webnovel

Bab 3_Balas

Sudah hampir sebulan aku disini. Semakin lama, semakin ramai kawan yg aku kenali dari pelbagai jabatan dan tahun. Aku mula merapatkan diri dengan Wafie dan rakan-rakannya.Walapun perwatakan mereka agak kasar dan ganas, namun mereka amat friendly dan setia kawan. Setiap kali habis kelas, mereka akan berkumpul di kantin utk beli makanan bersama. Kalau antara kami yg lewat ada discussion bersama pensyarah, mereka akan tolong bungkuskan utk kami. Selalunya aku yg tidak dapat mengikuti mereka kerana banyak assignment yg aku terima. Si Wafielah yg akan tolong hantarkan makanan aku ke bilik jika aku sempat minta kirim padanya. Hingga satu tahap, kak Ayu cemburu melihat keakraban aku dengan Wafie. Bagiku, aku menganggap Wafie itu sebagai kawan tidak lebih dari itu.

Hujung minggu itu aku di jemput oleh pak Zubir dan membawaku pulang ke rumah agam keluargaku. Sampai di rumah aku di sambut oleh Mak Tok yg sudah hampir setengah mati merindui aku. Dia sanggup minta cuti utk memasak makanan kegemaran aku dan menemani aku sepanjang hari itu. Dia tidak tahan melihat ketiadaan aku di rumah. Menurut katanya, rumah itu sunyi. Selepas makan, mak tok mengajak aku menemani dia menonton televisyen hingga aku tertidur kepenatan di sofa. Baru aku sedar sepanjang bulan itu aku tidak cukup makan dan tidur kerana menyiapkan banyak assignment dan presentation. Sepanjang petang itu aku tertidur atas sofa dan aku terjaga apabila terdengar bunyi loceng pintu di luar. Segera aku bangun dan melihat Mak Jah sudah pun membuka pintu. Mak tok sepertinya sedang menerima tetamu dan dia menjemput tetamu itu ke ruang tamu. Aku tidak mempedulikan tetamu mak tok dan kakiku terus melangkah ke bilik utk membersihkan diri dan solat. Selepas bersolat, aku membuka laptop dan hanfone utk mencari hiburan diri yg sudah sebulan berada di kolej. Tidak lama kemudian, mak Jah datang memanggilku turun. Katanya tetamu mak tok itu mahu berjumpa aku. Mulanya aku pelik. Selama ini jika mak tok atau tok ayah menerima tetamu, aku tidak pernah di undang utk bersama mereka. Tapi kali ini berbeza. Aku tidak menukar baju, hanya berseluar jean dan tshirt, aku turun dan terus duduk di sebelah mak tok. Rupanya tok ayah sudah pun balik utk sama-sama menerima tetamu itu. Aku bersalaman dengan kedua tetamu suami isteri itu. Mereka amat senang melihat aku hingga isterinya memanggil aku utk duduk disebelahnya. Dia mahu aku memanggilnya mama dan suaminya papa. Sudah sekian lama aku tidak memanggil dengan panggilan itu. Agak kekok apabila orang lain aku memanggil mereka begitu. Selepas makan malam bersama mereka, mereka pulang dengan gembiranya. Aku tertanya-tanya..

Aku: Tok ayah, Mak tok. Siapa yg datang tadi

tu? Kawan lama arwah papa dengan

mama ke?

Tok Ayah: Ha'ah. Kawan lama arwah. Dah

lama diorang tak contact tok ayah

dengan mak tok. Semalam tiba-tiba

je diorang call tanya khabar.Jadi

mak tok dengan tok ayah jemput lah

diorang datang ke sini. Dia pun ada

cakap nak jumpa Lisa. Lebih baik

diorang datang tengok keadaan

Lisa sendiri.

Aku: Diorang tu siapa dengan arwah? Kawan

rapat ke? Ke keluarga angkat Lisa?

Mak tok: Bukan kata keluarga tapi lebih rapat

dari tu.

Aku: apa maksud mak tok? Rapat yg macam

mana?

Mak tok: Sebenarnya kalau kamu masih ingat.

Dia ada anak lelaki yg tua 2 atau 3

tahun dari kamu. Anak dia adalah

tunang kamu. Diorang tu bakal

mertua kamulah.

