webnovel

Pujuk

Pagi yang indah.Mentari kelihatan tersenyum di ufuk timur,menyapa semesta.Dedaun hijau bergoyang menitiskan sisa embun dan jatuh di mulut rerumputan lalu lesat diserap bumi.

"Lupakan masa lalu,Elita"ujarnya sendiri sambil melihat dirinya di pantulan cermin.Kemas.

"Awalnya siap?"soal Puan Jefina yang sebaik sahaja masuk ke dapur bersama Encik Alvis.

"Saja"Elita berjabat tangan dengan mereka berdua.Lalu meninggalkan mereka yang masih terpinga-pinga.Hairan melihat perubahan Elita.

Elita mengulas tombol pintu.Daun pintu ditarik.Apabila matanya memandang ke depan dia terperanjat dengan kemunculan Gavin di depan pintu rumah.Dia berpeluk tubuh menatap wajah Gavin yang hanya memandangnya.

"Awak buat apa kat sini?Ke awak sesat jumpa rumah Elmira?"

"Saya nak jumpa awak"

"Tak perlu pun"dia sekilas menjelingnya dan mengalihkan pandangan ke arah lain.Menyampah.

"Saya nak minta maaf"sambungnya lagi memecahkan keheningan.

"Maaf?Dah banyak sangat perkataan maaf yang saya sentiasa dengar daripada awak tapi awak tetap sakitkan hati saya?Sekarang awak senang2 nak minta maaf?Awak fikir saya akan maafkan awak?Tak!Ulang suara!Saya tak akan maafkan awak sampai bila-bila pun!"balas Elita dan mengatur langkahnya untuk pergi.Pergi buat selamanya dari bertembung sekali lagi dengan Gavin.Baru sahaja dia menuju ke keretanya,tangannya ditarik oleh Gavin.Terhenti langkahnya dan memandang Gavin.Lekas Gavin mendekatinya dan Elita dipeluk erat olehnya.

"Maafkan saya ,Elita"kata Gavin sambil membelai rambutnya.Elita tergamam.Dia menolak Gavin dengan kasar dan menampar pipinya.

"Awak nak sangat kan tinggalkan saya sebab awak lebih percayakan kata-kata Elmira!So why you come at here again?Untuk sakitkan hati saya?Ke awak semata-mata cuma nak cakap yang awak adalah teman lelaki Elmira?I already know it,Gavin!Awak tak perlu jelaskan apa-apa lagi saya dah tahu semuanya!Saya tak nak jumpa awak lagi!Please go from my life!Jagalah Elmira!Tak perlu datang kat sini lagi !Saya tak nak tengok muka awak!"

Elita melangkah pergi.

"Saya dan Elmira takde hubungan apa-apa lagi dah,Elita.Saya datang kat sini sebab saya nak jadi pengawal peribadi awak balik"

Air matanya mengalir,cepat-cepat dia mengesat air matanya.Tak percaya dengan kata-kata yang terlontar keluar dari mulut Gavin.Elita masuk ke dalam perut keretanya.Gavin mengejarnya

"Tolong maafkan saya ,Elita.Saya kesal sebab sakitkan hati awak dulu"

Elita mengetap bibirnya.Mengabaikan Gavin yang masih memanggilnya.Dia memakai tali pinggang dan keluar dari perkarangan rumah.

"Elita"Dia melepaskan keluhan kecil.

"Gavin?"

"Morning uncle and aunty"Gavin mempamerkan senyuman nipis.

"Morning"balas Encik Alvis dan Puan Jefina

"Gavin buat apa kat sini?"tanya Puan Jefina

"Saya nak kerja balik sebagai pengawal peribadi Elita.Saya minta maaf sebab sakitkan anak uncle dan aunty.Saya menyesal sebab percayakan apa yang dikatakan oleh Elmira"

"Uncle faham.Saya akan berikan peluang pada awak untuk menjadi pengawal peribadi Elita"

"Thank you uncle,bila saya boleh start kerja?"

"Besok.Hari ni awak dah boleh tinggal kat sini"

"Thank you so much uncle"

Encik Alvis mengusap bahunya.

