webnovel

chapter 11: time with you.

keesokan harinya.. seperti biasa mereka bertiga bangun lebih awal kerana untuk memastikan keselamatan Yamada daripada si pemadam memori.

Taka membersihkan dirinya dahulu.

manakala Haruhi pergi membeli sarapan pagi kerana untuk memastikan mereka mempunyai tenaga maklumlah hari ini mereka akan bawa Yamada jalan jalan disekeliling hospital dan membantu dia ingat semula tentang memorinya. Nanamine pula seperti biasa mengemas barang-barang mereka.

setelah mereka bertiga habis melakukan hal masing-masing, mereka telah menyalin pakaian, manakala Yamada masih tidur walau jam menunjukan jam 8 pagi.

" heyy.. tak nak bangunkan Yamada nichan ke?" soal Haruhi.

" entahlah.. takut dia marah pula atau nanti dia macam tak selesa bukan apa diakan masih belum sembuh" balas Taka.

" hmm.. tak apalah. biar saya bangunkan Yamada senpai" Nanamine.

Nanamine berjalan menuju ke katil Yamada.

lalu membangunkannya.

" Yamada senpai.. Yamada senpai bangunlah dah pagi ni" Nanamine mengejutkan Yamada dengan menggoyangkan bahu Yamada.

Yamada yang masih dalam keadaan separuh tidur membuka matanya perlahan-lahan.

" k..ke..kenapa ni. dah pagi kan. ahhhhh" Yamada sambil meregangkan otot-ototnya.

" dah pagi ni Yamada senpai.. Yamada senpai kena mandi dulu tak lama lagi jururawat datang bawa sarapan dan memeriksa suhu badan" kata Nanamine dengan tenang.

" baiklah.." Yamada dalam keadaan separuh tidur.

Nanamine menyediakan pakaian Yamada. dan Yamada membersihkan badannya. setelah selesai Yamada duduk semula ke katilnya kerana jururawat telah sampai.

" Yamada.. tolong jangan bergerak sebab kami nak ambil suhu" jururawat itu sambil mengambil penembak suhu.

" baiklah.. suhu badan 36.. keadaan yang baik.. baiklah kamu boleh makan sarapan sekarang.. maaflah yer..saya minta diri dulu" kata jururawat itu dan berlalu pergi.

Nanamine mengambil makanan sarapan Yamada lalu di berikan kepada Yamada.

" nahh.. Yamada senpai kata boleh makan sendiri bukan" Nanamine menghulurkan sarapan itu kepada Yamada.

" kalau Nanamine tak keberatan.. boleh suapkan saya?" soal Yamada dengan senyuman yang riang.

Nanamine dengan gembiranya bersetuju untuk menyuapkan Yamada.

" b..ba.. baiklah" Nanamine terus duduk di sisi katil Yamada dan menyuapkan bubur ayam itu.

Taka dan Haruhi hanya mampu melihat kerenah Nanamine dan Yamada senpai yang mencuit hati.

" tengoklah mereka berdua itu.. macam

suami isteri saja" Haruhi sambil menyuapkan nasi lemak kedalam mulutnya.

" nampak gayanya Nanamine sepertinya sudah jatuh cinta dengan Yamada senpai" Taka dengan senyum terhadap Nanamine dan Yamada.

" harap begitulah Taka.. dah lama Yamada nichan sukakan Nanamine.. tapi cuma tak ada keberanian saja.." Haruhi dengan nada penuh harapan walau nampak sayu.

" jangan risaulah.. Nanamine pasti dah jatuh cinta dengan Yamada senpai.. aku yakin.." Taka memberikan sokongan terhadap Nanamine dan Yamada senpai juga.

Haruhi hanya mengangguk tanda setuju dengan Taka dan memberikan sokongan.

setelah mereka selesa sarapan.

Haruhi dan Taka meminta keizinan dari doktor yang merawat Yamada untuk membawanya jalan jalan sekeliling hospital.

" baiklah kalau begitu.. saya setuju saja sebab ia boleh membantu mengembalikan memori Yamada juga " kata doktor dengan tenang.

wajah Taka dan Haruhi seperti tidak setuju dengan percakapan doktor tersebut kerana memori Yamada telah dipadamkan oleh ahli sihir bukan disebabkan pendarahan otak.

" kenapa dengan kamu berdua ni macam sedih saja?" soal doktor itu.

" ehhh!! tak adalah doktor kami cuma penat saja maklumlah gembira sangat dapat bercakap dengan Yamada sampai lewat malam " kata Haruhi untuk mengelakkan daripada diketahuan.

