webnovel

Bab 27

"Hah, takkan kau nak biar aku tunggu diluar saja?" dengan selamba; Fiona berjalan melepasiku masuk ke dalam ruang bilikku sebelum duduk di atas katil dengan lagak angkuh.

"Apa yang kau nak?" Aku malas hendak bertengkar dengannya perihal kelakuannya yang kurang beradab tadi.

"Kau ingat aku nak sangatkah berjumpa dengan kau ni?" nada sinisnya masih kedengaran jelas dalam suaranya; dia menjelingku dengan gaya yang menjengkelkan.

"Habis tu, kau buat apa disini?"

"Aku ada disini pun disebabkan datuk."

"Maksud kau?"

"Kau tahu tak, perbuatan kau tu dah memalukan datuk? Kau tahu betapa risaunya datuk bila tahu kau buat hal? Kau ingat senang untuk dia terima yang legasi yang selama ini dia bina dan pertahankan bakal musnah disebabkan kebodohan cucunya sendiri; kau!" Aku terdiam dengan bicaranya yang setiap perkataannya kedengaran berbisa dan pedih ditelingaku.

"…"

"Haish… Eliza, Eliza… kau ni bukannya bodoh ataupun tak cantik; malah, aku rasa kau ni lebih cantik dari perempuan biasa yang aku pernah jumpa."

"Apa yang kau merepek ni?"

"Kau tak faham lagi? Yang kau nak simpan sangat kandungan tu, kenapa? Walaupun aku sendiri tak tahu siapa bapa budak tu, aku yakin yang dia takkan bertanggungjawab pada kau ataupun budak tu… lebih baik kau buangkan saja anak tu; sekurang-kurangnya tak adalah datuk tu nak buang masa untuk risaukan pasal kau lagi. Sampai naik sakit orang tua tu aku tengok!" Makin membuak perasaan bengangku kepada Fiona ketika itu; tanpa sedar, aku mendekatinya sebelum menariknya kea rah pintu bilikku.

"Fiona! Kau jangan nak kurang ajar! Walaupun kita keluarga, itu tak bermaksud yang kau boleh hina aku sesuka hati kau!"

"Aku bukan hina… kau tak dengar apa yang aku cakap tadi, kah? That's a fact! Your baby's father won't take responsibility for your child! Kalau dia nak bertanggungjawab, mana dia? Kenapa sampai sekarang dia tak munculkan diri untuk bertanggungjawab? Nak tunggu sampai baby tu keluar baru nak muncul? Ataupun…" Fiona berhenti selari memberiku pandangan skeptikal.

"… kau sendiri tak tahu siapa bapa budak tu?"

"Fiona!"

"PAK!!!" dengan tak sedar; satu tamparan singgah di pipi putih Fiona; mataku mulai berkaca. Tak pernah seumur hidupku aku dimalukan sebegitu rupa; perasaan marah, kesal dan sedih bercampur baur ketika itu.

"Eliza… berani kau?!!" Wanita itu menakup pipinya yang kelihatan merah sambil memandangku dengan tak puas hati.

"Kau jangan nak melampau, Fiona! Walaupun kau lebih tua dari aku, that don't mean anything! Tolong hormat aku sikit; aku cucu kandung datuk! … and for your information, I know very well who is the father to my child is." Jelasku selari mataku mulai berasa pedih; kemarahanku semakin membuak ketika itu.

"Kau ingat aku akan diam lepas ini? Aku akan pastikan kau menyesal sebab tentang aku, Eliza!"

"Tolong keluar sekarang…Keluar!" Aku mendapatkannya selari menolaknya keluar dari ruangan bilikku sebelum menutup pintu dibelakangku. Aku cuba mengawal nadaku sambil airmataku mulai jatuh ke pipi tanpa henti kerana menahan marah.

"Aku akan pastikan kau menyesal sebab menentang aku, Eliza… kau tengoklah nanti!" sempat lagi dia melontarkan suara disebalik pintu kamarku sebelum berlalu pergi dari situ. Aku melepaskan keluhan yang terasa berat sebelum duduk bersandar dibelakang pintu itu.

'Apa lagi yang kau tak puas dengan aku, Fiona? Tak cukupkah selama ni?' Aku memejamkan mataku rapat sambil membiarkan air mataku membasahi wajahku.

"TOK!TOK!" sekali lagi ketukan pintu mengejutkan aku ; lantas membuatkan aku bangun dan membuka pintu dengan berang.

"APA LAGI YANG KAU NAK?!?!? J…Joe?" Aku tergamam apabila yang berada dihadapan ketika itu adalah Jonathan dan bukan Fiona.

"Kakak okay? Saya nampak kakFiona naik tadi… saya tak sangka pula dia datang serang kak Eliz…" Aku lega mendengar nada Jonathan yang begitu kontra dengan sikap kakaknya tadi; bimbangkan aku.

