webnovel

DHA 15

Puan Salbiah menarik lengan Farhana yang langkahnya terhenti dihadapan pintu sebuah kedai pengantin mewah di ibu kota. Farhana sengaja memberatkan tubuhnya, tak mahu menapak masuk ke dalam kedai itu. Bukan sudah dia beritahu yang dia tak mahu berkahwin dengan syaitan bertopengkan manusia itu?

" Mama kata mama nak beli dress untuk makan malam Datin Leeya... Kenapa kita dekat butik pengantin ni?"

Entah kenapa dia boleh termakan helah Puan Salbiah yang ingin mengajaknya ke pusat membeli belah, membeli busana untuk majlis makan malam di rumah Datin Leeya hari Rabu ini.

Padahal hari Rabu itu tarikh perkahwinannya dengan Har! Dungu betul otak dia sejak balik dari Brooklyn. Erghh, why Hana! Why!!

" Kau ni! Jangan buat pasal lah, kau tak malu ke dengan Puan Sri?" Rengus Puan Salbiah geram.

" Hana kan dah kata, Hana tak nak perkahwinan ni terjadi. Kenapa bawa Hana ke sini?!" Balas Farhana juga dengan rengusan geram.

" Eh! Kau nak papa muflis? Kau nak hidup merempat hah?" Soalan Puan Salbiah kedengaran seperti ugutan. Lengan Farhana dipagutnya kemas dan kuat.

Farhana hanya menjeling mendengus bila dia diugut lagi sebegitu rupa, " Biarlah papa muflis, bukannya mati pun kalau muflis mama..."

" Amboi! Mulut kau bila bercakap... Eee, nasib baiklah tak ada cili dalam tangan aku sekarang ni. Kalau tidak memang aku ganyang - ganyang biar reti." Kini bibir bawah Farhana yang terbentuk cantik itu dipagut Puan Salbiah geram.

" Mama... Hana kan ada. Hana boleh bangunkan hidup kita balik. Mama jangan risau. Mama percayakan Hana ya, mama?" Kata Farhana cuba menyakinkan Puan Salbiah.

" Kau ingat aku ni mampu hidup tak berduit? Hah? Kau cakap dengan aku, kau mampu belikan aku beg tangan mahal? Baju mahal? Perhiasan mahal? Rawatan muka aku tiap - tiap bulan? Kau cakap dengan aku? Kau mampu?" Berguni - guni soalan yang dilontar sambil dia mengoyangkan lengan Farhana.

Farhana yang mendengar hanya mengeluh kecil, " Mama... Kita mula hidup baru. Kita tinggalkan semua kemewahan kita ni ma... Kita balik semula ke jalan yang lebih diredhai Allah..."

" Wah... Wah... Baru dah bertudung litup, kau dah pandai ceramah aku ya?!" Kali ini naik cubitan pada perut tidak berlemak Farhana.

Farhana yang menerima cubitan berbisa itu mengaduh sakit. Digosok - gosok tempat cubitan. Sakitnya itu tuhan saja yang tahu. Sampai hati mama buat dia begitu.

Belum sempat Puan Salbiah menambah, Puan Sri Rubina menegur dari dua beranak itu belakang. Laju dua kepala itu menoleh ke arah Puan Sri Rubina.

" Kenapa tak masuk lagi? Tak suka baju dekat sini ke? Kalau tak suka kita boleh ke kedai lain..." Soal Puan Sri Rubina dengan matanya melingar antara dua beranak yang tercegat dihadapan pintu kedai itu. Dibibirnya melengkung senyum lebar.

" Ohhh, taklah Puan Sri... Kami anak beranak baru je sampai... Memang nak masuk pun ni haa... Mari Hana..." Balas Puan Salbiah tersenyum lebar sambil dia menarik lengan Farhana membolos masuk ke dalam kedai itu.

Sudah hampir sepuluh pasang baju pengantin disarung ke tubuh langsing Farhana tapi satu pun tidak mampu mengorak senyum di bibir merah merekah itu. Jelas terpampang riak pilu dan marah di tampang mukanya.

Pendingin hawa yang terpasang kuat masih belum dapat meredakan kemarahannya pada Puan Salbiah yang berjaya memperdayakan dia ke mari.

Ya Allah, aku tak nak kahwin dengan Har! Aku tahu, aku banyak salah dan khilaf, Ya Allah, tapi janganlah hukum aku dengan Har...

Dalam diam, Farhana merintih, tidak tahu pada siapa lagi dia harus meminta, hanyalah pada Dia saja.

" Kamu okay Hana?" Soal Puan Sri Rubina setelah dia perasan akan perubahan wajah gadis sunti itu.

Tersentak, Farhana tercari - cari wajah bersih berias dengan solekan nipis itu.

Puan Sri Rubina memang seorang wanita aristokrat yang amat cantik dan tinggi budi. Darah Melayu Asli yang menjadi aristokrat itu sungguh disanjung - sanjung banyak orang.

" Mama tanya bakal menantu mama ni, Hana okay?" Puan Sir Rubina yang berdiri jauh sudah menapak kaki di hadapannya. Tangan wanita yang mengelus pipi itu terasa seperti air yang menyimbah sejuk di pipi Farhana.

Tanpa sedar, menitik air mata Farhana jatuh mengenai jemari runcing yang menyentuh pipi mulusnya.

" Mama faham, Hana masih bersedih pada arwah, tapi Har lelaki yang baik... Mama yakin dia boleh jaga Hana dengan baik."

Bibir Hana yang bergerak tanpa kata, diperhatikan Puan Salbiah dengan cerlungan maut. Tadi siang - siang dia sudah memberi amaran pada Farhana untuk merahsiakan apa yang sudah terjadi di rumah tempoh hari.

" H— Hana masih tak boleh lupakan arwah Qaish. Hana rindukan Qaish..." Menyebut nama itu membawa seribu kesedihan dihatinya.

" Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya... Surah Ad-Dhuha ayat empat. Kamu mesti tahu kan Hana?" Hana mengeleng perlahan, dia tidak tahu. Ya, dia jahil. Masih merangkak dalam mengenal ayat - ayat suci.

" Hana kena teruskan hidup dan lepaskan Qaish perlahan - lahan dan buka lembaran baru. Mungkin permulaaan Hana dengan Har adalah yang terbaik yang sudah diaturkan tuhan. Mama tahu ianya mudah tertutur di bibir tapi berusahalah terimalah Har ya... Dia pasti membahagiakan kamu." Pujuk Puan Sri Rubina yang tidak tahu apa - apa perihal apa yang terjadi antara Farhana dan Har.

"S... Se... Sebenarnya..."

Puan Salbiah yang merasakan aura pecah tembelang berlegar di udara segera mendapatkan dua perempuan yang sedang berbual itu.

Busana pengantin yang ditatang seorang pekerja ditarik kasar. Kini, di tangannya dibawa sehelai busana pengantin yang cukup cantik dan mahal. " Cubalah yang ni Hana... Cantik... Kan Puan Sri?"

Saat mata Puan Sri menyorot matanya pada busana pengantin itu, segera Puan Salbiah mencerlung pada Farhana tanda dia amat marah dengan perbuatan Farhana.

Kalau pecah temberang dia sekeluarga, memang tidak berbesanlah dia dengan keluarga kaya itu. Sisih malaikat 44!

Busana pengantin yang ke sebelas yang disarung Farhana membuahkan senyuman yang puas di kedua - dua bibir wanita tua dihadapannya.

" That's it, the dress is so perfect for Hana, kan Puan Salbiah?" Ucap Puan Sri Rubina teruja.

Puan Salbiah mengangguk setuju. Mana - mana baju pun dia tak kisah sebenarnya, asalkan bukan dia yang keluarkan duit.

Próximo capítulo