Kesemua pengawal berjubah hitam Istana Tasik Bulan merupakan golongan Dewa Tertinggi elit yang telah dipilih dengan teliti.
Pasukan Crompton yang menghadapi seorang pengawal berjubah hitam itu hanya menang tipis. Hal ini demikian kerana, Crompton sendiri sememangnya seorang yang lemah dan dua lagi rakan Iblisnya hanyalah Dewa Tertinggi bertaraf biasa.
'Aku baru saja bunuh seorang. Sekarang, dua orang lagi muncul? Jika mereka tangkap aku, aku pasti akan mati!' Crompton begitu cemas dan takut sekali. Dia cepat-cepat terbang untuk melarikan diri dari koridor itu.
'Apa yang sedang berlaku?' Wajah Crompton berubah.
Terowong di hadapan sudah tertutup!
'Bagaimana ini boleh berlaku? Bagaimana terowong itu boleh tertutup? Sepatutnya ada jalan keluar di situ!' Tentulah Crompton tidak tahu apabila kumpulan Linley lari, mereka telah menggerakkan dinding itu dan menutup laluan keluar untuk mengelakkan daripada terus dikejar dan diserang.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com