webnovel

Linley kini memahami.

'Patutlah Pemerintah nasihatkan aku menjadi Tuan Tartarus sebelum masuk. Jika aku masuk dengan status askar biasa, aku perlu mengikut arahan. Mustahil aku berpeluang untuk membunuh komander musuh.' Linley memahami hanya dengan mengembara sendirian barulah dia dengan cepat dapat membunuh komander musuh.

Dikawal oleh orang lain… mana mungkin dia menerimanya?

"Selain daripada ini, adakah terdapat peraturan lain?" Linley bertanya.

"Tiada lagi." Pengawal itu tergesa-gesa berkata. "Peraturannya begitu mudah sekali. Komander layak untuk membawa orang lain masuk ke Medan Pertempuran Satah. Di Medan Pertempuran Satah, komander semuanya dibenarkan bergerak sesuka hati manakala askar pula perlu mematuhi arahan. Itu sahaja! Berapa banyak merit perang yang perlu dikumpulkan untuk jumlah ganjaran tertentu, ia sudah tertulis di atas batu inskripsi di tepi pintu antara ruang!"

Linley mengangguk kecil.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo