webnovel

bab4

Fea masih melangut di depan TV. Walaupun sudah tengah hari, dia masih belum mandi dan lebih suka bersenang-lenang di ruang tamu menonton rancangan kesukaannya. Melodi. Maklumlah, hari Ahad memang hari gossip panas sedunia!

Sesekali mulutnya melopong menahan kantuk yang masih bersisa. Biasalah, semalam dia tidur lambat. Hampir subuh baru dia terlena. Itulah akibat apabila asyik ralit layan YouTube dan berborak dengan teman-teman di laman sosial sehingga tak tahu beza waktu tidur dab waktu berjaga.

Lia Sari turun ke tingkat bawah rumah teres itu matanya tertancap kepada susuk tubuh Fea yang masih enak melepak di atas sofa di ruang tamu melayang keseronokan di televisyen.

"Fea, apa lagi kau buat di situ? Tak reti nak bersiap ke?" Lantang bunyi suara Lia Sari sambal membetulkan rambutnya di hadapan cermin berdekatan ruang tamu. Fea toleh sekilas.

"Nak pergi mana, mak? Wangi-wangi semacam aje ni. Dating ke?"

Kening Lia Sari bertaut. Matanya mencerun kepada Fea. "Eh, budak ni. Tak habis-habis deting. Asal mak kau ni pakai cantik-cantik, wangi-wangi kau kata pergi deting. Kau dah lupa ke Fea? Hari ni kan ada majlis sambut keluarga Auntie Arfa di rumah Tok Saif. Dah lupa?"

"Oh, hari ni ke? Bukan dah lepas ke mak?" Fea sengaja buat loyar buruk.

"Sudah, tak payah nak mengarut. Pergi siap cepat. Nanti mak tinggal baru padan muka."

"Alah, mak. Kalau ya pun tak sabra nak jumpa cousin mak tu, kenapa awal sangat? Bukan majlis tu malam ke? Sekarang baru pukul satu tengah hari."

"Memanglah. Tapi takkan nak pergi makan aje? Jom, kita pergi tolong buat apa yang patut. Nak seting tempat, makanan semua." Fea membuat muka kayu. Dia tiada pilihan maka terpaksalah dia mengikut arahan Lia Sari. Kalau tidak, parahl ah telinganya menahan serangan bertubi-tubi dari muliut emaknya.

Suasana merish di rumah banglo milik Tok Saif membangkitkan rasa ceria semua tetamu. Walaupun tetamu yang dijemput itu tidaklah seberapa ramai namun suasana tetap meriah.

Rumah banglo itu berseri-seri dengan kerlipan lampu hiasan. Para tetamu jemputan yang diundang merangkap saudara-mara Lia Sari dan Tok Saif semuanya sudah tiba. Sejak lewat petang mereka semua sudah berkumpung di situ sementara menanti majlis bermula.

Lia Sari lengkap memakai kebaya nyonya berwarna biru muda dan bersanggul tinggi ala-ala mak dara. Macam nak pergi ke majlis orang kahwin saja lagaknya. Tok Saif pula sudah bersiap dengan kemeja longgar hijau polos dan seluar slek hitam. Sekali pandang gayanya macam menteri.

Fea lebih selesa dengan seluar jean dan blaus warna hitam. Warna kegemarannya. Macam gaya orang berkabung pun ada. Rambutnya yang melepasi bahu itu pula dibiarkan lepas ke belakang.

Fea sebenarnya malas nak berlawa-lawa semata-mata untuk berjumpa keluarga Arfa yang telah lama menyepi. Dia sendiri sudah lupa tentang mereka. Bagaimana rupa mereka pun Fea sendiri tidak berapa ingat.

Memanglah tidak ingat. Kali terakhir dia berjumpa dengan Arfa sekeluarga adalah 15 tahun yang lepas. Dia sendiri masih berhingus lagi waktu itu. Namun apa yang dia masih belum lupa adalah sikap sombong, bongkak dan berlagak keluarga Arfa itu sendiri. Naik meluat rasanya dengan tingakah laku setiap ahli keluarga Arfa, Mokhtar, anak perampuan Arfa, Rania dan anak bongsu Arfa iaitu Rizal. Rizal?

Oh, musuh negara yang sering membikin huru-hara sedari dia kecil Rizal si bongkak pembuli durjana yang tembam. Berlagak tak tentu pasal tentang kekayaan yang mereka miliki. Asyik nak menunjuk saja kerjanya.

'Hai…. Agak-agak bagaimana rupa mangkuk tingkat tu sekarang ni?' fikir Fea berulang kali. Memori lamanya dengan keluarga Arfa segera terlayar di ruang mata.

Fea menuju ke tepi kolam renang. Berhampiran dengan kolam renang beberapa buah meja Panjang dihias cantik dan dipenuhi makanan enak-enak. Fea mengambil segelas minuman lalu meneguknya beberapa kali sebelum ralit merenung kolam renang yang tenang itu. Turut kelihatan kelibat saudara-maranya. Fea sekadah tersenyum apabila disapa oleh mereka. Tiba-tiba saja Fea terasa bahunya ditepuk dari belakang. Dia segera memusingkan badannya.

"Hah, berangan!" sergah satu suara. Fea mengurut dada.

"Isy, buat terkejut saja. Bagilah salam dulu. Nasib baik tak kena simbah air!" marah Fea. Berkerut wajahnya apabila disergah oleh Aimin, sepupunya. Lelaki yang sebaya dengannya itu ketawa geli hati melihat reaksi Fea. Fea segera menampar bahu Aimin. "Bila kau sampai? Ingatkan tak datang."

"Baru aje sampai. Kau yang tak sedar aku sampai. Itulah, asyik sangat dok tenung kolam tu lama-lama," ucap Aimin lalu mengambil gelas dari tangan Fea kemudian meneguk minuman tersebut dengan selamba. Fea mencebik."Isy, air aku pun kau nak kebas?"

"Alah kau ni, janganlah kedekut sangat. Aku nak bermanja-manja dengan kau pun tak boleh." Fea membuat muka. Aimin pula sudah ketawa besar sambal menghulurkan semula gelas kepada Fea.

"Manja-manja konon. Tak cukup ke kau bermanja dengan awek kau selama ni sampai dengan aku pun sibuk nak bermanja? Dah kurang kasih sayang ke?" Laju saja ucapan Fea. Dia memang begitu. Mulut macam murai.

Aimin terus terdiam. Riak wajahnya berubah. Fea terasa serba salah. "Errrr…. Min, sorry la. Aku tak…."

"Aku dah putus dengan awek aku. Biasalah perempuan. Pantang Nampak lelaki kaya, lagi handsome dan lebih bergaya mesti dia kejar punya. Yang lama dia terus tinggalkan." Terdapat nada sedih dalam suara Aimin. Fea ketap gigi. Dia terus mendekati Aimin lalu menolak kasar bahu Aimin.

"Min, kau cakap baik sikit. Aku ni pun perempuan, tau! Tapi aku bukan mata duitan macam bekas awek kau tu!" Fea melenting. Aimin terus ketawa. Kelakar melihat gelagat sepupunya yang seorang itu.

"Hei, Fea! Aku tak maksudkan kaulah. Janganlah nak terasa sangat. Eh, dahlah. Kita tukar topik," cadang Aimin apabila melihat kemarahan mula terbit di wajah Fea.

Fea diam. Jarinya bermain-main di bibir gelas yang berada di dalam pegangannya. Matanya masih tidak lekang menatap air kolam renang yang tenang. Dia lebih senang begitu. Terasa damai dan sejuk matanya.

"Kau apa cerita sekarang? Dah kerja?"

"Huh, ini yang aku malas ni. Asal orang Nampak muka aku ni mesti soalan sama yang ditanya. Sofea dah kerja ke? Sofea tak cari kerja ke? Kenapa Sofea tak kerja?" ejek Fea dengan nada menyampah sehingga Aimin sendiri terpinga-pinga.

"Okey, kalau macam tu apa kata aku tukar soalan. Erm…. Sofea…. Sofea…. Kau dah berkerjaya atau belum?" ujar Aimin semula sambal menahan ketawa. Fea di sebelah merengus lalu menjeling geram.

"Aku tetap macam biasalah. Jadi penganggur terhormat."

"Tak kerja lagilah jawabnya?" Fea angguk seraya mendekati gigi kolam lalu duduk di situ sambal menyingsing kaki seluarnya lalu merendamkan separuh kakinya ke dalam kolam.

"Itulah kau. Ni mesti kes memilih kerja, kan?" tuduh Aimin lalu turut mencangkung di sisi Fea. Fea kerut dahi.

"Isy, bukan macam tu tapi aku perlukan masa untuk berfikir arah tuju dan masa depan aku. Lagi pun aku belum bersedia nak galas tanggungjawab sebagai seorang pekerja."

"Tak bersedia konon. Cakap saja yang kau tu malas!" usik Aimin.

"Biarlah! Aku dah penat belajar berbelas-belas tahun sejak tadika sempai aku masuk universiti. Nak juga aku berehat beberapa tahun sebelum mula kerja. Adillah, kan?"