Aku terkejut. Membutang biji mataku mendengarnya.

Aku:What? Mak tok dengan tok ayah bergurau

kan? Lisa mana pernah tahu atau ingat

pun apa-apa tentang ni. Mak tok main-

main je ni kan?

(aku mula berdiri dan berjalan mundar

mandir di hadapan mak tok dan tok ayah.

Tok ayah mula tersenyum dan mak tok

pula resah melihat keadaan ku.)

Mak tok: Ini bukan perkara yg boleh di buat

main, Lisa! Lisa bertunang dengan

anak lelaki dia sejak kecil lagi.

Mereka amat sayangkan kamu Lisa.

Diorang juga memegang amanah

arwah utk jodohkan kamu berdua.

Sampai arwah pergi pun, diorang

masih ingat janji diorang bersama

arwah.

Aku: Lisa tak faham. Kenapa mama dengan

papa buat Lisa macam ni? Lisa tak ada

hak ke nak tentukan atau pilih jalan hidup

Lisa sendiri? Salah ke Lisa nak buat

keputusan utk hati Lisa sendiri? Ini tak

adil!

Tok ayah: Lisa.. Lisa kena faham. Kenapa

diorang pilihkan utk Lisa. Lisa bukan

anak orang biasa. Lisa anak orang

Dato', cucu Tan sri. Kalau Lisa salah

pilih suami nanti, habis duit Lisa dia

kebas. Kalau tok ayah pun, tok ayah

akan carikan utk arwah papa kamu

dulu tapi masa tu tok ayah dan mak

tok tidak kesempatan utk memilih.

Namun mungkin mereka lebih

mengetahui apa yang akan berlaku.

Lebih baik dia cari dan kenal bakal

suami kamu dulu sebelum kamu

kenal dengan lelaki yg tidak tahu

asal dan usul mereka.

Mak tok: Betul cakap tok ayah. Lisa tak boleh

pilih sebarang suami. Mak tok juga

tahu, Lisa tak kan boleh hidup susah.

Lebih baik kita ikut sahaja

permintaan arwah. Nanti bila Lisa

dah kawin dan dah kenal dengan

lelaki itu, tapi bila Lisa rasa masih

tak serasi dengan dia. Bagitahu

kami. Nanti kami sendiri yg akan

bagitahu pihak mereka dan utk

batalkan perkahwinan kamu. Kita

siapkan kontrak kalau kamu tak

yakin. Macam mana. Boleh?

Mak tok cuba meyakinkan aku. Dalam keluh kesah, aku terus naik tanpa memberikan jawapan yg pasti. Aku perlukan masa dan ruang utk berfikir. Hingga satu masa, jika aku sudah bersedia dan menerima lelaki itu, aku sendiri yg akan bagitahu pada mereka keputusan muktamadku. Sepanjang malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Asyik memikirkan keadaan aku sekarang. Baru aku sedar dan tahu yg aku ini adalah tunangan orang. Bakal suami pun tak kenal. Hanya sekadar mengenal bakal mertua sahaja. Mereka memang baik namun anaknya belum tentu baik. Wajah dan keadaannya macam mana pun aku tidak tahu.

Pagi-pagi lagi mereka pun sudah keluar melakukan aktiviti masing-masing. Tok ayah semestinya sudah pun berada di padang golf ketika ini. Manakala mak tok pula akan berada di spa dan salun kecantikan sepanjang hari sambil membawang bersama kawan-kawan seangkatan dengannya. Aku tahu keputusan aku semalam buat mereka sedikit kecewa terhadapku. Namun aku juga perlukan sedikit waktu utk mencari ketenangan berfikir dan utk cuba menerima keadaan ini. Sepanjang hidup aku, aku hanya tahu diriku adalah bujang dan tidak dimiliki sesiapa. Tiba-tiba aku dapat tahu aku sudah pun bertunang, memanglah ianya buat aku rasa kecewa yg amat. Selepas ini, jika berada di kampus, aku harus lebih berhati-hati agar aku tidak jatuh cinta pada orang lain. Walaupun aku sudah ada niat, namun niat ku harus dibuang begitu sahaja. Sedih dan pilu apabila kita menahan pedih di hati ini.

Próximo capítulo