webnovel

Linley menghunus pedang berat adamantin dengan sebelah tangan dan Darahviolet di sebelah tangan lagi. Dia berdiri di tengah jalan manakala Bebe berada di atas bahunya, tidak bergerak. Pemuda dan makhluk ajaib itu memandang ke arah Osenno yang sedang mara. Osenno tiba-tiba berhenti apabila jarak dia dengan Linley dalam lingkungan sepuluh meter.

Pasti ada rancangan tersembunyi!

Osenno memandang Linley yang nampak begitu yakin. Dia menjadi gementar.

'Apa jenis muslihat yang budak ni ingin gunakan?'

"Apa yang kau takutkan?" Linley dengan dua bilah pedang di dalam tangannya memandang ke arah Osenno. "Jika kau takut, kau boleh berambus dari kota ni. Jangan risau, aku tidak akan mengejar kau."

Kata-kata Linley membuatkan Osenno sangat marah sehingga mahu memuntahkan darah.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo