Elita dan Haura duduk bersama di luar rumah.Elita menceritakan kenangan mereka berdua dahulu.
"Dulu masa sekolah menengah tu kita selalu main basikal setiap pada waktu petang then kita jatuh kat longkang sebab dikejar anjing"
Elita dan Haura ketawa.Walaupun Haura tak mengingati kenangan mereka,dia tetap terhibur dan gembira mendengarnya.
"Awak nak tahu lagi tak?"
"Apa ..apa?Ceritalah"kata Haura.Tak sabar nak mendengar kenangan mereka berdua lagi.
"Kita pernah didenda berdiri kat luar kelas sebab tak siap kerja sekolah,lepas tu bila berdiri kat luar tu kita nyanyi dan ketawa,so cikgu suruh kita jalan itik kat dalam kelas"
Mereka berdua ketawa terbahak-bahak.
Puan Greisy,Nathan dan Gavin tersenyum melihat mereka.
"Aunty tak tahulah pula yang Haura adalah kawan Elita.Kalau aunty tahu memang aunty akan membawa Haura berjumpa dengan Elita"kata Puan Greisy pada Gavin.
"Takpe aunty,yang penting sekarang mereka dah berjumpa"balas Gavin.
"Kau teman lelaki dia ke?"tanya Nathan.
"Taklah aku cuma bodyguard dia je"balas Gavin.
"Pertama kali aunty tengok awak ni macam teman lelaki Elita"sampuk Puan Greisy.
"Taklah aunty haha"balas Gavin sambil menggaru kepalanya.Malu.
"Gavin tak ada perasaan cinta ke terhadap Elita?Aunty suka tengok awak berdua bersama sebab padan"kata Puan Greisy.Tersengih.
"Ha'ah betul tu"Nathan menyokong pendapat ibunya.
"Sebenarnya saya takde perasaan apa2 terhadap Elita,saya tak nak ganggu hubungan dia dengan Alden"
Nathan menepuk bahu Gavin."Kalau jodoh tak ke mana, korang berdua pasti akan bersama suatu hari nanti,percayalah apa yang aku katakan"ujar Nathan.
Gavin hanya mengangguk dan mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Nathan tak kerja ke hari ni?"tanya Puan Greisy.
"Nathan nak rehat"
"Cuti je tahu!Fikir syarikat kita akan bertambah maju kalau tak berusaha dan malas huh?"
"1 hari je,besok Nathan kerja"balas Nathan.Malas nak mendengar ibunya membebel.Puan Greisy menggeleng laju.
"Awak nak kerja tak kat pejabat ayah saya?"soal Elita.Berharap Haura akan bersetuju.
"Nak"jawab Haura.
"Ok nanti kita kerja sama2 tau macam dulu"balas Elita.Haura mengangguk.Walaupun dia tak ingat kenangan mereka lagi,namun dia tetap nak berkawan dengan Elita.
"Awak nak tak saya ajak keluar sekarang?"tanya Elita lagi.
"Nak nak"balas Haura.
"Ok tapi saya perlu minta kebenaran dengan aunty Greisy"
Haura mengangguk.Mereka bingkas bangun dan menuju ke arah Puan Greisy.
"Aunty,boleh tak Elita ajak Haura keluar?"
"Boleh je"
Elita memeluk aunty Greisy."Thank you so much aunty sebab tolong Elita untuk kembalikan ingatan Haura"kata Elita.
"Aunty akan sentiasa sokong Elita.Aunty yakin Haura akan segera ingat Elita"Elita mengangguk faham dan senyum padanya.
Elita membawa Haura menuju ke keretanya.Gavin melambaikan tangan pada Nathan dan Puan Greisy,lalu mengikut langkah Elita dan Haura.
***
"Fun fair lagi ke?"tanya Gavin.Terbeliak matanya.
"Yes!"serentak Elita dan Haura membalas.
"Erh takpelah,saya tunggu awak berdua kat luar je"
"Tak boleh!"kata Elita dan menarik lengan Gavin.Gavin tetap menolak ajakan tetapi Elita tetap memaksanya lagi untuk mengikuti mereka.Akhirnya Gavin terpaksa mengikuti mereka walaupun secara terpaksa.
Elita dan Haura ketawa dan menjerit ketika menaiki Exciting Challenger.Jantung Gavin pula berdegup kencang kerana takut.
"Kita naik lagi!"kata Haura.Bersemangat.
"Ok!"balas Elita.
"Awak duduk je kat sana,Gavin.Biar kami berdua yang naik sekarang"arah Elita.
Gavin mengangguk dan berjalan sambil mengurut kepalanya kerana pening.Elita dan Haura ketawa kecil melihatnya.
"Nasib baiklah dia benarkan aku duduk kat sini"kata Gavin.Gavin melihat pasangan kekasih yang sedang berlalu di depannya.
"Bila saya akan jumpa awak,Amelia?.."katanya dalam hati.
"Dulu kita suka pergi kat sini"kata Elita.
"Yeke?Patutlah saya suka sangat kat sini"balas Haura.
Haura ketawa lagi saat Elita menceritakan kenangan mereka.Banyak kenangan yang terindah dan lawak.
Gavin lekas berdiri saat Elita dan Haura berada di depannya.
"Kita nak pergi kat mana sekarang?"tanya Gavin.
Elita berbisik di telinga Haura.Haura mengangguk faham.Mereka berdua senyum sinis pada Gavin.Gavin mengerutkan dahinya.Hairan.
"Ikut kami berdua"kata Elita dan meletakkan tanggannya di belakang Gavin.Kaki Gavin melangkah saat ditolak oleh Elita dan menuju ke suatu tempat.Haura ketawa kecil melihat gelagat Elita.
"What?kat sini ke?"tanya Gavin.
"Yes Euro Wheel"balas Elita.
"Erh saya tak nak naik takpe saya tunggu awak berdua kat sini je"
"Tak boleh please"Elita merayu padanya.Mukanya yang comel ketika merayu dapat menarik perhatian Gavin sehingga Gavin bersetuju.
"Good, jom naik sekarang"kata Elita dan memegang tangan Gavin dan Elmira.
"Bestnya!"kata Haura.
"Kan!"balas Elita.Tersenyum.Elita mengalihkan pandangannya ke arah Gavin yang berdiam melihat mereka berdua.
"Awak duduklah kat sebelah bodyguard awak"kata Haura.Elita mengangguk dan berdiri.Dia melabuhkan punggung duduk di sisi Gavin.Gavin menoleh ke arahnya.
"Awak takut tinggi ke?"tanya Elita.
"Ya disebabkan kejadian dulu yang membuat saya hampir jatuh"balas Gavin.
Elita mengangguk faham dan tak nak bertanya banyak.
"Ikut apa saya buat"kata Elita dan membetulkan posisinya.Gavin mengangguk.
"Ambil nafas dalam-dalam dan hembus"kata Elita.Gavin melakukan apa yang dilakukan oleh Elita.
"Awak perlu rileks sebab bila awak relaks awak tak akan takut.Dulu pun saya takut tapi bila Haura bawa saya kat sini dan bagi semangat pada saya,saya tak takut pada tinggi dah"kata Elita
"Thanks"balas Gavin dan menarik nafas dan menghembuskan nafasnya.Elita merenung wajahnya.
Gavin memberanikan dirinya dan semakin tenang.
"Saya dah rasa ok"kata Gavin.Elita dan Haura menepuk tangan.Gavin gembira melihat persahabatan mereka berdua membuatkan Elita semakin ceria.
Destinasi seterusnya,Elita menyuruh Gavin untuk membawa mereka ke pantai.Elita dan Haura berjalan beriringan.Gavin mengekori mereka di belakang sambil memasukkan tanggannya dalam poket.Mereka meluangkan masa di pantai sehingga petang.
Elita dan Haura duduk bersama sambil bercerita.
"Dulu pun awak suka sangat ajak saya pergi kat sini"kata Elita.Haura mengangguk.Gavin berdiri dan melihat sekeliling mereka untuk mengelakkan orang jahat menganggu mereka.
"Jom kami hantar awak balik"Elita dan Haura berdiri dari duduk.Gavin menjaga mereka berdua dan membawa mereka keluar dari pantai.Ketika mereka sedang berjalan,seorang lelaki tidak dikenali menegur mereka.Gavin menyuruh Elita dan Haura berdiri di belakangnya.
"Kenapa?Nak minta pertolongan ke?"tanya Gavin dengan tegas.
Lelaki itu memegang telefon dan mengambil gambar mereka bertiga secara senyap.
"Tolong saya cik,saya sesat"Lelaki itu berpura-pura meminta belas kasihan.