"Uncle akan sentiasa sokong Gavin"

Gavin mengangguk dan tersenyum.Encik Alvis melambaikan tangan padanya dan membawa Puan Jefina masuk ke dalam kereta.

"Betul ke abang nak terima dia?"soal Puan Jefina.

"Mestilah kenapa awak tak suka ke?"

"Saya tak nak kalau Gavin sakitkan hati Elita sekali lagi"

"Abang percaya yang Gavin tak akan sakitkan hati Elita"

Puan Jefina mengangguk.

"Abang yakin Gavin seorang yang boleh dipercayai seperti ayah dia"

"Baiklah abang"balas Puan Jefina.Mulai yakin pada Gavin.

***

Ruben berjalan ke arah Haura.

"Morning Haura"

Haura bingkas berdiri dan memandangnya.

"Morning Ruben"

"Awak sibuk tak malam ni?"

"Taklah kenapa awak tanya?"

"Saya nak ajak awak keluar"

"Ok"

"Betul ke?"Berbunga-bunga hati Ruben.Berharap Haura tidak akan menipunya.

"Ya betullah awak tak percaya ke?"

"Saya percaya"balas Ruben dan menggaru kepalanya yang tak gatal.

Haura tersenyum.Ruben turut membalas senyumannya.Haura ketawa kecil.

"Kenapa?"tanya Ruben dan mukanya kelihatan hairan.

"Awak lucu sangat"

"Yeke?Apa saya buat?"Ruben dapat merasakan mukanya telah merona merah.Kali ini hubungan mereka semakin rapat dan tidak seperti sebelumnya

"Awak sentiasa buat saya ketawa ,saya tak tahu kenapa saya gembira tengok awak"

"Awak suka saya ke?"

Haura terdiam.Dia menggeleng laju.

"Kalau saya suka awak,awak terima saya tak?"

"Entahlah..jam berapa awak nak ajak saya keluar?"soal Haura untuk menukar topik.

"Jam 8,boleh?"

"Boleh"

Haura senyum nipis.Ruben menunduk dan berjalan ke tempat duduknya.

Chandani menepuk bahu Hadzwan yang sedang sibuk menyiapkan tugasannya.

"Yes?"

"Nah untuk awak,minumlah"kata Chandani sambil meletakkan segelas kopi di atas mejanya.Hadzwan meneguk air kopi yang disediakan oleh Chandani.

"Sedap,thanks"puji Hadzwan sambil mempamerkan senyuman.Senyuman yang memikat hati Chandani.Lalu, Hadzwan sambung menaip.Chandani menatap wajahnya.Hadzwan berasa rimas dipandang lama olehnya.Dia mengangkat dagunya melihat Chandani.

"Kenapa awak masih berdiri kat sini?Awak nak tolong saya ke?"

"Nak"balas Chandani dengan semangat.Hadzwan tersengih.

"Awak tak ada tugasan lain ke?"soalnya lagi

"Saya memang ada tapi kalau awak nak minta bantuan daripada saya pun boleh je"

"Takpe,saya boleh buat sendiri"

"Eh takpelah,sekali sekala je kan?"

Hadzwan mengangguk dan berdiri.Chandani menyusun fail-fail yang berterabur di meja Hadzwan.

"Next time,awak mesti sentiasa susun fail-fail awak kalau tak Puan Jefina akan marah awak dia tak suka tengok meja pekerja berselerak macam ni huh!"bebel Chandani.Hadzwan ketawa kecil.Chandani melabuhkan punggung di atas kerusi dan menaip.Hadzwan merenung lama wajahnya.Chandani tersipu-sipu malu ketika menaip.Malu dipandang tetapi gembira dapat memikat hati Hadzwan,lelaki yang sangat diminati olehnya.

***

Gavin berlari masuk ke dalam biliknya.

"Apa yang happy sangat ni?"tanya Puan Blithe dengan penuh kehairanan.Lantas dia mengikutnya.Gavin mengemas barang-barangnya dan dimasukkan ke dalam beg.

"Gavin nak pergi kat mana?"

"Uncle Alvis terima saya kerja lagi sebagai pengawal peribadi Elita"

"Betul ke?Syukurlah"balas Puan Blithe sambil membelai rambut anak sulungnya.

"Tapi Elita masih tak maafkan saya"

"Gavin pujuklah dia.Bawa dia berbaik semula dan bagi dia hadiah ke"

"Coklat?Ya dia suka coklat!"Bisik hati Gavin

"Gavin perlu sabar bila pujuk dia tau.Lama-lama sejuklah tu hati dia.Awak tak boleh marah kalau tak dia akan terus benci Gavin"

"Baiklah mama.Gavin akan berusaha pujuk dia"

"Good boy,mama harap Gavin dan Elita akan berbaik semula.Mama tak nak Gavin sakitkan hati dia lagi tau"

"Okay mak,Gavin janji tak akan sakitkan hati Elita lagi"

Puan Blithe mengangguk.Gavin berjabat tangan dengannya.

"Ayah mana?"

"Masih kat sawah padi"

"Sampaikan salam Gavin pada ayah"

Puan Blithe mengangguk lagi.

"Doakan Gavin supaya berjaya pujuk Elita tau, mama"

"Baiklah ,semoga berjaya.Hati-hati tau"

"Ok mak"

Gavin melambaikan tangan pada mamanya yang masih setia berdiri di depan pintu.Puan Blithe melepaskan keluhan kecil.

"Mama tak nak Gavin ikut jejak ayah kamu dulu"

***

Imbas kembali.

"I akan setia pada you seorang je"kata Encik Ian sambil memeluk Puan Blithe dari belakang dan mengusap perutnya

"Janji?"

"Ya janji"

Puan Blithe tersenyum.Menikmati keindahan pemandangan di rumah mewah Encik Ian.

"Bila baby kita ni keluar,I nak kita namakan dia Gavin"

"Gavin?"

"Ya,awak setuju tak?"

"Setuju,Saya suka nama yang awak bagi untuk baby kita nanti"

Encik Ian memeluknya dengan erat.

"Kenapa awak tak pernah cakap tentang pekerjaan awak?"

"Biar saya yang tahu,awak jangan risau saya takkan buat perkara yang tak baik di belakang awak"

"Yelah"

Senyuman Puan Blithe semakin mekar.

***

Semenjak dia melahirkan Gavin,Encik Ian tidak melawatnya lagi.Dia semakin berasa risau jika ada apa-apa berlaku pada suaminya itu.Dia membuat keputusan untuk balik ke rumah secepat mungkin.Dia menaiki teksi dengan membawa Gavin yang tertidur lena dalam dukungannya.Sebaik sahaja sampai di rumah Encik Ian,lekas dia memberikan duit pada pemandu teksi tersebut dan keluar sambil membawa Gavin.

"Hahahaha"

Puan Blithe mengerutkan dahinya.Hairan kerana dia terdengar bunyi perempuan ketawa di dalam rumah mewah itu.Tanpa berlengah,dia mengetuk pintu.Pintu dibuka dengan luas oleh seorang wanita seksi dan cantik.Puan Blithe terperanjat.Jantungnya semakin berdebar menanti bukti yang selama ini dia tak tahu

"Awak ni siapa?"

"Girlfriend Encik Ian"balasnya dengan selamba sambil membetulkan rambutnya.

"Mana teman lelaki awak?"

"Ada kat dalam"

Puan Blithe masuk tanpa kebenaran dan tak peduli walaupun dihalang habis-habisan olehnya.Langkahnya terhenti saat berada di depan Encik Ian yang masih duduk di sofa sambil berpeluk tubuh.Puan Blithe mengawal nafasnya yang sesak dari tadi.3 orang wanita duduk di sebelahnya dan mengucup ubun-ubun kepalanya

"Apa semua ni?Kenapa awak curang terhadap saya?"

Encik Ian menurunkan sedikit cermin matanya.Senyum sinis.

"Siapa dia ni,baby?"

"Entah baby tak kenal dialah"

"Apa semua ni?"Kenapa awak tipu saya?Tell me why?"

"Kau berambus sekarang!"jerit Encik Ian.

"Saya isteri awak,baby ni baby kita"

"Aku kata keluar keluarlah!Kau tak faham bahasa ke?!Nak aku cakap apa lagi supaya kau faham?!"

"Baiklah ,kita cerai.."

Encik Ian tidak mempedulikannya.Dia mencium pipi teman wanita barunya itu.

"Kau tunggu apa lagi kat sini!Berambuslah!Aku tak kenal kau pun!"

Puan Blithe menggeleng.

Encik Ian berdiri dan menarik lengannya dengan kasar.Lalu,menolak Puan Blithe ke luar rumah sehingga dia terjatuh terjelopok di lantai.

"Setakat cantik je tapi tak bagi aku harta,lebih baik tak payah jadi isteri aku!Pergi jauh dari sini dan jadi pengemis!Aku tak nak tengok muka kau lagi kalau tak aku akan bunuh kau dengan baby kau sekali!"kata Encik Ian dan menutup pintu dengan kuat sehingga Puan Blithe terkejut.Bayinya menangis kerana turut terkejut.Puan Blithe berdiri dan keluar dari rumah Encik Ian.

"Sanggupnya awak tipu saya,Ian"

Dia menenangkan anaknya yang asyik menangis.

"Sabar ya sayang,mama janji akan jaga Gavin dengan baik"

Perutnya berbunyi menandakan dia lapar kerana tak makan selama 1 hari.Duitnya tadi hanya cukup untuk menaiki teksi.Dia memejamkan matanya.Penat berjalan dengan cuaca yang panas terik.

Keesokan paginya..

"Kenapa awak tidur kat sini?"

Matanya dibuka dengan perlahan dan melihat gerangan siapa yang menegurnya.Dia memandang lelaki

itu.

"Awak ok ke?"tanyanya

"Ok.."

"Awak tinggal kat mana?"

"Saya dihalau oleh suami saya.So saya dah takde tempat tinggal lagi"

"Kalau macam tu bagus awak tinggal kat rumah,nak tak?"

"Takpe.."

Puan Blithe berdiri.Dia menyedari dirinya berada di di sawah padi.

"Berhenti..ikutlah saya"

"Saya tak nak susahkan awak"

"Saya nak bantu awak,jom ikut saya balik ke rumah"

"Ok"

Puan Blithe mengekorinya dari belakang.Dia membelai lembut rambut anaknya yang masih tertidur.

"Nama saya Damian, awak?"

"Blithe"

Encik Damian menghulurkan tangan padanya.Puan Blithe menyambut tangannya untuk berjabat tangan.

Sepanjang Puan Blithe bersama Gavin di rumah Encik Damian ,hubungan mereka sangat rapat sehinggalah Encik Damian jatuh cinta terhadapnya.Memandangkan mereka sudah saling berkenalan ,Puan Blithe menerima cintanya dan bersetuju untuk berkhawin dengannya meskipun Encik Damian bukanlah orang kaya seperti Encik Ian,namun dia seorang yang baik dan penyayang serta layak menjadi ketua dalam keluarga.Dia menyesal kerana menerima cinta Ian yang selama ini memaksanya untuk berkhawin di usia muda setelah habis belajar di Universiti.Kata-kata manis Ian membuatnya terlalu menaruh harapan padanya namun semuanya itu hanyalah suatu permainan dan janji palsu.

***

"Hi Vivi"

"Hi,Gavin rupanya,jemputlah masuk"pelawa Vivi.Gavin mengangguk dan masuk ke dalam dengan membawa barang-barangnya itu.Gavin melabuhkan punggung di atas sofa.

"Gavin nak Vivi sediakan air?"

"Takpe Vivi"

"Ok tapi Vivi ada something nak bagi pada Gavin"

"Apa dia?"

"Tunggu kat sini ,Vivi naik ke atas ambil sesuatu"

"Ok"

Lekas Vivi berjalan anak naik ke atas.Gavin melihat sekelilingnya.Banyak kenangannya ketika di dalam rumah itu meskipun hampir 2 bulan dia bersama Encik Alvis.Dia tersengih seorang diri mengingati kenangannya ketika bersama Elita.Terhenti lamunan Gavin saat Vivi sudah turun ke bawah dengan membawa sebuah kotak kecil.

