webnovel

Bab 22

"Kiambang, janganlah macam ni…sekurang-kurangnya makanlah dulu…jamah sikit pun jadilah, nak. Dari pagi semalam kamu langsung tak jamah apa-apa… nanti kamu jatuh sakit, kamu juga yang susah." Nek Yong mendekati wanita yang dari tadi duduk termenung di depan beranda pondok kecil itu.

"Mentari…anak ibu…kemana kamu pergi, nak?" tidak menghiraukan wanita tua itu, Kiambang terus melayan perasaan sendiri dengan perasaan hiba di wajahnya.

"Kiambang? Bersabarlah… mungkin anak kamu tu hanya keluar bermain dan akan pulang tak lama lagi…janganlah risau sangat, Kiambang..lagipun, tak mungkin dia akan tersesat dalam hutan ini…ini tempat dia membesar."

"…tapi, kenapa sampai sekarang Mentari langsung tak balik, nek? Kalau betul dia pergi bermain, takkanlah dia langsung tak nak balik? Kiambang khuatir nek…kalau…"

"Kalau apa? Apa yang kau nak takutkan sangat?"

"Kiambang takut kalau apa-apa terjadi pada Mentari nanti, nek…Kiambang tak ada sesiapa lagi selain Mentari, nek…kalau Kiambang kehilangan dia.."

"Hish, kamu ni! Apa yang kamu sebut tu satu doa, tahu? Janganlah kamu mula fikir yang bukan-bukan, Kiambang…. Mudah-mudahan tiada apa yang menimpa anak kamu tu; percayalah pada Tuhan dan yakin pada anak kamu tu…kamu sendiri tahu Mentari tu seorang yang pintar, bukan?"

"…" sekali lagi Kiambang melarikan pandangannya dari nek Yong dengan perasaan tak selesa.

"Kiambang? Sudahlah tu….jangan difikirkan sangat; jamahlah sedikit makanan ni…aku tak nak nanti kau pula yang jatuh sakit."

"Kiambang tak ada selera, nek…" perlahan jawapan yang keluar dari mulut wanita itu selari menolajk

"Janganlah berdegil…baiklah…nanti akan aku usahakan untuk mencari anak kau tu; tapi, kau perlu makan…nanti kalau kau jatuh sakit, apa pula aku hendak beritahu pada Merah bila dia pulang nanti?"

"Kanda….Merah?"

"Walaupun dia tak pernah pulang sejak 2 tahun yang lepas, aku tahu dia masih hidup…aku yakin, dia ada sebab yang tersendiri kenapa dia tak pulang ke sini."

"…macam mana nek Yong boleh begitu yakin? Sedangkan semua orang ingatkan dia sudah pun mati."

"Itu hanyalah andaian, Kiambang…mereka tak pernah sekalipun jumpa dengan mayatnya, bukan?"

"Benar…tapi, mereka terjumpa dengan bangkai kapal dan anak kapal yang membawa rombongan yang sama kanda Merah sepatutnya pergi bersama, bukan?"

"…tapi, itu tak bermakna yang Merah juga menerima nasib yang sama, bukan?"

"Apa….maksud nenek? Mengapa aneh benar pernyataan nenek ini? Adakah nenek menyembunyikan sesuatu dari Kiambang selama ini?"

"Kiambang…nenek rasa sudah tiba masanya kamu tahu perkara yang sebenar..walaupun selama ini Merah menegah aku untuk bebruat sebegini, tapi; aku rasa adil kalau aku terus berahsia dengan kau sedangkan aku mahu kau percayakan aku."

"Perkara…sebenar?" Kiambang mengangkat keningnya mendengar pernyataan yang kedengaran agak tak masuk akal itu.

"Sebenarnya Kiambang, nenek bukanlah seorang manusia biasa… kalau Kiambang perasan, Merah pernah bertegang lidah dengan nenek dulu; dan nenek pernah bersumpah untuk menjaga kau dan keturunan kau pada dia, bukan?"

'Sumpah? Ya…aku ingat sumpah tu. Setelah sekian lama, aku cuba sedaya upaya aku untuk melupakan rasa ingin tahuku sejak mendengar perbualan mereka dua tahun yang lalu.' Kiambang mengomel dalam hati selari masih menundukkan wajahnya; entah kenapa dia beraa agak tergugat dengan ayat wanita tadi.

"…jadi…kalau nek Yong bukan manusia...." ayatnya sengaja dibiarkan tergantung selari pandangan Kiambang diangkat untuk menatap wanita yang masih duduk berhadapannya sejak tadi.

"Aku juga makhluk tuhan seperti kau, Kiambang…tapi, aku bukan dari kalangan manusia… aku mengenali Merah pun hanya kerana bapanya pernah menggunakan khidmat keturunanku dulu.. Merah dah selamatkan aku dari menjadi mangsa kerakusan kuasa Siung." Kiambang meneliti reaksi diwajah wanita tua itu; dia kelihatan hiba dengan melayangkan sebaris senyuman kelat padanya.

"…."

"Kiambang…"

"?!?!" Kiambang terdiam apabila tangannya dicapai wanita tua itu dengan perlahan; meremang bulu romanya dengan sentuhannya.

"Aku minta supaya kau jangan takut pada aku….'

"…." Dari menjawab, wanita itu hanya mendiamkan diri dengan perasaan serba tak kena.

"Kiambang?" reaksi itu menarik perhatian Nek Yong padanya lagi.

"Kiambang perlukan waktu, nek…semua ni..macam terlalu cepat."

"Tak mengapalah kalau macam tu…buat masa sekarang, kau makanlah dulu…aku akan usahakan untuk mencari Mentari sedaya aku." Bagai faham terkilan dengan reaksi wanita itu, Nek Yong perlahan-lahan melepaskan genggaman tangannya sebelum menarik tangannya semula dari Kiambang yang selama ini telah dianggap sebagai anaknyasendiri itu.

"…." Mengumam perasaan sendiri, Kiambang kembali menundukkan wajahnya dari wanita tua itu; dia makin terasa kekok dengan keadaan itu.

"Aku keluar dulu…kau makan, ya? Lepas tu, kau berehatlah… aku akan pulang sebelum senja nanti." Bangun wanita tua itu; bersedia untuk beredar dari situ.

"Nek…"

"?!?!" Wanita tua itu berhenti melangkah apabila Kiambang kedengaran bersuara dari luar beranda itu.

"Terima kasih, nek…"

"Ini saja yang mampu aku tolong kau, Kiambang." Nek Yong berpaling selari memberikannya sebaris senyuman kelat sebelu mula melangkah meninggalkan Kiambang kini bersendirian di dalam pondok usang tadi.

'Maaf nek...aku tak boleh tinggal dengan orang yang aku mula rasa sangsi.' Kiambang bermonolog dalam hati sebelum dia bangun dari situ dan mula meninggalkan beranda itu dengan langkah lemah menuju ke kawasan yang bertentangan dari arah Nek Yong pergi tadi.

"Nampaknya salah langkah aku berterus terang dengan dia tadi… baiklah, kalau itu yang kau mahukan, Kiambang..akan aku tunaikan hasratmu dan aku takkan muncul didepan kau mahupun keturunanmu lagi selepas ini…tapi, sumpahku pada Merah, akan tetap aku pegang." Omel nek Yong yang kini kelihatan mengintai dari celah pokok ke arah wanita itu.

Sudah dijangkakannya yang perkara sebegini akan berlaku kerana Nek Yong makin mengenali sifat Kiambang sejak dia mula menjaganya dulu.

Sejak dari hari itu, Kiambang tak pernah kembali ke pondok kecil itu; dia mulai merayau disekitar kawasan hutan tebal itu sambil ditemani Nek Yong walaupun tanpa dia sendiri menyedarinya. Dek kerana terlalu sibuk melindungi Kiambang, Nek Yong terlupa akan janjinya pada Kiambang untuk mencari Mentari.

Mentari pula berjaya keluar dari hutan tebal itu dan mula merantau untuk mencari Merah; tapi tak pernah berjaya. Dia kemudiannya terus merantau dan tak pernah dapat kembali ke pondok tadi apabila jalan ke hutan tempat asalnya itu pun dia tak dapat jumpa.

Próximo capítulo