"Sesat?Ni nak pergi kat mana?"tanya Gavin.
"Erh..saya nak pergi kat dalam lokasi ni tapi saya lupa, maklumlah saya ni ditimpa kemalangan sampai hilang ingatan sekarang"Dia menunjukkan lokasi dalam telefonnya pada Gavin.Gavin melihat lokasi yang ditunjukkan dengan teliti.
"Oh ni kat sana je"
"Sana je?"tanyanya sekali lagi.
"Ya sana"
"Terima kasihlah ye dah bantu saya,sebenarnya saya nak tunggu kawan tapi tak sangkalah pula yang saya lupa kawasan kat sini"
"Ok"balas Gavin dengan ringkas.Gavin membawa Elita dan Haura meninggalkan lelaki yang tidak dikenali itu.Dia tersengih melihat mereka bertiga.
"Elita tak nak ke masuk dalam rumah aunty?"tanya Puan Greisy.
"Takpe aunty,next time"
"Ok can, Elita boleh jumpa Haura bila-bila masa je Elita nak"
"Thanks aunty"Elita memeluk Puan Greisy.Elita melambaikan tangan pada Haura dan Puan Greisy.
***
"Boleh saya tanya?"soal Elita.
"Boleh, apa yang awak nak tanya?"balas Gavin sambil memandu.
"Siapa perempuan yang awak ceritakan semalam?"
Jantung Gavin berdebar saat ditanya oleh Elita.
"Saya cuma bergurau je"
"Oh ok..so awak masih cintakan Amelia?"tanya Elita.
"Yes semestinya"balas Gavin bersahaja.
"Erm ok semoga awak berdua dapat bertemu suatu hari nanti"Elita melihat ke luar cermin.Gavin menyesal tersasul menjawab kerana dia ingin mengelakkan disoal lagi oleh Elita.
Elita mengetap bibirnya dan menghembuskan nafas.Keadaan kembali sunyi dan hanya radio menjadi peneman.Masing-masing hanya melayan perasaan sendiri.
Tibanya di rumah,Elita dan Gavin keluar dari perut kereta.Elita tidak mengajak Gavin berbual dan lekas dia masuk ke dalam rumah.
"Anak mama dah balik"tegur Puan Jefina dan memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang.
"So how?Elita ajak Haura keluar ke?"
"Ya mama,ayah mana?"
"Ayah ada kat atas,Tapi Elita bersihkan diri sekarang dan nanti turun bawah untuk makan ok?"
"Ok mama"balas Elita.Elita meninggalkan ibunya dan naik ke atas.
"Macam mana Elita dengan Haura tadi?"tanya Puan Greisy sambil senyum.
"Elita banyak ceritakan kenangan mereka berdua dulu pada Haura.Haura pun dah suka nak berkawan dengan Elita"
"Syukur,aunty harap Haura akan kembali ingat Elita "
"Amin.Emm aunty, Gavin nak naik ke atas sekarang"
"Ok"
Gavin mempamerkan senyuman manis dan beredar.
Setelah siap makan,mereka berkumpul di ruang tamu.
"Boleh tak Haura kerja kat pejabat ayah?"
"Boleh"
Elita hampir nak melompat kerana gembira.
"Thank you so much ayah"kata Elita sambil memeluk ayahnya.Elita berlari anak naik ke atas.Puan Jefina,Encik Alvis dan Gavin tersengih melihat Elita yang sangat ceria.
***
Vivi tergamam melihat bunga-bunganya sudah disiram.Vivi menuju ke paip air dan ternampak Elita sedang meletakkan hos paip di tepi.
"Cik Elita ke yang siram bunga?"tanya Vivi seakan-akan tidak percaya.
"Ya"jawab Elita.Mukanya yang sangat ceria dan jarang sekali dilihat oleh sesiapa.
"Oh,tapi cik Elita.."
"Takpe ,takkan Vivi tak tahu yang Elita kan suka siram bunga"
"Tahu"Vivi menggaru kepalanya."Lain macam je cik Elita hari ni..ke bangun silap bantal?"bisik hati Vivi.
"Elita?"Gavin memanggilnya.
"Ya!"Elita berlari ke arah Gavin.
"Eh awalnya Elita bangun hari ni"
"Mestilah"balas Elita.Dia mencubit pipi Gavin dengan lembut.