"Alasan tak munasabah. Ada-ada saja kau ni." Aimin menggeleng kepala. Faham benar dengan perangai Fea. Ada saja alasan. Ada saja jawapan. Macam-macam.

"Eh, pak ngah dengan mak ngah mana? Dari tadi tak nampak. Datang ke tidak?"

"Ada kat dalam. Bersembang dengan Tok Saif agaknya."

"Oh, patutlah,"

"Aku sebenarnya nak juga tahu, apa motif majlis malam ni diadakan."

"Kau belum tahu?" tanya Fea. Aimin segera menggeleng.

"Ada orang nak masuk meminang kau ke?" Aimin berbisik di telinga Fea. Fea menoleh. "Bukanlah! Taka da sesiapa yang nak datang meminang. Ini majlis untuk sambut tetamu. Masti kau tak baca kad undangan yang mak aku bagi." Tiba-tiba Fea teringat kepada kad undangan istimewa yang Lia Sari buat untuk keluarga Aimin. Lia Sari begitu beria-ia menempah kad selepas Fea memberi alasan tidak sempat. Akhirnya dia hanya Berjaya menempah dua keping kad. Satu diberikan kepada Tok Saif dan satu lagi kepada keluarga Aimin. Macam kelakar bunyinya!

"Kad undangan? Wah, dah macam kenduri kahwin saja. Hebat! Kenapa tak hantar pakai Facebook?" Aimin berseloroh. Fea menampar lengan Aimin yang tergelak kecil.

"Kau kata tadi majlis sambut tetamu. Siapa? PM?"

"Kalau PM nak datang mestilah aku bergaya sakan!"

"Habis tu? Aku tengok mak long bukan main melaram lagi dengan kebaya dia. Macam Saloma dah!"

"Tu hah, sepupu mak aku dengan ayah kau nak balik sini," jawab Fea.

"Siapa pula?"

"Kau ingat lagi tak dengan budak tembam yang paling jahat pernah kita jumpa masa kecil-kecil dulu?" Aimin mengecilkan matanya seolah-olah sedang mengingati sesuatu. Beberapa saat kemudian, matanya kembali dibesarkan menghadap Fea.

"Yang berlagak tu? Anak orang kaya t uke?" Fea angguk.

"Keluarga dialah nak datang sini kejap lagi. Sebab tu Tok Saif dengan mak aku beria-ia buat majlis sambut dia orang. Maklumlah, orang dari England balik Malaysia." Haik menyampah rasanya menyebut nama mereka. Aimin angguk tanda mengerti.

"Oh, patutlah."

"Eh, dahlah! Bosan pula aku cerita pasal dia orang. Aku nak masuk dulu. Kau buatlah apa yang patut kat sini kalau lapar, tu hah. Ambil aje makanan atas meja tu. Kalau tak cukup, bagi tau bibik kat dapur tu." Selamba saja Fea berbicara sebelum menghilang ke dalam. Aimin garu kepala sambal menghantar pandang kelibat Fea yang semakin menghilang.

'Marah lagi rupa-rupanya dia dekat budak tembam yang nakal dan berlagak tu. mestilah. Budak tembam tu sebahagian daripada mimpi ngeri Fea.' Akhirnya Aimin tersenyum sendiri.

Kedengaran bunyi pintu kereta ditutup dari arah depan banglo. Fea yang ralit berangan terus dikejutkan oleh Lia Sari. "Sudah, Fea. Kau simpan dulu angan-angan kau tu. Jom, kita ke depan. Dia orang sudah sampai tu." Lia Sari segera menarik lengan Fea.

Di luar banglo, bertentangan dengan pintu utama, Arfa sudah tersenyum-senyum memandang kelibat Tok Saif. Lia Sari dan Fea masih terpaku di depan muka pintu utama manakala keluarga pak ngahnya sudah mendekati Tok Saif yang berada di hadapan garaj.

Di sebelah Arfa iaitu Mokhtar, suami Arfa berdiri sambil menjeluk poket seluar. Dengan mesra, pasangan suami isteri itu menyalami tangan Tok Saif lalu menciumnya. Mukhtar pula sudah erat berada di dalam pelukan Tok Saif. Kemudian, mereka bersalaman dengan keluarga pak ngah pula. Fea terlihat di belakang pasangan suami isteri itu berdiri seorang lelaki dan seorang perempuan. Gaya mereka macam orang moden yang tidak berapa suka dengan suasana di Malaysia saja. Fea mencebik 'mesti anak-anak Arfa,' tekanya dalam hati.

Matanya lekas-lekas menangkap satu susuk tubuh lelaki berdiri di belakang Arfa. Dengan ketinggian yang hamper enam kaki, berkulit putih, wajah yang tampan berserta penampilan menarik, sudah pasti mampu mencairkan mana-mana hati wanita. Sambil menanggalkan kaca matanya dia mendekati Tok Saif lantas bersalam dengan lelaki tua itu.

