webnovel

Bab 5

"Eh I tak minta pun nak ada Personal Assistant ini semua" jawab Rohan dengan nada yang garang.

"Sabar Rohan, actually we kenal each other. I was your friend but dah lost contact. Semalam baru I dapat tahu pasal you dari Mr Aryan dan dia request I jadi P. A. awak sampailah awak sembuh balik macam dulu" jawab Shaila dengan tenang.

"Apa-apa je lah. Tapi ini hospital kan you tak payah nak buat semua. This thing all can handle by nurse and doctor. I rasa you balik saja lah". Balas Rohan dengan menyampah. Kalau boleh Rohan nak halau wanita itu tersebut.

"As your wish". Jawab Shaila dan beredar dari situ.

Rohan kembali ke dunia mimpinya kerana itu sahajalah ketenangan dia buat masa sekarang dalam bilik empat penjuru itu tanpa televisyen. Rohan bermimpi yang dia berjumpa dengan seorang wanita dan terlibat dalam kemalangan yang dahsyat. Terus dia bangun dan melihat dirinya berpeluh-peluh walaupun air conditioner itu sejuk sangat.

Rohan cuba berfikir balik bagaimana dia masuk ke hospital ini dan apa yang berlaku kepada dirinya sendiri.

"Hi Rohan how are you now" tanya doktor sambil memeriksa bacaan pulse dan bp dari paparan skrin.

" I'm good. Doktor bila I boleh keluar dari hospital?"

Doktor menjawab sambil membetulkan drip Rohan " kalau awak rasa betul-betul dah okay means boleh balik lah tapi awak kena bed rest yang secukupnya"

" I will just let me out of here. I rasa rimas doktor" Rohan cuba menjelaskan keadaannya.

"Okay I cakap dengan Mr Aryan dan discharge you in 2 days" jawab doktor sambil membuka pintu.

Rohan berasa lega apabila dengan yang dia boleh keluar dari sini dalam dua hari namun dua hari itu merupakan dugaan yang besar untuk Rohan sebab kena tahan trauma bilik empat penjuru ini. Tapi Rohan cuba tabahkan hati dia dan tidak sabar untuk jumpa pak ciknya kerana Rohan berharap dia akan dapat semua jawapan bagi segala persoalan.

...........

Dua hari berlalu dengan pantas seperti yang disangka oleh Rohan. Dia berasa cukup tenaga dan gembira apabila melihat dunia luar dari hospital itu.

"Jom Rohan masuk dalam kereta kita balik ke rumah sekarang" Rohan diarahkan oleh Shailaputri.

" You boleh tak behave as professional P. A. I sabar ini pasal my uncle ambik you. Entah dari mana dia pungut you ini tak beradab langsung bila cakap dengan boss" marah Rohan dan menghempaskan pintu kereta dengan kuat.

Shaila dengan wajah yang tenang duduk di hadapan sebelah pemandu dan dia menunjukkan kilang dan tempat-tempat menarik untuk Rohan supaya dia tenang dan ceria.

Próximo capítulo