"Assalamulaikum",Salam diberi Arman pada Lyn dan Suhana yang sudah berada di tempat duduk masing-masing. Serentak keduanya menjawab Salam tersebut."Lunch nanti kamu berdua join sekali,ikut Iqbal", arahan diberikan Arman lagi."Maaf Tuan,saya ada urusan yang perlu saya buat",tolak Suhaila kerana telah mempunyai appointment pada waktu lunch tersebut."Tak boleh cancel?",tanya Arman lagi."Saya ada minta tolong Lyn untuk cover saya lepas lunch sebab nak kena bawa ibu saya appointment dengan doctor hari ini".Nampaknya memang tak boleh di elakkan."Tak apa la Kalau begitu,Lyn you kena hadir",arah Arman lalu menuju keluar untuk menyelesaikan urusan yang telah menanti.
Tercegak Lyn memandang Arman berlalu tanpa sempat menyatakan ya atau tidak pada arahan yang tiba-tiba diterima,dia mengalihkan pandangan kepada Suhaila yang masih tersenyum ke arahnya tanda terima kasih."Su,kalau lama di hospital nanti terus sahaja pulang,nanti Lyn cover",terus kata-kata itu yang keluar dari mulut Lyn. Sudah biasa dengan boss yang suka memerintah begitu bagi Lyn tiada yang pelik.
"Iqbal,hari ini bukan lunch meeting dengan Darul Ikhwan ke?",Lyn membuka bicara sementara Iqbal memandu ke Hotel Mandarin. "Mana la cheq tau, hang PA dia, hang tau la, cheq bawa ja mana-mana pun",jawap Iqbal. Di sebabkan mata Lyn agak berat sebab kekurangan tidur, dia terlena di dalam kereta menuju ke destinasi mereka. Iqbal di sebelah hanya berdiam diri setelah dia melihat Lyn tertidur.'Penat mungkin', sekilas di pandang Lyn yang duduk di kerusi penumpang.Seperti kebiasaan jalan dia KL memang tidak pernah surut dengan kesesakan ,jalan yang sepatutnya boleh sampai dalam 15 minit menjadi hampir sejam. Sampai di lobby Iqbal mengejutkan Lyn dari tidur."Lyn, dah sampai",sedikit suara di kuatkan agar Lyn bangun."Ehmmm, sampai dah, sedap aku lelap sat, hang join sekali ka Iqbal?",tanya Lyn."Boss tak cakap apa pun,Cheq tunggu hangpa,habis nanti bagitau cheq ambik kat sini",ucap Iqbal dan kemudian berlalu untuk memarkir kereta tersebut.Melangkah menuju ke resturant,Lyn singgah sebentar di tandas untuk merias muka yang baru terjaga dari tidur tadi.
Sampai di resturant, dia dibawa oleh waitress ke meja yang ditempah kelihatan muka-muka yang di kenali Lyn, Dato'Ishak,encik Isacc Chan,encik Hairul,puan Izatty iaitu staff Dato' Ishak & Co juga Hafezin wakil dari Enginner bersekutu dan Datuk Haminol Pengarah dari Darul Ikhwan juga tuan Arman telah sampai dahulu dari Lyn."Maaf semua saya terlewat sedikit kesesakan lalu lintas tadi",Lyn memohon maaf atas kelewatan lalu mengambil tempat duduk yang kosong yang kebetulan dekat dengan Izzati di bahagian kiri dan Arman di bahagian kanan.Meja bulat dan mereka menikmati hidangan chinese cuisine."That okay,"sahut Dato'Ishak terus disambung oleh Datuk Haminol,"Tujuan kita bersama hari ini adalah meraikan kejayaan projek usahasama kita,semua yang ada di sini adalah orang-orang yang telah bersama-sama menjayakan projek ini dan tahniah untuk kita semua',ucap Datuk Haminol gembira."Jemput makan semua, jangan segan-segan", pelawa Datuk Haminol lagi.Mereka makan dan berborak-borak sambil berbincang isu-isu semasa dan hal-hal yang menyenangkan.Hafezin yang berada berhadapan Lyn,rancak berborak dengan Dato'Ishak, menyatakan yang dia mengenali Lyn sejak bangku sekolah tapi mereka membawa haluan masing-masing dan tidak sangka bertemu kembali setelah hampir 18 tahun."Dato' tahu, Lyn ini dulu group budak glamour,kesayangan guru sampai sekarang masih berpesona begitu",usik Hafezin memandang Lyn di hadapannya.Malu di puji begitu,"Mana ada,encik Hafezin ini lagi hebat tiap-tiap minggu duduk depan sekali dengan para guru',usik Lyn pula.Seperti biasa dengan group Dato' Ishak memang Lyn agak selesa berborak kerana mereka semua peramah."Hahahaha', sambil tergelak mengingati kisah zaman persekolahan mereka berdua Hafezin menjawab,"Itu sebab kena denda la",jawab Hafezin dan semua mereka di situ tertawa terhibur dengan cerita tersebut."Itu la. Lyn macam tak sangka budak nakal pada suatu masa dahulu dah jadi manusia yang berguna",usik Lyn lagi.Kelihatan disebelah Arman memandang sahaja kesemua sambil turut tersenyum tapi amat penuh bermakna.'Wow bini aku, tersenyum manis dengan orang lain,dengan aku bukan main jual mahal',hatinya berbisik sendiri.Agak cemburu di situ.
