webnovel

Bab 2

Murdoch University, Perth, Western Australia. Di situ lah kami belajar. Aku di sini bersama BFF aku dan Haizeq. Akhirnya impian aku nak belajar dekat Perth sudah tercapai.

Satu hari, aku pergi berjalan-jalan di sekitar universiti itu. Saja... Tak tahu nak buat apa. Aku singgah dekat satu cafe ni. Cantik, classic dan unik rekaan dia. I love it! Semasa beratur panjang untuk order, aku sempat lagi mengelamun. Mengenangkan kawan-kawan aku tak dapat teman aku jalan-jalan. Nak suruh Haizeq, tapi kesian dekat dia, demam... Sekarang ni musim sejuk. Memang senang nak jatuh sakit. BFF aku ada yang nak rehat, ada kelas. Kejap lagi aku ingat nak lawat Haizeq. Kesian dia...

Sejak kitorang start rapat masa sekolah dulu, dia ni baik gila tau! Aku ingat lagi. Masa tu waktu balik sekolah. Kitorang balik lah sama-sama. Lepas tu aku nak beli ice-cream, tapi takde duit. Dia beria-ria nak belanja aku ice-cream even aku dah banyak kali cakap tak payah. Dah la dia beli ice-cream favourite aku . Haizeq dah la handsome, kaya, baik pulak tu. Tak macam Eiman! Eh!

"Eh mak kau!" tiba-tiba mulut aku melatah.

Astaghfirullahaladzim... takde benda lain nak cakap?Aku tersedar dari lamunan yang panjang tadi aku pantas pusing ke belakang sebab ada orang tepuk bahu aku. Aku mengangkat kening. Lelaki itu menuding jari telunjuknya ke depan. Aku pandang ke depan. Oh... dah turn aku untuk membuat pesanan. Aku order iced latte with cream.

Aku cepat-cepat ambil tempat kosong. Cafe itu penuh dengan pelanggan. Nasib baik dapat tempat duduk. Yang best, view kat situ lawa gila! Sebelah cafe tu ada tasik yang dikelilingi pokok bunga yang cantik-cantik. Tempat duduk aku betul-betul depan tasik tu. Aku pun apa lagi, ambik lah gambar view cantik tu...

Lelaki tadi yang sedarkan aku dari lamunan tadi tegur aku.

"Miss, can I sit here?" tanya dia.

Aku pandang sekeliling. Satu cafe itu penuh dengan pelanggan. Aku segera mengagguk dan senyum lalu lelaki itu mengambil tempat di depan aku.

"Thanks." ucap lelaki itu sambil tersenyum. Aku terpukau. Aku rasa macam pernah nampak muka tu.

"Welcome." balasku. Masih berfikir. Mengingati wajah itu.

"You orang Malaysia ke?" tanya lelaki itu.

"Yes, Kuala Lumpur." jawabku. Masih perhatikan lelaki itu.

"Same." beritahu lelaki itu dengan senyumannya yang tak lekang di bibir. Dia meneguk airnya dan mengambil pandangan pada tasik itu. Aku rasa aku kenal dia!

"Eiman? Eiman Nul Hakim?" tanya aku. Betul ke tu dia? Dia berpaling.

"Macam mana you tahu nama I? Kita pernah kenal ke?" tanya Eiman.

Aku dah agak dah! Mesti dia tak cam aku. Sebab aku dah kurus. Ye lah dulu kan gemuk.

"It's me, Nayli. Putri Nayli Damia. Tu pun kalau kau ingat." beritahu aku.

" Nayli? Kau belajar kat sini jugak ke? Dekat mana? Ke kau travel kat sini?" bertalu-talu soalan dia tanya aku.

"Belajar kat sini. Dekat Murdoch." beritahu aku.

"Eh! Sama la. Kau kat sini sorang ke?" tanya Eiman.

"Tak lah. Aku kat sini dengan Sarah, Qistina dengan Haizeq. Kau kenal kan?" jawab aku beserta dengan soalan.

"Kenal. Haizeq pun kat sini? Kau rapat ke dengan dia?" tanya Eiman.

" Haah. Sejak darjah 6 lagi." kataku.

" Oh... ramai jugak yang belajar kat sini. Tak tahu pun." kata Eiman.

Haih! Terlebih mesra pulak mamat ni. Dulu sombong. Bebel aku dalam hati.

"Eh! aku kena pergi ni. Bye! See you." pantas aku bangun dari kerusi.

"Wait! Can I have your number? Boleh aku ajak kau keluar, lepak-lepak nanti." kata Eiman sambil tersenyum.

Aku menaip nombor aku dalam phone Eiman. Nak cepat punya pasal.

"Bye!" lantas aku ke kaunter pesanan dan memesan satu hot latte untuk diberikan kepada Haizeq. Kan tadi aku dah rancang nak lawat dia. Setelah air siap aku terus membayar dan mengambil air itu. Sebelum aku melangkah keluar dari cafe itu sempat memandang Eiman yang melambai kepada aku. Aku balas lambaian Eiman sambil tersenyum dan keluar dari cafe itu.

" Nayli." sebut Eiman sambil tersenyum setelah kelibatku hilang dari mata.

Próximo capítulo