" baiklah doktor.. sebab berikan kami keizinan untuk bawa Yamada.. kami minta diri dulu" Taka dengan tenang untuk mengelak dari situasi tersebut.

" ouh.. baiklah.." doktor dengan tenang.

Taka dan Haruhi berlalu pergi dan ke bilik Yamada.

mereka melihat Nanamine dan Yamada sedang menunggu mereka berdua.

" doktor dah izinkan kita bawa Yamada nichan jalan jalan" kata Haruhi dengan gembira.

Nanamine dan Yamada gembira mendengar khabar itu.

mereka semua telah turun ke halaman hospital semasa mereka berjalan jalan Yamada berasa kurang sihat. Haruhi menemui tempat duduk lalu membawa Yamada kesana.

Nanamine mendudukan Yamada manakala Haruhi mengeluarkan air kosong lalu diberikan kepada Yamada.

" Yamada senpai minum dengan perlahan-lahan ok" Nanamine dengan cemas.

" kalau Yamada nichan rasa pening kepala tolong beritahu ok" Haruhi memperingatkan Yamada untuk memastikan Yamada tidak dalam keadaan kritikal.

Taka hanya mampu pu melihat keadaan Yamada dan membiarkan Nanamine dan Haruhi menguruskannya selagi keadaan masih terkawal.

setelah beberapa minit. Yamada berasa selesa dan tenang.

"hmm Yamada senpai dah tak sakit lagi..?" soal Nanamine.

" saya dah ok tapi cuma perlu duduk lama sikit" balas Yamada sambil mengurut kepalanya.

" kami berdua nak beli minimum sekejap.. jadi Nanamine jagakan Yamada baik baik ok" pitah Taka.

Taka dan Haruhi pergi ke kantin hospital.

mereka berdua berlalu pergi.

" kenapa kau tiba tiba bawa aku ni beli minuman ahh?" soal Haruhi.

" apalah kau ni.. nilah masa untuk kita berikan mereka berdua masa.. apalah " Taka dengan yakin.

" kau ni kalau bab cinta kalah kalah pro tapi tak ada cewek" perli Haruhi.

" pernah nampak jurulatih turun padang?" soal Taka.

" jurulatih mana yang nak main sama dengan anak buah dia?" soal Haruhi.

" nahh..begitulah aku tak akan bercinta walau aku ni selalu jadi jurulatih percintaan" balas Taka dengan nada sombong.

" kurang asam kau Taka.." Haruhi memukul bahu Taka dengan sekuat hatinya.

" aduiiii... sakitlah kau pukul bahu aku ni...tangan kau tu tangan batu ke atau besi?" Taka seperti mencari pasal dengan Haruhi.

" kau ni dah lama hidup ke atau nak aku tolong pendekkan hayat hidup kau" Haruhi dengan nada yang geram dan melihat kearah Taka.

" t..taklah aku main main syak..janganlah sampai nak pendekkan hayat nyawa aku" kata Taka dengan lemah.

Haruhi ketawa dengan gembira. taka hanya ikut turut ketawa munuju ke kantin.

ditempat Nanamine dan Yamada duduk.

" hmmm.. Nanamine boleh tolong saya tak?" soal Yamada.

" apa dia Yamada senpai" kata Nanamine.

" adakah dulu saya ada kekasih atau suka dengan sesiapa?" soal Yamada sambil melihat kebawah tanah.

Nanamine berasa begitu malu dengan soalan Yamada.

" kenapa ni Nanamine. kenapa muka kamu merah padam ni.. saya cuma soal saja kalau tak nak jawab pun tak apalah " kata Yamada dengan tenang.

Nanamine yang melihat kearah Yamada tidak mampu berkata apa-apa kerana malu untuk memberitahu perkara sebenarnya.

" s..se.. sebenarnya Yamada senpai ada sukakan seseorang satu sekolah dengan Yamada senpai tapi beza umur setahun saja" kata Nanamine dengan wajah yang merah padam.

" siapa nama dia ?" soal Nanamine.

" ermmm...nama dia " Nanamine dengan teragak-agak.

" kenapa ni jawablah atau Nanamine tak kenal dia" kata Yamada.

" sebenarnya Nanamine tak kenal dia pun tapi Yamada senpai ada pernah beritahu Nanamine bahawa ada seseorang Yamada senpai suka." kata Nanamine dengan menundukkan kepalanya.

" hey kamu dua maaflah sebab buat kamu menunggunya" kata Haruhi.

mereka Semua menikmati waktu mereka luahkan bersama tapi adakah waktu itu akan berkekalan sehingga mereka bertemu dengan si pemadam memori.

seterusnya mereka bertiga akan mencari si pemadam memori!!!