Pada waktu awal pagi semua petani yang rajin sudah bangun ketika sinaran mentari menyinari Lembah White River.
Kawasan di Selatan sedang melalui musim sejuk. Sinaran matahari itu membawa sedikit rasa hangat walaupun masih lagi berada di pertengahan bulan Januari.
Biasanya musim ini paling bagus untuk menanam petola. Asalkan mereka menabur benih pada kawasan lapang ini, mereka mampu untuk menuai hasil makanan yang banyak selepas tiga bulan nanti.
Tetapi tahun ini sedikit berbeza.
Lord Marvin sendiri telah memberikan arahan kepada semua petani untuk menanam bendi.
Tiada siapa yang suka rasa bendi. Pada masa lalu para petani hanya akan memilih untuk menanam bendi ketika waktu kebuluran.
Sifat bagus tanaman ini ialah daya ketahanan ia.
Tetapi tiada siapa yang akan ingkar arahan Marvin di wilayah ini.
Pasti ada sebab kenapa Marvin memberikan arahan itu.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com