'Huh, dah sah-sahlah lelaki tu anak lelaki Arfa yang belagak tu. Tak lain tak bukan Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jai. Erk…. Jai? Jaiho ke? Wah, dah kurus dah dia ni!

Hmmmm…. Boleh tahan kacak juga mamat ni. Argh, kacak lagi Pak Cik Morad kedai runcit! Ingat aku kisah sangat dengan penampilan dia yang ala-ala mat salih celup tu? Tak hairanlah! Muka masih lekat iras melayu. Gaya saja yang terlebih mat salih. Ni mesti kes nak tiru Brad Pitt.

Hah, yang kat sebelah dia tu mesti Rania, kakak dia. Wow, boleh tahan juga minah ni. Cun juga tapi tu pun disebabkan pakaian dia yang nampak urban gila. Mini skirt yang dipadankan dengan baju sendat tampa lengan berwarna pink disertakan dengan topi besar seperti yang selalu dipakai oleh Paris Hilton. Itu saja yang menampakkan dia cantik. Aku lebih cun!'

Fea bermonolog sendiri. Dia sedar emaknya, Lia Sari sudah menghilang dari sisinya ketika dia sibuk menilik, membelek dan mengkritik seta menghuraikan hipotesis tentang keluarga Arfa secara diam.

"Fea, sini sekejap," panggil Lia Sari seraya menggamit ke arahnya. Dia memandang wajah emaknya yang sedia menunggu di hadapan garaj kereta apabila wanita itu memberi isyarat supaya Fea mendekati mereka.

Dia segera mengatur langkah menuju ke arah mereka. "Arfa kau ingat lagi tak dengan anak perempuan aku? Sofea. Inilah Sofea." Lia Sari memperkenalkan Fea kepada Arfa. Arfa senyum lantas menghulurkan tangan. Fea pandang huluran tangan Arfa namun dia membatu. Lia Sari yang perasan anaknya cuma membatu cepat-cepat menyiku lengan Fea. Fea tersengih malu segera menyambut huluran tangan Arfa.

"Apa khabar…. Errrr…. Mak long…. Errrr…. Mak ngah, mak cik…." Kelam-kabut saja Fea. Dia sebenarnya tidak tahu mahu menggelarkan Arfa sebagai apa.

"Errrr…. Auntie Arfa." Arfa tersenyum.

Fea sengih. "Ya…. Auntie Arfa." Fea sengaja mengulang ayat Arfa. Fea menghulur tangan untuk menyalami Mokhtar pula. Mukhtar senyum menyambut tangan Fea. "Uncle…. Sihat?"

"Sihat, alhamdulillah." Lelaki itu senyum.

"Dah besar Sofea, ya? Dulu masa auntie jumpa, Sofea kecil lagi. Berhingus lagi masa tu." Arfa ketawa kecil disambut dengan tawa oleh Lia Sari dan Tok Saif. Wajah Fea dipegang lalu ditepuk-tepuk sedikit sehingga membuatkan Fea tersentak. 'Ceh, ada ke patut kata aku budak berhingus?'

"Dah cantik sekarang ni, ya? Tak sangka betul!" tambah Arfa lagi, tidak lepas, memandang wajah Fea. Gadis itu hanya mampu tersenyum sambil menahan kembang kempis hidungnya akibat dipuji.

"Lupa pula nak kenalkan anak auntie. Ni Rania dan ini pula Rizal. Ingat tak lagi dekat Nia dan Jai?" Fea padang sekilas. Serta-merta hstinya berasa jengkel. Mungkin dengan gelagat kedua-duanya yang kelihatan berlagak seperti mat salih tu.

'Urgh, kenapalah angsa dua ekor ni juga yang aku kena jumpa? Selama lima belas tahun ni hidup aku aman saja, tiba-tiba jena bersua muka dengan mereka berdua. Helo Fea, apa kau merepek ni? Dah…. Dah. Jangan nak mengarut aje. Pergilah salam dengan saudara kau yang dah lama tak berjumpa tu.'

"Hai, honey. Masih ingat I lagi?" sedikit menggoda bunyinya. Fea terkedu lalu mencerunkan matanya merenung ke wajah Rizal. Lelaki itu mengenyit mata nakal kepada Fea Bersama senyuman lebar.

'Isy mamat ni. Kau nak menggatal dengan aku pula ke? Tak cukup dengan perangai kaki buli lagi?' Tiba-tiba fikiran Fea melayang kepada peristiya 25 tahun lepas.