"Dah kita berborak unformal meeting begini rasanya okay kalau sentuh sikit hal-hal personal okay kan",encik Isacc Chan pula mencelah."Lyn, you tau kan I single and available, kalau I nak ajak you for a date boleh tak?", straightforward encik Isacc Chan menyatakan yang dia ingin mengenali Lyn lebih rapat lagi. Semua mata memandang tuan punya badan soalan tersebut iaitu Isacc Chan dan ada sebahagian yang tidak terperanjat dengan soalan tersebut.Ketawa besar semua di situ."Wah, Isacc you betul-betul gentleman ,habis sahaja projek tak tangguh-tangguh.Patut la selalu tanya saya, bila lagi meeting dengan Damai Sutra rupanya ada udang di sebalik mee",Dato' Ishak berkata dalam ketawa berdekah-dekah. Merah muka Lyn di situ menahan malu."Lyn kalau awak nak tahu Isacc sejak pertama kali jumpa awak memang dia dah tekad lepas habis projek nak tackle awak, tak sangka waktu ini dia pilih",Izaati pula menyambung tersenyum dengan kelakuan rakannya itu. Pada ketika itu kelihatan muka Arman yang berubah amat kemerahan dan sedikit berkerut,cuba di tahan dan bersikap rasional."Dah la tu kesian cik Lyn.Encik Isacc soalan itu panas sangat,sementara makanan still panas kita makan dahulu",Menyelamatkan keadaan Hafezin bersuara kerana dia tahu dari riak muka Lyn yang tidak selesa dengan perkara tersebut kerana terlalu peribadi untuk di tanya ketika orang ramai.Encik Isacc Chan tertunduk agak malu dengan perbuatan tersebut, dan dalam keadaan agak janggal memohon maaf pada Lyn dan semua tapi masih lagi tidak berputus asa,"Lyn later I get in touch with you". Diam sahaja Lyn tidak bersuara,memandang ke arah Arman yang kelihatan makan dengan tenang dan bersahaja.Namun manusia mana boleh membaca fikiran seseorang.Tangan kiri Arman yang berada di bawah meja mencapai tangan kanan Lyn lalu digengamnya dengan penuh perasaan kerana agak marah dan cemburu. Berubah muka Lyn,berkerut-kerut menahan kesakitan itu. Nak menjerit atau marah tidak boleh sebab mana ada yang tahu hubungan mereka berdua.Dia cuba tersenyum sambil cuba melepaskan tangannya. Lalu dia bersuara,"Maaf semua Lyn nak ke tandas sebentar",.Dengan ucapan itu serta merta tangannya di lepaskan Arman.Lalu Lyn bangun dan beredar dari situ.
Arman memandang sahaja Lyn beredar ke tandas, sebentar kemudian dia juga meminta diri seketika. Arman menunggu Lyn keluar dari tandas. Bila saja Arman nampak akan Lyn yang melangkah keluar dari tandas terus dia menghampiri lalu tangan Lyn di tarik agar beriringan dan mereka berdua lalu beredar sebentar di ruang legar jauh dari pandangan semua."Sorry Lyn, Shah tak sengaja",Arman meminta maaf."Shah, ini waktu kerja later after office hours kita slow talk",kata Lyn lalu bangun dan pergi semula ke restaurant tidak mahu memanjangankan cerita."By the way, Lyn minta maaf juga", sebelum berlalu dia memandang Arman dan melangkah pergi. Arman menunggu seketika sebelum menuju tempat yang sama.