Selepas semua peralatan diagihkan, item yang tinggal hanyalah barangan LAIN termasuk [Kristal Mata Kemahiran], [Batu Aura Maju], beberapa biji [Batu Permata Tahap 8] dan beberapa buah buku kemahiran.
Zhang Yang tidak turut serta dalam membaling dadu untuk [Kristal Mata Kemahiran] dan [Batu Aura] kerana dia sudah ada terlalu banyak barangan itu.
"Hmm..? [Buku Kemahiran Aura] ini apa?" soal Wei Yan Er sambil dia mengangkay sebuah buku kulit berwarna merah.
[Buku Kemahiran: Aura Membakar]
Kegunaan: Mengajar anda kemahiran <Aura Membakar>.
Keperluan Kelas: NIL
Keperluan Tahap: 200
"Itu buku auralah. Dungu!" Zhang Yang mencubit pipi Wei Yan Er lalu berkata, "Baik, sesiapa yang telah memaksimumkan kemahiran aura mereka dilarang membaling dadu untuk ini. Bagi laluan untuk yang muda pula."
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com