"Hantar saya ke pejabat sekarang"
Elita masuk ke dalam kereta tanpa menunggu Gavin.Gavin memegang pipinya yang dicubit oleh Elita.Dia tersengih dan mengelenggeng.
Gavin menekan brek dengan tiba2.Nasib baiklah mereka berdua memakai tali pinggang keledar.Kalau tak memang dah lama terbuang ke luar.
"Why Gavin?"tanya Elita.Cemas.
Gavin lekas keluar dari kereta dan membantu seorang budak.Elita turut keluar.
"Mana ibu awak?"tanya Gavin sambil mengangkat budak itu berdiri.
"Farran!"seorang wanita berlari ke arah budak tersebut.
"Mama!"Farran berlari dan memeluk ibunya.
"Farran pergi kat mana tadi?Boleh tak jangan buat mama risau?"
Gavin berdiri merenung wanita tersebut.Wanita yang sangat dikenali olehnya.
"Farran kejar kucing tadi tapi terlepas"balasnya.
"Farran tak boleh lalu kat sini bahaya tahu tak?!"
"Farran janji takkan buat lagi"Daniyah membelai lembut rambut anaknya.
"Daniyah?"Gavin menegurnya.
Mendengarkan suara lelaki tersebut,Daniyah menoleh ke arahnya.
"Gavin?Erh sorry menyusahkan awak"Lekas Daniyah membawa anaknya namun Gavin menyuruhnya berhenti.
"Kenapa awak macam tak suka je kita berjumpa kat sini?"tanya Gavin.
"Kenapa awak masih nak berbaik dengan saya ?Awak tahu kan kerana saya,awak dan Hadzwan bermusuh"
"Saya maafkan kesalahan awak.Saya dan Hadzwan dah berbaik sebenarnya"
"Tapi saya tak percayalah Hadzwan tak berdendam pada awak sebab saya dah lama bercinta dengan dia.Tapi disebabkan awak muncul dalam hidup saya,saya ada perasaan terhadap awak dan Hadzwan bencikan awak.I'm sorry Gavin,I'm so so sorry"
Daniyah membawa anaknya menuju ke tempat lain.
Gavin terdiam.Elita hanya memerhatikan mereka berdua.Dia keliru kerana tidak mengetahui apa-apa pun.
"Jom masuk dalam kereta"kata Elita.Tetapi Gavin masih berdiam.
"Gavin?"
"Oh erh ya ya ok"
***
Hadzwan benci aku?Dia masih berdendam pada aku ke?"bisik hati Gavin.Elita hairan melihatnya.Gavin memakirkan kereta di parkir kereta.
Mereka berdua keluar dan masuk ke dalam pejabat.
"Morning baby!Awak pergi kat mana semalam?I rindu you"tegur Elmira.
Elita menjelingnya."Tak habis2 nak mengedik je"Elita membebel dalam hatinya.
"Morning,semalam saya temankan Elita jumpa Haura"
Chandani,Ayita dan Afra terkejut dan bersembunyi untuk mendengar perbualan mereka.Elmira mengerutkan dahinya seolah-olah tak percaya.
"Haura masih hidup ke?"tanya Elmira.
"Ya dia masih hidup,cuma dia hilang ingatan"balas Elita.
"Patutlah.."Elmira mencebik.
"Saya rasa penatlah berdiri kat sini.Nanti awak jumpa Elmira je.Sekarang hantar saya ke bilik"ujar Elita.Elmira berpeluk tubuh melihatnya.
"Ok let's go"balas Gavin dan senyuman terukir pada bibirnya.
Elmira berasa cemburu melihat Gavin dan Elita saling membalas senyuman.
"Nanti jumpa baby tau"kata Elmira.
Gavin mengangguk.
Elita berjalan beriringan bersama Gavin dan naik ke atas.Elmira mengangkat tanggannya seolah-olah ingin mencekik leher Elita.
"Elmira!"Chandani,Afra dan Ayita menegurnya.
"Betul ke Haura masih hidup?"tanya Chandani.
"Entah betul kot"Elmira mendengus geram dan berjalan menuju ke mejanya.Malas nak bercerita dengan minah bawang tu.Chandani,Afra dan Ayita mengangkat bahunya.
"Tak sangka Elita pandai berlakon rupanya"kata Gavin.
"Of course!"balas Elita bersahaja dan mengulas tombol pintu.Gavin tersengih.
"Kenapa awak nampak macam stress je?"tanya Alden sambil bersandar di meja Elmira.Elmira terperanjat.
"Boleh tak bagi salam?Tu pun nak suruh saya ajarkan lagi ke?"
"Haha sorry,ni kenapa awak stress?Marah seseorang ke?"
"Saya benci"
"Siapa?"
"Awak tak tengok ke teman wanita awak tu dah semakin rapat dengan Gavin.Awak kata nak mulakan plan awak tu?Tapi tak ada pun"Elmira separuh berbisik agar tiada pekerja lain mendengar.
"Sabar je,kita tunggu Haura"balas Alden.Elmira merenung tajam ke arahnya.
"For what?Dia tak ada kena mengenalah dalam hal ni"
"Meh sini telinga awak"Alden berbisik di telinga Elmira.Elmira mengangguk dan tersenyum.
"Yelah saya setuju"balas Elmira.
"Setuju apanya ni?"soal Elita.
Elmira dan Alden berbalas pandang.Mereka takut jika Elita terdengar plan mereka tadi.
"Saya setuju Alden dengan awak padan sangat"balas Elmira dan senyum paksa.
"Morning sayang.saya dah katakan yang kita berdua ni memang padan"Alden menyokong Elmira.
Elita hanya mengangguk faham dan tertanya-tanya dalam hati.Sejak bila Elmira dah berkawan dengan Alden?
"Awak siapkan kerja ni dan bila dah siap, hantar je pada ayah saya"kata Elita sambil meletakkan fail di meja Elmira.
"Baiklah cik Elita"
Elita mengangguk dan meninggalkan Alden sambung bercerita bersama Elmira.Alden mengekorinya.
"Awak pergi kat mana semalam?"tanya Alden.
Elita berhenti melangkah dan menoleh ke arah Alden.
"Saya jumpa Haura"balas Elita.
"Yelah tapi kenapa awak langsung tak jawab panggilan saya?"
"Saya tak dengar sebab mute"balas Elita dengan ringkas.
"Kalau ye pun tengoklah telefon awak tu tak susah sangat pun.Saya tahulah Gavin tu penting daripada saya"suara Alden kasar menyebabkan Elita marah namun dia tetap bersabar.Tak nak munculkan pergaduhan.Tak pasal2 ayahnya akan memecatkan Alden kerana bercakap kasar terhadapnya.
Elita berpeluk tubuh melihat sekelilingnya.Nasib hanya mereka berdua di sana.
"Ok saya nak minta maaf"
"Tak perlulah minta maaf,saya tahu awak sayangkan Gavin dan bukan saya.Sebab dia tu selalu ambil berat tentang awak.Awak cintakan dia kan,ok silakan"Kali ni Alden lebih bercakap kasar dan sengaja nak menyakitkan hati Elita.
"Kalau awak tak nak percaya,saya tak kisah!"balas Elita.Mencabar kesabarannya bila Alden masih menuduhnya bukan-bukan.Elita menjelingnya dan menuju ke biliknya.Alden bercekak pinggang dan merenung tajam wajah Elita.
***
Alden setia menunggu Elita di depan pintunya.Daun pintu ditarik.
"Hi"Alden mempamerkan senyuman manisnya.
"Awak nak apa lagi?"tanya Elita.
"Saya nak minta maaf"Alden menundukkan kepalanya.
"Yelah"balas Elita.Alden mengangkat dagunya dan memandang Elita.
"Saya nak ikut awak keluar makan,boleh?"
"Boleh,mana Hadzwan mana?"
"Dia keluar dengan minah bawang tu"
Elita mengangguk faham dan tersengih.Alden merenung tajam ke arah Gavin yang berada di sebelah Elita.Memang dah lama dia hendak menumbuk muka Gavin lagi.
Alden merangkul pinggang Elita dan mencium pipi Elita."I love you"kata Alden.
"I love you too!"balas Elita.Gavin mengalihkan pandangannya ke arah lain.Sedih.
"Jomlah pergi makan kat luar"ujar Alden.
"Let's go"balas Elita.
Alden berjalan bersama Elita sambil merangkul pinggangnya lagi.Gavin mengekori mereka di belakang.
"Baby!"Elmira memaut lengan Gavin.
"Saya nak join korang boleh tak?"tanya Elmira.Manja.
"Boleh"balas Elita.
Alden dan Elmira senyum sinis dan saling berbalas pandang.Umpama rancangan mereka berjaya untuk menghalang Elita bersama Gavin.