"Apa ni?"tanya Gavin

"Ambil je"

Gavin mengangguk dan menyambut kotak itu.Dia membuka kotak itu dan mengambil gambarnya bersama Elita.Dia mendongak memandang Vivi.

"Awak dapat gambar ni kat mana?"

"Saya nampak cik Elita buang ni kat dalam sampah yang ada di luar tu.So , Vivi ambil kotak ni dan serahkan balik pada Gavin"

"Thanks Vivi"

"Gavin pujuklah cik Elita.Cik Elita memang susah nak dipujuk tapi lama-lama nanti sejuklah hati dia"

Gavin mengangguk dan tersenyum.

***

Ruben merenung lama wajah Haura.Haura tersedak.

"Kenapa, Haura?

"Takde"kata Haura sambil menggelengkan kepalanya.Haura meneguk segelas air.Ruben tersengih.

"Saya suka awak,Haura"

Haura menutup mulutnya daripada tersedak.

"Apa yang awak merepek ni?"

"Awak tak nak percaya ke?"

"Entah"balas Haura dan menghabiskan makanannya.Mukanya mulai merona merah

"Saya jujur pada awak ,Haura"

"Erm.."balas Haura ringkas.Ruben tersenyum dan dia menatap wajahnya.Haura menutup mukanya kerana malu.Ruben mencuri pandang ke arahnya lagi.

***

Elita membuka pintu keretanya.

"Sayang nak balik dah ke?"

Elita memandang Alden yang berada di sebelahnya.Hampir terkejut dibuatnya kerana risau jika orang itu adalah pencuri.

"Ya ,saya penat"balas Elita

"Bila kita nak keluar bersama lagi?"

"Lain kali"

"Ok sayang,hati-hati bawa kereta tau"kata Alden dan melambaikan tangan padanya.Elita membuka kembali pintu keretanya.

***

Elita membuka pintu rumahnya dan terperanjat melihat Gavin di dalam rumah mereka.

"Awak buat apa kat sini?!"

"Ayah yang suruh Gavin tinggal kat sini sebab dia nak jadi bodyguard Elita balik"sambung Encik Alvis untuk menyokong Gavin.

Elita berpeluk tubuh dan mengalihkan pandangannya ke arah lain

"Maafkan saya Elita"kata Gavin sambil tunduk.

"Tak nak!"

Elita menjelingnya dan naik ke atas.Gavin mengejarnya.Encik Alvis dan Puan Jefina saling berbalas pandang.Elita menutup pintu biliknya dan mengunci.

"Elita,please maafkan saya.Saya menyesal sakitkan hati awak"

Elita menutup telinganya dan berbaring di katil.Tidak lama kemudian,dia tidak lagi mendengar suara Gavin memanggilnya.Elita mengurut dadanya.Lega.Dia menuju ke bilik air.

"Elita!"

Elita berhenti berjalan.Dia menuju ke luar dan melihat gerangan siapa yang memanggilnya itu.Dia bermasam muka.Melihat muka Gavin sering kali menyebabkan dia berasa sangat marah.

"Awak nak apa lagi,Gavin?"

"Saya nak awak maafkan saya"

"Tak nak!"

"Please Elita"

"Saya tak akan maafkan awak!"kata Elita dan menutup tingkap.

"Saya akan tetap tunggu kat sini untuk awak"

Elita tidak mengabaikannya.Hujan mulai reda namun Gavin setia menantinya di luar walaupun bajunya telah basah kuyup.Elita berhenti berjalan.

"Dia masih kat luar ke?"

"Elita ,please maafkan saya.Saya tak akan pergi selagi awak belum maafkan saya.Elita.."

Elita berpeluk tubuh.Dia berjalan mundar mandir.Berasa ragu sama ada nak mempercayai Gavin ataupun tak.Elita berasa risau kerana tiada suara Gavin memanggilnya lagi.Dia membuka pintu biliknya dan berlari turun ke bawah.

"Masuk kat dalam,Gavin.Kami tak nak awak sakit"pujuk Puan Jefina

Gavin menggeleng.

"Saya nak tunggu Elita"

"Masuklah Gavin"pujuk Encik Alvis lagi

Gavin melepaskan keluhan kecil.

"Tak payah pujuk dia tu!Biarkan dia sakit!biar dia rasa sakit hati seperti Elita dulu!"kata Elita dengan kasar

"Elita!"balas Encik Alvis.Geram terhadap perangai anaknya.Elita terdiam.Menyesal kerana terlepas cakap.

"Percayalah pada saya,Elita.Saya jujur dan saya nak minta maaf daripada awak"Gavin memandang wajahnya dengan muka yang sedih.

Elita berpeluk tubuh dan menjelingnya.

"Maafkanlah dia ,Elita"kata Puan Jefina.

Elita menggelengkan kepalanya.Hatinya yang luka masih belum sembuh.Elita mengatur langkahnya untuk masuk ke dalam rumah.Gavin berlari ke arahnya dan tiba-tiba dia terjatuh.Encik Alvis dan Puan Jefina terkejut.

"Cepat tolong dia,abang!"arah Puan Jefina.Elita lekas melihat Gavin dia juga terkejut melihat Gavin yang terbaring di atas lantai.Encik Alvis membantu Gavin berdiri dan memapahnya.Lalu dibawa masuk ke dalam rumah.Puan Jefina mengekori mereka berdua di belakang.Elita tergamam dan dia juga masuk ke dalam rumah.

"Gavin?"Encik Alvis menepuk bahunya.Tetapi Gavin masih belum sedarkan diri.

"Maafkanlah dia Elita.Dia sanggup nak jadi pengawal peribadi Elita lagi.Elita tak rasa kesian ke kat dia?"

"Elita masih tak dapat maafkan dia sebab hati Elita dah terlebih sakit"balas Elita dan berdiri

"Elita..."Gavin memanggilnya.Matanya dibuka dengan perlahan dan memandang tepat ke arah Elita.

Elita mengetap bibirnya.

"Gavin dah ok ke?"tanya Encik Alvis

'Ok..cuma pening kepala je..saya nak jumpa Elita.."suara Gavin lemah

Encik Alvis mengajak Puan Jefina meninggalkan mereka berdua.Gavin bangun dan hampir terjatuh.Dia tetap berdiri di belakang Elita meskipun Elita tak nak memandangnya

"Sorry,Elita"

"Awak tinggalkan saya..awak sentiasa mungkir janji.Awak nak tahu tak hati saya sangat sakit...Awak lebih percayakan Elmira daripada saya.Saya tak pernah pun cakap yang saya nak awak berhenti.."

"Elita berikan saya peluang kedua..Saya janji tak akan sakitkan hati awak lagi" Gavin memotong sambungannya

"No!"

Gavin masih tak nak berputus asa untuk memujuknya.Dia berdiri di depannya.Elita melihat ke arah lain.

"Saya sayangkan awak Elita.Saya tak sanggup tinggalkan awak dan kenangan kita berdua.Saya dah tahu Elmira tipu saya.Saya yang bersalah sebab terlalu percayakan dia sampaikan hubungan kita berdua hancur dan sekarang saya nak kita berdua kembali bersama seperti dulu..saya rindu awak,Elita"balas Gavin.Air mata Elita mengalir pantas.Dia berlari naik ke atas.

"Elita!"

Elita menutup pintu dengan kuat.Gavin mengetuk pintu biliknya.

"Walaupun awak tak nak maafkan saya..saya akan tetap pujuk awak,Elita..saya nak kita berdua kembali bersama"

"Pergi dari sini,Gavin!Saya tak nak tengok awak lagi..saya tak akan maafkan awak langsung!Please go!"

Gavin menangis.Tahun ini adalah kali pertama air matanya keluar hanya disebabkan Elita.

"Saya tak akan pergi.Saya akan tetap nak pujuk awak.Saya faham hati awak masih sakit.Tapi saya harap awak akan maafkan saya.Goodnight Elita .."

Elita menghembuskan nafas berat.Sukar baginya untuk memaafkan Gavin walaupun dia sentiasa menanti untuk bersamanya lagi

Próximo capítulo