Malam yang gelap gelita.
Bunyi roda kereta kuda begitu jelas kedengaran di jalan sunyi menuju ke istana. Linley duduk di dalam kereta kuda itu bersama Bebe di atas ribaannya. Di setiap sisi kereta kuda itu, terdapat lebih sepuluh orang kesatria yang menunggang kuda jantan baka baik. Titah perutusan yang menyampaikan titah diraja sebentar tadi mengiringi mereka.
Di dalam kereta kuda.
Dahi Linley berkerut-kerut semasa dia berfikir. 'Hari sudah agak lewat. Tapi Raja Clayde tiba-tiba mengarahkan aku masuk menghadap ke istana. Kenapalah agaknya?' Bak kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah.
Linley baru sahaja membunuh Patterson. Kini, dia mendapat tahu Clayde telah mengarahkan Patterson menghantar orang untuk menculik ibunya. Dalam erti kata lain, terdapat permusuhan antara dia dengan Clayde.
Oleh sebab itu, Linley perlu sangat berhati-hati di sekeliling Clayde.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com