webnovel

Bab 43 : Asal?Kau dah bosan dengan mamat selenge tu ke?

Isnin keesokan harinya....

Pasangan BFF itu dapat dilihat dari kejauhan. Saling bergandingan masuk ke dalam bangunan dengan gaya tersendiri. Seorang dengan pakaian mewah seorang lagi hanya ringkas mengenakan hoodie oversized dan lengging army.

"Kelas kau habis pukul berapa?"tanya Sarah pada Zara di sisi setelah mereka tiba di depan bilik kuliah Zara.

"Pukul 1..."jawab Zara.

"Oh...aku pukul 12...nak makan tengah hari sama?Kelas aku start pukul 2 nanti..."ajak Sarah sewaktu Daniel muncul dari belakang yang mana disedari Zara terlebih dahulu.

"Kalau kau nak tunggu aku...tahan lapar boleh jer..."jawab Zara sewaktu Daniel melambai tangan hendak menyapanya bersama senyuman dibibir. Tapi Zara buat tak nampak dan kembali memandang Sarah, berkelakuan seperti lelaki itu tak wujud langsung dekat situ.

Dengan muka kebingungan Daniel jalan melewati Zara dan Sarah dan masuk ke dalam dewan kuliah.

"Boleh...aku tunggu dekat lobi..."balas Sarah sebelum memeluk Zara. "Bye..."lambai Sarah dan beredar dari situ dengan senyuman lebar di bibir.

Zara melangkah masuk ke dalam bilik kuliah. Melihat Daniel membiarkan tempat di sebelah kosong untuk dia duduk seperti biasa.

Dengan girang lelaki itu lambai tangan mengajak Zara duduk di sebelah. Tapi kali ini Zara buat tak nampak akan ajakan lelaki itu malahan bergerak ke kerusi di sebelah pelajar lelaki lain.

Daniel berpaling ke belakang. Memandang pelik ke arah Zara yang tiba-tiba sahaja berubah sikap. Tak pernah Zara palau dia. Lama Daniel perhati Zara sebelum pelajar lelaki di sebelah Zara tegur.

"Apa pandang-pandang...tak nampak ke dia tak nak duduk sebelah kau lagi?"marah pelajar itu.

Zara yang dengar buat tak tahu, dia hanya menyibukkan diri dengan persiapannya untuk kuliah. Keluarkan pen dan buku teks dari beg. Set up laptop untuk slide dan nota.

Kening Daniel mencerun tidak puas hati di atas teguran itu. Berani betul budak tu kurang ajar dengan dia. tanpa bersuara Daniel kembali memandang ke depan dan tunduk memandang buku teksnya bersama tangan mengengam pen dengan erat seakan mahu mematahkannya.

Zara menopang dagu, termenung memandang belakang kepala Daniel sebelum deru nafas berbau rokok menyapa tepi wajahnya.

"Asal?Kau dah bosan dengan mamat selenge tu ke?"soal pelajar lelaki di sebelah Zara dengan senyuman sinis di bibir.

Mata Zara menjeling menyampah ke pelajar itu.

"Yang selengenya kau...tutup mulut tu. Busuk tahu tak..."komen Zara yang mana membuatkan senyuman dibibir pelajar lelaki itu terus hilang dan diganti dengan ketapan bibir.

Zara melepaskan keluhan malas.

Dua jam kelas berlangsung seperti biasa yang mana diajar oleh Profesor Kayla sendiri. Ya. Ibu tiri Zara. Wanita itu biasanya selalu pilih Zara dan kenakan Zara untuk jawab soalan susah memandangkan Zara jenisnya tidak suka fokus dalam kelas, kini tidak lagi. Wanita itu malah memulaukan Zara seperti mana Zara pulaukan Daniel.

Zara mengemas barang-barangnya dan turun dari tempat duduk untuk keluar dari dewan tersebut. Daniel di belakang kelam kabut hendak dapatkan Zara, tapi gadis itu hilang di celah pelajar-pelajar di situ. Membuatkan lelaki itu berkerut kening tidak faham dengan keadaan itu.

Masa itulah telefon Daniel berdering, menyentak perhatian lelaki itu dari terus cuba mendapatkan Zara.

"Hah...ada apa Taylor?"sapa Daniel bersama kening mencerun tidak puas hati.

"Tuan Daniel, mesyuarat waktu makan tengah hari nanti..."pesan Taylor dalam panggilan.

"Ya..tahu."balas Daniel dengan perasaan menggerutu.

Próximo capítulo