webnovel

Chapter 9

"Siapa yang suruh korang ganggu aku?"

Soal Jaha. Dia berdiri lima langkah dari 5 pelajar perempuan itu.

"Kau siapa nak soal kitaorang?! Kau ingat kami takut kat kau? Dasar Jahanam!"

Azrul, Haziq dan Zai yang mengekori Jaha masuk ke dalam kelas itu ternganga seribu bahasa. Berani betul diorang ni. Tak nampakkah Jaha tengah marah? Tak tahulah nak puji keberanian mereka atau nak ukur tahap kepaluian mereka ini.

"Aku tak kisah kau tak takut aku atau tak. Yang aku kisah ni tangan aku gatal nak tampar mulut kau ni" Slambe Jaha membalas. Mata memandang pelajar yang menengkingnya itu. Baru berniat nak lepaskan mereka dan hanya sekadar menyoal ingin tahu siapa yang rancang 5 pelajar perempuan ni untuk ganggu dia. Sebab dia tahu ah. Selagi dia tak handle benda ni memang kawan dia yang lain pula jadi sasaran.

"Kau tu mulut je berani. Tangan tak gerak!"

Pang!!

"Auw..!" Dania terduduk terus ketika pipinya ditampar sesuatu yang sangat kuat dan menyakitkan. Dia memandang Jaha dengan mata besar. Tidak menyangka Jaha akan menamparnya betul-betul.

Aisyah, Farah, Ana dan Bella turut terkejut dan memandang Jaha dengan takut. Apalagi Jaha seperti mahu mengangkat tangannya lagi. Mereka cepat-cepat berundur ke belakang.

"Siapa cakap aku mulut je banyak cakap, tangan pula tak berani gerak?"

Baam!!

Meja yang menghalangnya ditendang sehingga terpelayang ke tepi. Hampir mengenai Haina dan Adibah. Mujur mereka sempat elakkan diri cepat-cepat. Meja yang sebelahnya pula ke arah Dania. Hampir mengenainya, mujur dia cepat-cepat gerak dibelakang namun terduduk sekali lagi di lantai.

Haziq memberi isyarat kepada Haina agar keluar dari kelas sekarang dan juga pelajar perempuan yang lain. Nanti trauma pula budak ni semua. Tsk. Padahal usianya tua setahun sahaja dari mereka, ada hati nak gelar orang 'budak'?.

Melihat meja yang hampir mengenai mereka itu entah apa yang merasuk Aisyah. Dia mengambil pensil tajam di atas meja dan menyerang Jaha.

Jaha yang ada dekat dengan mereka itu hampir terkena tikaman anak mata pensil itu di wajahnya. Dia berundur selangkah sebelum dia mengangkat kaki kanannya dan menendang perut Aisyah.

Gaspp!!!!

Aisyah terduduk terus. Nafasnya sesak. Tangan memegang perutnya. Pensil ditangannya pula terlepas dan jatuh di lantai.

Jaha memandang pensil itu sebelum ke arah Aisyah dan Dania yang masih terduduk di lantai. Keningnya berkerut. Mata semakin tajam dan wajah turut serius sekali.

"Jaha. Dahlah tu. Mereka dah takut tu"

Azrul menahan Jaha apabila Jaha mahu menyerang 5 pelajar itu terutama sekali yang tengah ada kat atas lantai tu.

"Kalau korang taknak bagitahu aku siapa bangsat tu. Sampaikan salam aku kat boyfriend kamu semua tu. Pesan hujung minggu ini aku akan lawat mereka"

Akhirnya Jaha berjaya menahan hatinya. Dia tidak mahu menyakiti orang yang lemah ah. Sekali tendang dan tampar dah terduduk nak menangis. Ini orang yang nak cari pasal kat dia? Anjing tepi jalan pun kuat lagi kot.

"Dasar dayus!!"

Jerit Dania yang sudah berdiri dibantu oleh Farah itu. Farah tersentak terus. Dia cepat-cepat melepaskan Dania dan berlari balik ke tempat Ana dan Bella.

Azrul, Haziq dan Zai yang ingat mereka dah berjaya membawa Jaha keluar tanpa menyakiti dengan teruk pelajar perempuan itu sudah tidak mampu mahu komen apa lagi.

Jaha pusing balik dan menampar pipi sebelah Dania.

Pang!.

"Orang yang pengecut sahaja tak berani pukul perempuan yang buat hal kat kau"

Aisyah menarik Dania apabila Jaha mahu menumbuk Dania cepat-cepat. Dia memandang gerun ke arah Jaha. Sungguh tidak menyangka rumor yang Jaha memukul orang tidak kira jantina dan usia itu memang benar.

"Mujur kau perempuan wei. Kalau tak. Nak aku patahkan gigi kau sekarang!"

"Dahlah tu Jaha. Tak cantik nanti muka budak tu kalau tak ada gigi"

Azrul menarik tangan Jaha. Sempat mahu meloyar buruk.

"Tsk!"

"Jangan lupa. Hujung minggu ini. Sampaikan pesan Jaha kat boyfriend korang" Kata Haziq pula.

"Otak jangan letak kat lutut lepas ni. Korang bersyukur masa Jaha pukul korang dia tak pukul kuat-kuat. Kalau tak pengsan korang ni sekali tampar" Kata Zai pula. Dia tahu sebab dia selalu nampak Jaha bertumbuk ah. Apalagi Jaha itu ada seni pertahanan diri yang hebat. Buat dia menjadi seorang yang panas baran. Apalagi banyak orang yang datang mencabar dan mengganggunya sejak dulu hingga sekarang.

"Kalau ada yang nak trik pelajar lain ganggu aku lagi. Ingat aku takkan maafkan orang tu. Tak kisah perempuan atau tak" Jaha mendengus ke arah mereka.

"Apa yang berkumpul kat luar ni? Jaha buat hal lagikah ah?!!" Kedengaran suara nyaring cikgu kat luar kelas.

Azrul menggeleng terus. Nampaknya mereka harus ke bilik disiplin lagi hari ini.

novel ni mungkin a bit dark.... cant stop my mind to write something abnormal. But still it just a story i think...so its okey. Pardon??

Ghost_Sinkercreators' thoughts
Próximo capítulo