webnovel

Bab 8

Rohan mengalami mimpi yang sama iaitu dia berkenalan dengan seorang wanita yang cantik dan mengalami kemalangan. Rohan bangun dan bernafas dengan kencang sampai jantungnya berdebar dengan kuat.

" Ya Tuhanku, kenapa aku selalu mengalami mimpi yang begini? Adakah ia berkaitan dengan keadaanku ini? Tolonglah lindungi hambamu ini selalu daripada segala kejahatan dan musibah" bisik Rohan dalam hati dan bangun untuk minum air.

Setelah minum air suam dia cuba berjalan ke halaman belakang rumahnya untuk menenangkan minda dan dia melihat suatu kelibat berwarna putih melintas tepinya. Rohan mula berasa seram-sejuk sebaik sahaja kelibat itu melintas tepinya tetapi Rohan tidak menoleh dengan serta-merta.

"Ish betul ke apa yang I tengok ini? Ke perasaan I?," bisik Rohan dalam hati dan menoleh ke tepi dengan perlahan-lahan.

"You buat apa dekat sini?"

Terkejut Rohan bila mendengar suara tersebut.

"Shaila! Apa yang you buat dekat sini?" tanya Rohan dengan wajah yang terkejut.

"I nampak you berdiri dekat sini so I pun datanglah. Mana tahu you nak apa-apa ke? And why are you sweating like this?", tanya Shailaputri sambil menghulurkan tisu yang ada diatas meja.

Rohan tidak menghiraukan pertanyaan Shaila dan bererdar dari situ.

Namun Rohan masih tidak berpuas hati tentang mimpinya dan kelibat putih itu. Tiba-tiba kedengaran bunyi kaca pecah, Rohan mula berasa cemas dan tidak sedap hati. Lagi sekali Rohan cuba untuk keluar dari biliknya untuk mencari arah bunyi tersebut dan dia tidak sedar bahawa dirinya sampai ke hadapan sebuah bilik yang usang. Bilik tersebut dikunci dengan mangga yang besar dan pintunya berhabuk seperti sudah lama tidak dibuka.

Próximo capítulo