webnovel

Tiga Artifak Suci

Editor: EndlessFantasy Translation

Linley memandang kapak kecil berwarna merah pekat itu.

'Tidak lama dulu, kapak kecil ini sepanjang seratus meter tetapi sekarang, ia begitu kecil sekali.' Dalam hati Linley, dia sangat menghargai kapak ini. 'Paling penting, Api Penzalim hanyalah pakar Dewa Perdana tetapi dalam tangannya, kapak ini mampu menghasilkan kuasa yang begitu hebat sekali.'

Linley terfikir tentang pedang Darahvioletnya.

'Kedua-duanya merupakan artifak suci tetapi dalam tangan aku, Darahviolet hanya mampu melepaskan sebahagian sahaja daripada kuasanya.'

Linley memahami Darahvioletnya mungkin sebuah senjata yang lebih menakutkan tetapi hanya pada tahap Dewa, dia tidak mampu melepaskan seluruh kuasa Darahviolet. Keadaan ini sama seperti cincin 'Naga Pusar'. Sekarang ini, Linley masih belum mampu menggunakan cincin Naga Pusar secara aktif.

Semakin berkuasa sesuatu artifak, semakin tinggi syarat untuk mengaktifkannya.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo