webnovel

bab16

         Rafiq? Kenapa dia mesti hadir dalam hidup aku lagi ya Allah? Lelaki yang pernah membelai dan menghancurkan perasaan aku 2tahun lepas ,kenapa kau masih takdirkan aku bertemu dia lagi?..

Dua tahun yang lalu....

Hari ini merupakan ulang tahun ke 7 aku dan Rafiq,sudah 7tahun kami bergelar pasangan kekasih,Hubungan kami ini terjalin sejak kami di bangku sekolah lagi,Hari ini juga,adalah hari yang aku kumpulkan seluruh kekuatan ku untuk menyampaikan hasrat aku kepada Rafiq ,yang aku ingin hubungan ini menjadi yang halal.

Usai aku bersiap,aku meneliti penampilan dari atas ke bawah. Perfect!

Nafas ku tarik sedalamnya bagi mengumpul seluruh kekuatan.

"kau dengan Rafiq dah lama dah Saira,dia pun dah kerja,takkan dia nak reject kau Saira, dia pasti terima! Kau boleh!" ungkap ku di hadapan cermin bagi menyuntik lagi semangat berani di dalam diri.

Segala rasa risau dan gundah aku tepis,setelah ku lihat susuk tubuh Rafiq di atas bangku di yang menghadap tasik.

"hai awak!" sapaku perlahan.

"hai.." balas Rafiq bersama keluhan.

"kenapa ni? Awak macam tak happy je hari ni? Hari ni annivasary kita tau," kata ku,

"awak,saya nak cakap sesuatu.." kata kami serentak.

"you first," kata Rafiq.

Aku menarik nafas dan mengukirkan senyuman yang paling manis,

"awak...,hubungan kita ni dah lamakan,dah tujuh tahun,saya rasa dah tiba masanya untuk awak halal kan saya," ungkapku sambil merenung wajah Rafiq yang hanya diam membatu.

"Dina ,I love you,tapi hanya dulu,

Saya tak rasa yang hubungan ni boleh sampai ke tahap yang awak minta tadi,dan saya datang jumpa awak hari ni,sebab nak akhirkan hubungan kita,saya harap awak faham." katanya yang tidak sedikit pon memandang ke arah ku,lalu bangun dari bangku.

"tapi kenapa?"tanyaku sambil menahan air yang sudah penuh dari kolam mataku dari mengalir.

Hancur luluh hatiku,apabila mendengar kata-kata yang cukup menyakitkan dari insan yang sudah tujuh tahun aku menaburkan rasa cinta ku.

"tiada sebab,awak sempurna,salah saya sebab tak menghargai kesempurnaan awak.saya doakan kehidupan awak lebih bahagia tanpa saya.saya pergi dulu"ucapnya lantas berjalan pergi.

"awak kejam Rafiq!sampai hati awak! Awak tinggalkan saya tanpa sebab,awak anggap saya ni apa? Makanan basi?"kata-kata itu aku hembur bersama tangisan.

Aku berjalan bagaikan orang mabuk,terhuyung-hayang sambil menangis teresak-esak.lemah segala anggota tubuh,penat memikirkan alasan si dia pergi begitu.

Tiba-tiba sebuah basikal berhenti di sebelahku.basikal.tersebut di tunggang oleh seorang lelaki memakai hoodie,mukanya tak kelihatan kerana tertutup dek hoodie yang di pakai.

" cik adik ni,kalau nak menangis,tak boleh duduk kat mana-mana kerusi ke? Nak juga jadi zombi,nah!" katanya sambil menghulurkan sehelai sapu tangan berharna merah hati,lalu menyambung kayuhannya tanpa sempat aku  berkata apa-apa.

Saat aku hendak masuk ke dalam kereta,aku ternampak sepasang pasangan kekasih di hadapan ku,kaku gerakku, kerana keduanya aku kenal!

Rafiq dan Husna? Husna merupa rakan karib ku sejak zaman universiti,apa hubungan mereka? Mesranya!

Aku dengan air mata yang masih tersisa,menyapa mereka.

" Husna? Why you are here?" tanyaku.

Dapat ku lihat kedua duanya terkejut dengan kehadiran ku.

"Sayang,awak dah bagitahu dia kan?" bisik Husna kepada Rafiq,

Walaupun perlahan,tapi telingaku masih dapat menangkap bait-bait kata yang diucapkannya.

"sayang?" soalku terkejut.

"oohh,awak putus dengan saya sebab Husna? Sampai hati kau orang berdua,aku percaya dan sayang kau orang,tapi ni yang kau orang balas,kejam," kata ku bersama nafas yang berat..

"kau ni Saira drama sangat! Selama ni,aku pun penatlah jadi baik depan kau.Rafiq ni pun dah lama dah muak hadap muka kau Saira!" kata-kata yang tajam dari Husna itu terus menusuk ke lubuk hati ku

"Fiq?! Betul ke awak muak dengan saya? Betul ke?!" tanya ku yang suadah pun dikuasai emosi,

Rafiq hanya diam dan tidak memberikan apa-apa riak,

Hati aku bukan lagi retak,malah sudah menjadi debu halus.

"jemput lah datang ye sahabat,itu pun kalau kau tak malu lah" hembur Husna sambil menghulurkan sekeping kad kahwin yang tertera nama mereka.

************

BERSAMBUNG....

P/s:hi semua,enjoy reading ye!jangn lupa vote,komen and share! Sis syg semua

Próximo capítulo