"Kakak okay… kamu tak payah risau… kakak cuma terkilan dengan sikap Fiona tu. Dia minta kakak buang anak ni."

"What? Apa hak dia untuk cakap dengan kak Eliza macam tu? Biar saya 'basuh' sikit mak cik tu!"

"Pfft! Over lah kamu, ni Jonathan! Tak payah kamu nak sibuk bahasakan Fiona tu… tak pasal-pasal jadi adik derhaka pula…" Aku cuba menahan ketawa apabila terlihat reaksinya yang agak terlampau dariku.

"Senyum pun kakak… dah lama kakak tak senyum macam ni…" Aku menundukkan wajahku darinya selari melayangkan padangan ke arah pantulan wajahku di meja solek.

"Jonathan… kakak dah buat keputusan…"

"Kakak terima cadangan kamu tempoh hari; walaupun kakak kurang pasti dengan keputusannya nanti.. sekurang-kurangnya kakak kena cari jalan untuk menjamin masa depan anak kakak ni…" Aku menelan air liur yag kurasakan makin kelat ketika itu apabila teringatkan akan perbualan di antara aku dan Jonathan tempoh hari.

Kini, hampir 2 minggu sejak 'rahsia' ku terbongkar kepada datuk; dan sekalipun datuk tidak mengendahkan ku. Ternyata dia begitu kecewa dengan apa yang berlaku. Usia kandunganku pula sudah hampir mencecah lima bulan dan makin kelihatan.

"Eliza…" aku mengangkat kepalaku apabila suara seorang lelaki mengejutkan aku dari lamunanku tadi; Jonathan meminta aku untuk menunggu calon suamiku di taman tepi tasik tempat aku pernah pergi bersama William dulu.

"Eh? Kau?" aku terkejut apabila yang menemuiku itu ternyata William.

"Ya, kak… abang William…" Jonathan yang datang dari arah belakangku kelihatan yakin dengan kata-katanya.

"Joe..? Kenapa kamu tak cakap ianya William? You know I've knew him, right?" aku bangun dari situ dengan rasa tak puas hati; sekali lagi Jonathan membuatku terasa.

"Kak… tolong dengar dulu…"

"Joe…" Niat Jonathan untuk memujuk sepupunya tadi terhenti apabila William tiba-tiba memberi isyarat kepadanya untuk membenarkan dirinya untuk memujuk Eliza pula. Jonathan hanya akur dan meninggalkan keduanya buat seketika.

"Eliza… saya tahu awak takkan terima saya kalau tahu calon yang Jonathan maksudkan itu adalah saya, kan?" aku agak terkejut apabila nada yang keluar dari mulut William kedengaran lebih berkeyakinan dari dirinya yang dulu; gemuruh dan tak yakin.

"…" Aku hanya mendiamkan diri sambil enggan memandang wajahnya; perasaan bersalah kerana menolaknya dulu masih menebal dalam diriku.

"Eliza… saya tak kisah pun kalau awak susah nak terima saya dalam hati awak; tapi sekurang-kurangnya…berilah saya peluang. Peluang untuk mencintai, untuk menyayangi dan peluang untuk menjaga awak."

"Kau tahu, aku tak boleh terima kau; kan? Lagipun,sanggupkah kau untuk terima aku walaupun kau tahu aku sedang kandungkan anak orang lain?" Mataku mulai berkaca apabila menyatakan kebenaran itu; dengan tak semena-mena, wajah Adam sekali lagi terbayang difikiranku ketika itu.

"Saya sedar… tapi, saya tak kisah. Kalau hanya dengan cara ini saya dapat dekat dengan awak; saya dapat menjaga awak… kalau awak nak anggap saya sebagai dia pun saya tak kisah… saya cuma nak awak benarkan saya untuk jaga awak saja… tolonglah…" Lelaki itu kini menggenggam kedua tanganku selari tunduk dengan dahinya menyentuh tanganku; nadanya lebih kedengaran seperti rayuan dari sebuah lamaran.

"William…" makin berat hatiku untuk memberikan jawapan ketika itu.

'Adam… apa patut aku lakukan? Aku tak nak terima orang lain selain daripada kau… tapi, aku tak boleh pentingkan diri dan abaikan anak kita; maafkan aku, Adam…' Aku memejamkan mataku erat selari cecair hangat mengalir ke pipiku; aku menarik nafas panjang sebelum mula berbicara.

"William, aku terima."

Segalanya berlaku dengan pantas semenjak hari itu; William datang untuk berjumpa datuk dengan tujuan untuk meminta izin melamar aku… Fiona dengan agendanya tersendiri.

"William; bapa anak Eliza? Macam tak percaya saja…" ada nada skeptikal dalam suara Fiona tatkala William memberanikan dirinya untuk berjumpa dengan datuk.

"Fiona, tak baik cakap begitu…" Suara datuk kedengaran tenang dari selalu.

"Tak adalah… William? Teruknya taste kau, Eliz? Aku ingatkan kau suka dengan mendiang Thomas tu… tak sangka pula senyap-senyap kau boleh ada hubungan dengan budak skema ni." nadanya penuh sinis membuatkan aku hanya boleh mngetap bibirku; menahan marah.

"William, kenapa baru sekarang kamu nak mengaku semua ni? Kenapa perlu ambil masa yang lama; kamu sedar kandungan Eliza tu semakin membesar, kan?" Aku nampak William kelihatan agak gemuruh dengan pertanyaan datuk yang tiba-tiba itu.

"Maaf, datuk… kami bertengkar tempoh hari… sebab tu; saya mengambil masa untuk mengaku perihal ni…tapi, saya berani sumpah, I'm not trying to walk away from her. Bukan niat saya untuk abaikan Eliza selama ni." William mengangkat tangannya; bagai orang yang mengangkat sumpah dimahkamah dengan reaksi serious. Aku mengintainya melalui ekor mata selari duduk membisu disebelah datuk; tak berani untukku menambah apa-apa.

'Kasihan pula aku dengan William ni… tak pasal-pasal dia kena jawab soalan yang bukan untuk dia.' Aku memberinya sebaris senyuman kelat; terharu kerana dia sanggup menghadap perkara sebegini demi aku.

"Terima kasih sebab sanggup hadap semua tu untuk aku…" selesai sesi soal jawab datuk tadi, aku menemani William sebentar di kerusi taan diluar rumah agam datuk.

"Saya buat semua tu pun untuk kita juga." Lelaki itu mencapai tanganku dan mengenggamnya erat; kali ini aku hanya membiarkannya.

"Tapi.. tak mengapakah kalau kita hanya daftar perkahwinan sahaja? Keluarga kau tak kisah?"

"Sebenarnya saya tak nak keluarga saya tahu pasal hal ni dulu… bila semuanya dah selesai, baru saya akan beritahu mereka…"

"Kenapa? Kau takut keluarga kau tak terima aku?" dia menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum memberikanku sebaris senyuman yang tak terlihat sebarang paksaan.

"Langsung tak… bukan sebab tu; tapi…" William kelihatan melepaskan keluhan kecil dengan perasaan ragu-ragu.

"Kau tak perlu beritahu aku kalau kau tak nak…" sekali lagi dia menggelengkan kepalanya sebelum mencium tanganku perlahan.

"William?!?!?" perbuatannya membuatkan aku kaget.

"Saya tak berniat pun untuk berahsia dengan awak…sebenarnya, keluarga saya berancang untuk jodohkan saya dengan adik angkat saya untuk menutup malu keluarga." Sebaris senyuman kelat diberikannya buatku; dengan tak semena-mena hatiku mulai berdegup laju.

"Adik angkat?... maksud kau… Jue?" Dia mengangguk perlahan; senyuman tadi masih kekal dibibirnya.

"Jue terlanjur dengan teman lelakinya tak lama dulu dan telah melahirkan seorang bayi lelaki baru-baru ini… untuk mengambil anak itu masuk dalam keluarga kami secara sah;kami memerlukan sebab yang tak mencurigakan. Mummy dan daddy minta supaya kami berkahwin dan mengambil anak itu sebagai anak angkat." Aku terdiam mendengar cerita William ketika itu; tak hairanlah dia kelihatan lain dari sebelum ini setelah menghilang buat satu jangka masa yang agak lama.

"Maksudnya…"

"Situasi Jue lebih kurang sama dengan awak…" sambungnya lagi dengan nada tenang.

"…" sekali lagi aku mendiamkan diri sambil menundukkan pandangan.

"Tak! Awak jangan salah faham pula… bukan maksud saya macam tu… Maksud saya; walaupun awak bukan dalam keadaan macam ni sekali pun, saya masih akan cuba untuk dapatkan awak… eh?!?!?" Reaksiku tadi ternyata membuatkan lelaki yang dari tadi tampak tenang mulai panik; persis dirinya yang kukenali dulu.

"…"

"Ah… bukan, maksud saya…"

"Pfft… Hahaha!" tawa yang dari tadi ku cuba tahan, akhirnya terbongkar apabila sekali lagi dia kaget tak tentu hala.

"Hah?"

"Tak apalah… aku faham…. You don't need to explain to me anything… Tapi, aku ada satu permintaan sebelum kita teruskan rancangan ini."

"Per… mintaan?"

"Yes… I need you… to give me some time … tapi, aku tak nak kau beri harapan yang tinggi pada aku;William… sebab aku takut kalau kau akan kecewa nanti…"

"Betul ni? Awak akan fikirkan tentang kita?" William menggenggam tanganku dengan lebih erat dengan reaksi teruja; ternyata dia gembira dengan keputusanku tadi. Aku mengangguk selari memberikannya sebaris senyuman kelat kontra dengan apa yang kurasai tika itu.

Próximo capítulo