webnovel

Topeng Iblis

Editor: EndlessFantasy Translation

Shi Feng sedikit terkejut melihat siri pemberitahuan itu.

Sepuluh ribu EXP tidak dikira banyak bagi pemain Tahap 4 seperti dirinya. Dengan kenaikan sebanyak 27% dalam Tahap 4, dan masih jauh lagi untuk dia mencapai Tahap 5.

Sebaliknya, ganjaran yang satu lagi telah membuat matanya bersinar.

Dengan hanya membunuh seekor Iblis Elit yang sangat bodoh, dia mendapat jumlah Reputasi yang sangat banyak sebagai balasan. Shi Feng masih lagi tidak percaya.

Reputasi sangatlah berharga dalam Kawasan Tuhan. Terdapat beberapa Misi sahaja yang boleh menaikkan Reputasi pemain, dan Misi tersebut hanya memberikan bilangan yang sangat sedikit.

Apabila reputasi pemain cukup tinggi, mereka boleh menerima Misi bertahap tinggi yang biasanya tidak terbuka kepada mana-mana pemain. Pemain turut dibenarkan membeli barangan yang tiada dalam jualan, seperti Peralatan Gangsa, Posyen Istimewa, dan banyak lagi. pada masa yang sama, mereka kadang-kadang diberikan potongan harga sewaktu membeli barangan, dan NPC akan memberikan layanan yang baik terhadap mereka. Secara keseluruhan, banyak kelebihan yang dapat dinikmati dengan Reputasi yang tinggi.

Selepas Reputasi pemain mencapai satu tahap, mereka akan digelar Bangsawan.

Dalam Kawasan Tuhan, Bangsawan dikira berada dalam kelas yang diberikan hak keistimewaan, dan mereka dapat menikmati pelbagai kelebihan. Bangsawan juga menjadi satu simbol status pemain. Jika rakyat biasa membuat Bangsawan marah, akibat yang bakal dirasai sangat teruk. Satu kesalahan kecil boleh membuatkan pelaku itu dipenjarakan, manakala kesalahan berat boleh menyebabkan hukuman mati. Oleh itu, para pemain langsung tidak berani untuk menyinggung perasaan Bangsawan. Perkara yang paling parah, sekiranya Bangsawan memukul Rakyat biasa di dalam Kawasan Selamat, Pengawal akan tutup mata sahaja dengan kes itu. Inilah jurang kuasa antara status sosial.

Perkara ini juga yang membuatkan Shi Feng terkejut.

Sekarang ini, dia mempunyai gelaran Bangsawan di Bandar Daun Merah, dia boleh melakukan banyak perkara dengan mudah pada masa hadapan. Shi Feng kemudiannya terfikir berkenaan beberapa Misi tahap-tinggi yang hanya Bangsawan boleh ambil.

"Apakah fungsi Pemburu Iblis ini?" Shi Feng membuka Antara Muka Sistem, melihat kepada maklumat yang menjelaskan kegunaan gelaran Pemburu Iblis.

[Pemburu Iblis]

Seorang pahlawan yang berani dan juga pengusir iblis yang dihormati. Di mana sahaja kamu pergi, kamu akan memiliki status yang sama tinggi dengan Bangsawan. Kamu seorang malaikat maut yang digeruni oleh semua makhluk kegelapan. Dalam jarak radius 100-ela, raksasa kegelapan akan dikurangkan atribut mereka sebanyak 10%. Pada masa yang sama, kemusnahan serangan yang kamu keluarkan kepada raksasa kegelapan akan meningkat sebanyak 10%.

"Ini adalah mengarut, gelaran ini terlalu hebat," Shi Feng menjadi sedikit teruja selepas membaca pengenalan kepada gelaran Pemburu Iblis.

Jika seseorang yang tidak mempunyai sebarang kefahaman tentang Kawasan Tuhan, mereka pasti tidak akan memahami betapa pentingnya gelaran ini. Sama seperti anjing yang tidak tahu nilai seketul batu permata.

Shi Feng menjadi golongan Bangsawan hanya ketika berada dalam Bandar Daun Merah selepas Reputasinya mencecah 100 mata. Namun, gelaran ini terhad di Bandar Daun Merah sahaja. Selepas meninggalkan bandar, tiada siapa yang akan mengakuinya sebagai Bangsawan.

Sudah tentu, jika Shi Feng seorang Bangsawan Bandaraya Sungai Putih, dia akan diakui seluruh tanah pentadbiran di bawah jajahan takluk Bandaraya Sungai Putih. Gelaran mempunyai fungsi yang lebih luas. Jika dibandingkan dengan Bangsawan daripada Bandar, perbezaan antara dua Bangsawan ini jelas berbeza.

Sementara itu, Pemburu Iblis akan mendapat status Bangsawan di mana-mana kawasan. Ini bermakna, walaupun meninggalkan Kerajaan Bintang-Bulan, Shi Feng masih diakui sebagai Bangsawan dalam negara-negara lain. Perlu diketahui yang bukan semua negara rapat dengan negara luar. Ada juga beberapa negara yang menjadi musuh. Jika Shi Feng mahu membuat Misi di negara luar, dia perlu berhadapan dengan pelbagai kesusahan dan ada kalanya dia akan didiskriminasikan. Namun, dengan gelaran ini, dia tidak lagi boleh didiskriminasikan oleh mana-mana NPC. Inilah nilai sebenar gelaran Pemburu Iblis. Jika dibandingkan dengannya, menjadi Bangsawan di Bandar Daun Merah tidak perlu lagi diambil kira.

Shi Feng mengutip peralatan yang dijatuhkan oleh pendua iblis itu.

[Topeng Iblis] (Barangan Istimewa)

Selepas memakainya, pengguna dapat menyamar menjadi individu yang lain. Penyamaran ini tidak boleh dimusnahkan tanpa menggunakan kemahiran memerhati tahap tinggi.

"Memang betul barang yang berharga. 6 Syiling Emas yang aku belanjakan sangat berbaloi rasanya." Shi Feng menyimpan Topeng Iblis dengan gembira. Barang ini merupakan artifak yang penting untuk merompak rumah orang. Walaupun dia tidak akan berbuat seperti itu, tidak salah baginya menggunakannya kelak untuk tujuan yang lain.

"Pengembara, upacara telah tamat. Menjalankan upacara ini sangat melemahkan saya, jadi saya akan balik ke Bandaraya Sungai Putih untuk memulihkan kekuatan untuk jangka masa yang agak lama. Jika kamu ingin mendapatkan maklumat mengenai Kitab Injil Kegelapan, carilah saya di sana dan sediakanlah duit upah. Saya akan menunggu kehadiran kamu." Kini, Sharlyn kelihatan sangat menawan, kepintaran yang ditonjolkan sebelum ini telah hilang. Selepas menghabiskan kata-katanya, dia kemudiannya mengaktifkan Bulatan Merentas Jarak dan pergi ke Bandaraya Sungai Putih untuk memulihkan dirinya.

Shi Feng dalam diam sedikit terpaku sewaktu melihat wajah Sharlyn yang cantik itu pergi.

Upacara Titisan Bulan kali ini sememangnya tidak semudah sangkaannya dahulu. Jika tidak, Ketuhanan Rasmi, yang merupakan kerjaya Peringkat 3, tidak akan menjadi begitu lemah. Sedangkan Shi Feng dapat rasakan yang dia mampu mengalahkan Sharlyn ketika ini. Sesiapa sahaja dapat membayangkan betapa lemahnya Sharlyn.

"Lupakan,itu bukan urusan aku. Sekarang ini sumpahan telah dibuang, dan semua Atributku telah pulih seperti sediakala, aku sudah dapat menaikkan tahap dengan laju. Lagi cepat aku capai Tahap 10, lagi cepat aku boleh mengaktifkan Pintu Merentas Jarak ke Bandaraya Sungai Putih." Shi Feng mengangkat bahunya, tidak lagi kisah dalam hal berkenaan karakter agung. Karakter kecil seperti dia masih mempunyai banyak perkara untuk dilakukan. Untuk bangun daripada kosong, banyak perkara yang perlu dibuat. Lupakan sahaja hasrat untuk menyaingi Persatuan-persatuan itu. Tumpukan sahaja perhatian kepada Iblis Agung yang banyak membuatkan dia sakit kepala. Tiada masa untuk dia bersantai dengan mengambil kisah tentang perkara lain.

Selepas itu, Shi Feng bertolak dari Perpustakaan. Dia berjalan menuju ke Persatuan Tukang Masak untuk melihat kemajuan Langit Ungu.

Bandar Daun Merah, Kawasan Dagangan...

Selepas melangkah masuk ke dalam Kawasan Dagangan, Shi Feng menemui sesuatu yang tidak kena.

Sekarang matahari sudah pun terbit, secara logik akalnya pemain sudah keluar untuk menaikkan tahap. Tetapi, jalanan di sini sedang penuh dengan pemain yang sedang berbincang sesama sendiri. Kata lainnya, suasana di sini sangat meriah. Seperti ada sambutan perayaan sedang berjalan. Dari masa ke masa, Shi Feng dapat melihat beberapa pihak atasan Persatuan besar berlari di kawasan jalan, berteriak. Mereka memekik, "Membeli mata wang permainan; lagi tinggi nilai, lagi banyak kami akan bayar."

Jika pada waktu lain, Shi Feng tidak akan mempedulikannya. Namun, jalanan ini sedang dipenuhi dengan ramai pemain sedang membeli mata wang permainan. Sekarang, perkara ini menjadi suatu perkara yang pelik.

Apa yang sedang berlaku?

Pemain handalan daripada pelbagai Persatuan sedang membeli mata wang daripada pemian biasa secara terang-terangan. Berdasarkan alasan, Persatuan ini mempunyai kumpulan pengumpul duit mereka sendiri ataupun menandatangani kontrak dengan pakar pengumpul-duit. Dengan cara ini, mereka mampu memperoleh banyak mata wang permainan. Namun, tindakan mereka ketika ini bermakna mata wang permainan yang dibekalkan kumpulan pengumpul-duit mereka tidak mencukupi.

Asalnya, Shi Feng masih kecewa dengan masalah berkenaan Persatuan ini membelanjakan duit mereka. Kini, walau bagaimanapun, keadaan nampak seolah-olah dia telah membuat suatu perkara yang tidak patut dilakukannya.

Dengan satu lambaian jarinya, Shi Feng membuka Pusat Dagangan Maya. Dia mahu menyiasat syarat perdagangan buat masa ini.

"Tak mungkin, apa yang sedang berlaku ni? Semuanya telah dijual!" Shi Feng mendapat tahu yang baki 2 Emas 70 Perak yang didaftarkan itu telah habis dijual. Sekarang, lebih 15,000 Kredit dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Selepas itu, Shi Feng melihat pada syarat jualan pada mata wang permainan Kawasan Tuhan yang lain.

Kini, nilai tertinggi bagi 1 Syiling Perak telah mencecah 72 Kredit, manakala majoriti orang membelinya pada harga 68 Kredit. Harga semasa ini telah meningkat dengan ruang yang kecil.

Sewaktu Shi Feng sedang bergembira dengan jualan semua Syiling Emasnya, satu suara yang sedang mencarut datang dari arah belakangnya, membuatkan suasana baiknya tercemar.

"Bos, budak tak guna inilah orangnya. Kelmarin, saya nampak dia mengeluarkan 10 Syiling Perak dengan bersahaja. Dia pasti sedang kaya raya. Sekarang Persatuan kita sangat memerlukan duit, jika kita tidak membuat dia berdarah sedikit, tidak adil untuk saya yang telah dipenjarakan dengan lama," Hanyutan Darah berkata dengan senyuman yang kejam sambil menuding ke arah Shi Feng, sekumpulan pemain sedang ikut dia dari belakang.

"Budak hingusan, kau rupanya yang menyerang adik aku?" melihat tepat pada Shi Feng, orang yang dipanggil 'Bos' mendengus sewaktu bertanya.

Shi Feng berpusing ke belakang, keningnya dikerutkan selepas melihat lelaki itu.

Orang yang dipanggil 'Bos' sama saiznya dengan Cola. Dia mempunyai muka yang bengis, dan dia nampak seperti orang dalam lingkungan umur tiga puluh tahun. Dalam kehidupan lampau Shi Feng, dia pernah bertemu dengan orang ini. Seorang Pemain Pedang sama dengannya, orang di hadapannya ini bernama Singa Pedang Besi. Dia merupakan salah satu pakar handalan dalam Kesatuan Pertahanan, dan kekuatannya sangat berkuasa. Sewaktu ketika dulu, Persatuan mereka bergaduh untuk membunuh raksasa beberapa kali, dan Singa Pedang Besi telah membunuh Harimau Berapi sebanyak dua kali sepanjang konfrontasi itu. Singa Pedang Besi menyebabkan kumpulan Shi Feng menanggung kerugian besar, dan mereka tiada pilihan selain melarikan diri dengan kecewa.

Walaupun Menusuk Jantung dari Kesatuan Penyerang Hendap turut menanggung kekalahan di tangan Singa Pedang Besi. Semenjak itu, nama Singa Pedang Besi mula tersebar luas, menaikkan Kesatuan Pertahanan ke Persatuan peringkat-ketiga.

Shi Feng mahu berkata sesuatu, tetapi dia diganggu Singa Pedang Besi.

Singa Pedang Besi melihat badan Shi Feng yang kurus. Walaupun peralatan yang dimiliki Shi Feng sangat berkualiti tinggi, Shi Feng sendiri tidak mempunyai aura seorang pakar, dan lebih-lebih lagi, dia tidak mempunyai apa-apa Lambang Persatuan. Singa Pedang Besi mendapat tahu yang Shi Feng seorang pemain santai dan dia mesti membeli beberapa peralatan untuk menunjuk-nunjuk kekayaannya. Dengan segera, Singa Pedang Besi berkata dengan megah, "Budak kecil, disebabkan kau pukul anak buahku, bayar 20 Syiling Perak, dan hal ini akan selesai. Jika tidak, jangan salahkan pedang aku kerana bertindak kejam."

Próximo capítulo