hermin Jr melonggarkan sedikit tekanan tangannya.

Tiba-tiba muncul lingkaran sihir di depan Hermin Jr.

"Apa ni? "Ujar Hermin Jr.

"Ini adalah lingkaran sihir untuk menjalinkan kontrak dengan pet."

"Apa yang perlu aku buat?"

"Sentuh saja lingkaran sihir itu."

Hermin Jr tanpa ragu menyentuh lingkaran sihir itu dengan menggunakan tangan kirinya. Selepas itu, muncul perkataan di monitornya di bahagian tengah atas,

'Duel challenge: accept

Betting: life'

"Eh,. . .KAU TIPU AKU,. . .'dum'. . ." Hermin Jr melihat sang naga dengan jelingan yang tajam

"Apa tadi tu?"..

Tiba-tiba muncul perkataan di monitornya,

'Mendapat Skill - Deadly Glance'

"Wooh, aku dapat skill,. . ."Hermin merasakan sedikit gegaran di tangannya yang sedang menekan kepala naga itu.

Sang naga yang menjadi kaku selepas dijeling Hermin Jr itu berkata "surrender."

Kemudian muncul lagi perkataan di monitor Hermin Jr.

'Duel Challenge: win

Mendapat sihir: Full Element

Mendapat skill: Compression

Mendapat skill: Extraction'

"Aku perlu membuang beberapa skill yang tidak penting dan semua element, supaya tidak menggangu aliran sihir di dalam badan aku. . ."

"Aku akan merampas semula apabila kekuatan ku kembali"..

"Manusia ini akan menjadi tempat persembunyian aku yang sempurna untuk menyempurnakan kebangkitan aku... "

"Heh?"ujar Hermin Jr.

"Itu adalah pemberian daripada aku yang menandakan aku sudah mengalah" ujar sang naga.

"Cakap la awal-awal," Hermin Jr melepaskan tangannya dari kepala naga itu.

ambil masa sebulan nak buat bab satu dan dua, hahaha, lama gile

Hermin Jr:

siapa kau?

. . . . . .

NAFaScreators' thoughts
Próximo capítulo