webnovel

bab18

   "Aku terima nikahnya Nur Saira Irdina Binti Razif dengan mas kahwinya lima puluh lima ribu ringgit tunai"

Lafaz keramat itu telah menjadikan aku seorang isteri yang sah kepada Zafrel.Aku kaku dan ragu dengan segala yang berlaku,adakah aku meragui takdir?

"I'm nervous." satu genggaman lembut menggenggam tanganku.

Hilang sebentar gelisah ku pabila melihat wajah pucat Salina.selepas aku dan Zafrel dinikahkan,giliran Salina dan Syarif pula.Mungkin begini lah aku kalau aku kahwin dengan lelaki yang aku cintai.Berbaloikah aku korbankan masa hadapan ku demi adik kembarku?

Aku menarik nafas dalam bagi menghilangkan segala gusar di hati.

Dengan sekali lafaz Salina dan Syarif juga sah bergelar suami dan isteri.

Selepas akad nikah kami diminta untuk sesi pembatalan air sembahyang,jantung aku bagai nak meletup apabila jurugambar meminta aku mencium tangan Zafrel.

Saat tangan aku menyentuh tangan Zafrel,terasa bagaikan ada aliran elektrik di dalam tubuh aku.

Aku kucup sepantas mungkin dek kerana rasa gugup yang teramat sangat.

"kak,cium lama sikit boleh? Gambar tak sharp lah"ujar jurugambar yang kelihatan lagi muda dari ku.

Entah macam mana saat aku hendak mencium tangan Zafrel pandangan kami bertembung.Zafrel mengukir senyuman yang sukar untuk aku tafsir.

"ok sekarang,abang cium dahi akak,jangan laju macam akak tau,haha " kata jurugambar itu sambil ketawa.

Mungkin gemuruh aku sekarang lebih dari gemuruh saat pertama kali aku masuk mahkamah.

Bibir hangat yang menyentuh dahiku itu bagaikan menyedarkan aku bahawa ini bukan mimpi lagi,dan ada tanggujawab yang harus aku laksanakan.adakah Zafrel fikirkan perkara yang sama?

"tq Saira"

Kata-kata itu dari Zafrel ke? Atau mungkin hanya hayalan aku?

Pelbagai gaya yang jurugambar pinta kami lakukan,malu? Jantung aku ni dah meletup rasanya,

Majlis akad nikah dilangsung di rumah papa dan mama sahaja,namun tetap meriah.mana taknya,Salina siap tempah pelamin lagi,aku hanya ikutkan sahaja.

Majlis akad nikah kami dilangsungkan pada waktu pagi manakalah majlis resepsi keesokan harinya,

Usai sahaja majlis,aku naik ke atas untuk mandi dan berehat,

Masuk sahaja bilik aku terdengar bunyi pancuran air dari dalam bilik air,

"aik,siapa pula mandi dalam ni? Zafrel? Tak lah,tadi sebelum naik,aku nampak dia dekat bawah lagi,Syaz kut nak curi pencuci muka aku lah tu" kataku perlahan sambil mengukir senyuman.,

Syazril memang selalu gunakan kamar mandi aku,kalau pencuci mukanya habis,kerana pencuci muka kami ialah produk yang sama,iaitu cetaphil.

"adik,cepat lah sikit akak nak shi-shi ni!" kataku sambil mengetuk pintu dengan kuat..

Tak semena-mena pintu bilik air itu,dibuka dari dalam.

"erk,En Zaf?" kata ku perlahan sambil bulat mataku memandang wajahnya masih bersisa dengan titisan air

Pantas aku menutup mata apabila menyedari yang Zafrel hanya mengenakan tuala dari pinggang ke lutut.

Aku dengan perlahan menjarakkan diri aku yang hanya beberapa inci dari Zafrel.

"ehem,awok nok gi mano tu?" soalnya sambil merapatkan diri ke arah ku.

"erk,..sa..ya nak to..long mama,En Zaf pergi lah sam..bung mandi" ucap ku gagap.

"aik? Tadi bukan awak cakap nak shi-shi ke?" katanya sambil menolak ku kedinding dan mengurung dengan kedua tangannya.

"its..okey,saya guna toilet lain," jawabku tanpa memandang ke arah wajahnya.

"why your face turn red?" soalnya dengan manja lalu merapatkan wajahnya ke wajahku.

"Encik Zaf.." kataku sambil cuba menolak dadanya ke belakang.

Di tersenyum lalu berkata..

" pergi lah masuk,..saya nak pakai baju,ke.. awak nak pakaikan saya baju?" soalnya dengan nada dan tenungan maskulin.

Aku sepantas kilat masuk ke dalam bilik air dan menutup pintu serapat yang boleh.

"kenapa dia buat macam tu? Haih hari-hari macam tak ada jantung lah aku." kata hatiku..

BERSAMBUNG...

P/s:halu2 blako! Sihat ke? Mcm mana bab kali ni? Kalau ada apa2 kurng sis mohon maaf ye,macam biasa enjoy reading!!jangan lupa vote,comment and share! Jangan lupa jugak jaga diri and kesihatan,and untuk mkluman,lps sis update lambat sikit ye.

 

Próximo capítulo