webnovel

"Ketua Persatuan, orang-orang Askar Upahan Pedang dan Api memenuhi skrin dengan teks merah di dalam Ibu Kota. Mereka mahu mencabar ketua dengan Kedudukan Penyelesaian Paling Sukar Terpantas mereka dan memperlekehkan kita!" kata seseorang di dalam saluran persatuan. Ketika itu, semua orang bercakap pada masa yang sama dan sukar untuk memahami isi mesej tersebut. Seseorang telah menghantar mesej peribadi kepada Zhang Yang dan memberitahu perkara yang sama berulang kali.

Zhang Yang menghantar mesej itu kepada ahli pasukannya dan mesej itu telah menimbulkan kemarahan mereka.

"Apa ni! Mereka ingat mereka kuat sangat setelah pecahkan rekod kedudukan terkini? Mereka sekadar ikut jejak langkah kita sahaja!" Han Gemuk berkata dengan marah.

"Hey, tank noob! Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Kita kena pecahkan rekod kedudukan yang baru dan tunjukkan pada mereka!" tambah Drizzler pula.

"Okey! Selepas kita bunuh Marzerway dan rampas semua set peralatan, malam ini aku akan rancang strategi dan kita akan pecahkan rekod kedudukan baru pada esok pagi!"

20 orang serangan dungeon Sayap Utama telah bermula pada tepat pukul 7.00 malam. Dengan berbekalkan peralatan dan daya tempur yang mahir, mereka berjaya membunuh Marzerway tanpa menggunakan skrol sakti dan merampas dua set peralatan Pahlawan bersama sebuah senjata dua belah tangan.

Kedua-dua set peralatan Pahlawan ialah perisai dada yang hanya boleh digunakan oleh Zhang Yang dan Drizzler. Selain daripada itu, Drizzler juga memiliki sebuah senjata dua belah tangan dan akhirnya dia boleh menandingi kerosakan yang dikenakan Zhang Yang.

[Perisai Dada Berani] (Perak Kelabu, Sut Perisai Berat)

Pertahanan: +12

Vitality: +48

Kekuatan: +24

Ketangkasan: +8

Keperluan Tahap: 20

Set Peralatan Berani (2/5)

[Tukul Kesatria Jatuh] (Perak Kelabu, Tukul Dua Belah Tangan)

Serangan Senjata: 343-405

Selang Masa Serangan: 3.6 saat

DPS: 104

Peralatan: Setiap serangan mempunyai 5% peluang untuk membuat sasaran berasa pening untuk satu saat.

Keperluan Tahap: 20

Setelah menyelesaikan Mod Sangat Sukar, Zhang Yang tidak terus membunuh Marzeway, tetapi meminta Bukit Besi melatih ahli persatuan lain yang boleh berlawan dengan mengetuai mereka dalam serangan dungeon.

Zhang Yang, Han Gemuk, Drizzler and Si Salji telah terputus dari permainan dan berjumpa di Pub Langit Biru seperti yang telah dijanjikan.

Zhang Yang sedang menunggu di pintu masuk kawasan kediaman apabila dia ternampak kehadiran Han Gemuk. Mereka cuba menahan teksi, tetapi kebanyakan pemandu tidak berani memberhentikan kenderaan mereka setelah melihat saiz badan Han Gemuk. Mereka takut dia akan merosakkan kereta mereka.

Han Gemuk berasa kecewa dan menjerit sekuat hati, malah menunjukkan jari tengahnya kepada pemandu-pemandu teksi yang lalu.

Akhirnya, selepas sepuluh teksi berlalu, seorang pemandu teksi yang baik hati tiba dan sudi menumpangkan mereka.

"Gemuk, kau perlu kurangkan berat badan!" Zhang Yang meletakkan telapak tangan di dahi dan menarik nafas lega.

Han Gemuk tidak mahu berfikir dua kali. "Bagaimana aku nak kurangkan berat badan? Ini identiti aku! Selain itu, kalau aku sudah kurus, macam mana kau nak panggil aku Gemuk lagi? Sudah tentu pelik nanti!"

"Baiklah, tetapi kalau kau semakin gemuk, perempuan mana yang berani untuk jadi teman wanita kau?"

Wajah Han Gemuk bertukar murung. Sebenarnya, tidak ada masalah untuk menjadi sedikit berisi, tetapi tidak ramai yang bersaiz badan sepertinya!

