webnovel

Bab 19

Fikiran Rohan masih bercelaru memikirkan tentang dirinya, Naina dan lelaki yang memerhatikan dia dengan Aryan. Dia terasa seperti hendak menghantukkan kepalanya di dinding dengan kuat kerana kalaulah dirinya tidak mengalami kemalangan dan hilang ingatan sudah tentu dia tidak terseksa seperti ini. Dia tidak dapat menerima hakikat yang dirinya yatim piatu dan dibesarkan oleh pak ciknya tetapi kenapa pak ciknya tidak memberitahu tentang perkara ini sehinggalah ditanya oleh Rohan. Setelah Aryan tiba di rumah dia terus menuju ke bilik tidur dan menolong isterinya Shoba untuk bersiap dan pergi ke klinik. Shoba mengalami demam sejak beberapa hari dan tidak sembuh setelah makan ubat yang diberi oleh doktor sebelum ini jadi dia bercadang untuk berjumpa dengan doktor yang sama sekali lagi.

"Shoba awak ada makan ubat dengan betul tak?"tanya Aryan sambil memandu kereta ke Klinik Permata yang berada di taman sebelah.

"Makan...tadi awak pergi mana? Rakesh pun tak ada dekat rumah." tanya Shoba dengan wajah yang marah tetapi nada suaranya seperti biasa.

"Saya pergi jumpa kawan. Rakesh tak ada di rumah tadi ke?" Aryan cuba berpura-pura menanyakan soalan yang sama kepada isterinya supaya dia tidak syak tentang mereka.

"Kawan mana? Sejak pengetahuan saya, kawan awak kan dah meninggal. Ini kawan yang mana satu sampai saya pun tak kenal?"tanya Shoba dengan perasaan sangsi terhadap suaminya itu.

Aryan tidak sempat menjawab soalan daripada isterinya kerana mereka telah sampai ke klinik dan Aryan sibuk menolong Shoba turun dari kereta dan mendukung dia ke kerusi roda kemudian menolak ke dalam klinik. Kadang-kadang Shoba tidak dapat memahami tentang suaminya itu tetapi Shoba yakin bahawa suami dan anaknya sedang melakukan perkara yang tidak baik terhadap Rohan.

"Awak masih tak jawab soalan saya. Siapa kawan awak yang baru itu?" Shoba kembali kepada topik tadi.

"Hmm...Shoba awak percayakan saya tak?" tanya Aryan sambil memegang tangan isterinya dengan penuh perasaan sayang.

"Dulu ya tetapi selepas insiden tersebut tidak. Saya tak percayakan awak dan anak kita itu Rakesh." jawab Shoba dan memalingkan mukanya ke arah kaunter pertanyaan dan memerhatikan cara jururawat tersebut melayan pesakit.

Tiba-tiba kedengaran suara "Shobana Aryan Raj sila masuk".

Setelah mendengar nama Shoba dipanggil Aryan bangun dan menolak kerusi roda isterinya untuk berjumpa dengan doktor.

"Selamat petang Puan Shobana. Macam mana sekarang sihat?"tanya doktor yang bernama Khalid.

"Doktor isteri saya masih tidak sembuh boleh doktor tolong periksa?" tanya Aryan dengan penuh prihatin.

Apabila mendengar keluhan Aryan, Doktor tersebut mula memeriksa tekanan darah Shoba dan ia menunjukkan normal kemudian dia memeriksa kadar pernafasannya pun menunjukkan normal.

"Puan Shobana, tekanan darah dan kadar pernafasan semuannya dalam keadaan baik. Saya cuba menukarkan ubat yang sebelum ini dengan yang lain tapi puan janji ya yang puan akan makan ubat tersebut pada masa yang tepat. Demam puan berlarutan mungkin kerana puan tidak mengambil ubat demam dan antibiotik tepat pada masanya." ulas doktor tersebut sambil menulis preskripsi di skrin komputer. Setelah mengucapkan terima kasih kepada doktor Aryan dan Shoba keluar mengambil ubat di kaunter dan menuju ke kereta untuk pulang ke rumah mereka.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah Shoba mengingati masa lampaunya bersama Tara. Kehidupan mereka diwarnai dengan senyuman dan kegembiraan sampailah masing-masing berkahwin dan pergi ke rumah suami sendiri. Hubungan Shoba dan Tara bagaikan isi dengan kuku. Mereka begitu erat sampaikan kena panahan mata orang. Sifat mereka yang suka bertolak-ansur dalam setiap hal dan mempertahankan satu sama lain jika berlaku apa-apa. Tapi apakan daya selepas insiden yang melibatkan Aryan dan Rakesh, Shoba kehilangan Tara buat selama-lamanya.

"Shoba! Shoba! awak mengelamun lagi ke ini? Kita dah sampai ke rumah." teguran Aryan itu menghancurkan kenangan masa lampaunya bersama Tara dan Shoba bersedia supaya Aryan dapat mendukungya ke kerusi roda.

Do enjoy this story.

Kindly leave a rating, comment, and vote with a power stone if you do like the chapter.

Maximum 1 or 2 chapter will be updated every day as a daily episode.

Sai_Riyacreators' thoughts