Keesokan harinya, Zhang Yang bangun awal dan terus log masuk ke dalam permainan video kerana dia telah dipanggil oleh Wei Yan Er. Jadi, dia cepat-cepat menggunakan sekeping [Skrol Rentas Jarak] untuk merentas jarak ke Istana Ribut Petir dan tiba di pintu masuk istana itu seperti yang diarahkan gadis itu.
Budak kecil itu sedang duduk di atas Chocobo yang sangat berwarna-warni dan kegirangan jelas bermain di wajahnya.
Zhang Yang pula merenungnya tajam sambil tersenyum lalu bertanya, "Budak kecil, kau suruh aku cepat ke sini sebab kau mahu tunjuk 'Burung' inikah?"
"Mestilah tak!" Wei Yan Er cepat-cepat menggeleng kepalanya, tetapi senyumannya bertambah lebar lalu dia bertanya penuh semangat, "Apa pendapat kau? Cantikkan Bunga Kecil aku ini?"
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com