Bandar Suzhou tidak terlalu besar, asalkan tiada kesesakan lalu lintas, mereka akan sampai di mana-mana ceruk bandar dalam masa 20 minit sahaja. Mereka telah tiba di pintu masuk Pub Langit Biru tidak lama kemudian.

Mereka membayar tambang teksi dan berjalan masuk ke pub. Zhang Yang menghubungi Drizzler dan Si Salji menggunakan telefon bimbitnya. Drizzler memberi nombor telefon kepada Zhang Yang kerana mereka mungkin tidak mengenali antara satu sama lain dan melarang Han Gemuk mendapatkan nombor telefonnya. Dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila Han Gemuk telah merampas telefon bimbitnya dan mencatit nombor ketika mereka berada di dalam teksi?

Panggilan disambut, tetapi mereka akan sampai selepas mereka bersiap memakai baju.

Kedua lelaki itu mengambil tempat duduk terlebih dahulu dan memesan bir.

Seketika itu, seorang gadis cantik berkaki panjang yang seksi datang membawa bir. "Hey, jejaka tampan. Pertama kali di sini? Tak pernah nampak pun sebelum ini!" Berpakaian skirt pendek, stokin sutera berwarna hitam, berkasut tinggi dan baju tanpa lengan, dia mendedahkan buah dadanya yang montok dan perut yang rata. Tidak sempurna, tetapi kecantikannya lebih daripada yang biasa.

Han Gemuk segera masuk ke "mod serigala", melelehkan air liur dan merenung kaki gadis itu.

"Hehe, kami pertama kali di sini!" Zhang Yang menganggukkan kepalanya dan berlagak tenang untuk mengelak rasa janggal. Pertama kali dia di sini, tetapi dalam kehidupan lepasnya, dia sering berkunjung ke pub sebelum perasaannya betul-betul stabil. Selain itu, ramai gadis muda yang kesepian dan wanita moden berkerjaya yang cuba mendekati tubuhnya yang sasa dan berotot dan wajah tampan miliknya. Selamat untuk mengatakan yang dia tidak mempunyai rasa gugup ketika itu.

Pelayan wanita yang cantik itu melayan Zhang Yang dengan senyuman manis, dan memusingkan badan dan punggungnya yang mantap dan berjalan balik ke bar.

"Yang Kecil, kau sungguh bertuah kerana diminati oleh gadis cantik! Sudah tentu dia tertarik dengan kau! Jika kau mahu, sudah tentu kau boleh 'berseronok' malam ini!" Han Gemuk berasa sangat cemburu.

Zhang Yang ketawa. "Tidak! Gemuk, jangan-jangan kau telah jatuh cinta dengan Liu Jing?"

"Tak guna, itu cerita lama! Aku sudah lama putuskan hubungan dengan perempuan kaki kikis itu! Hehe Tapi dia mahir dalam seks oral dan aku telah lama rindukannya!" kata Han Gemuk sambil mengingati kisah lama.

"Hahaha!" Zhang Yang tidak dapat menahan diri dan ketawa dengan lebih kuat. "Aku kesiankan dia sebab dia kena cari kumbang kecil di bawah timbunan lemak. Penglihatannya sudah tentu 20-20!"

"Jahanam!"

Bau minyak wangi menusuk hidung apabila pelayan berkaki panjang itu datang kembali dan berjalan ke arah meja mereka. Dia dalam diam memberi nota kecil dan meraba lengan Zhang Yang dengan punggungnya yang mantap itu sebelum berpatah balik sekali lagi.

"Wah, biar betul!" Han Gemuk segera merampas nota kecil itu dan membaca, 'Aku habis kerja pukul 11.00 malam, tunggu aku!' Tak guna, Yang Kecil, aku sumpah kau pancut tak henti-henti dan terus tak dapat bangun!"

Zhang Yang ketawa sekali lagi. "Si Gemuk, kau cemburu dengan aku!"

"Bedebah, buat pertama kali aku sedar yang kau ada potensi untuk menjadi seorang gigolo! Baiklah, kalau aku jadi pengurus kau, aku akan carikan ramai wanita kaya sebagai pelanggan kau!" Han Gemuk sedikit licik.

Mereka menghabiskan bir sambil bergurau senda, tetapi Drizzler dan Si Salji masih belum munculkan diri. Zhang Yang menelefon mereka sekali lagi dan mereka masih dalam perjalanan ke situ.

"Lepaskan aku!"

Jeritan kecil kedengaran dari belakang mereka, membuatkan Zhang Yang dan Han Gemuk menoleh dan kelihatan pergelangan tangan pelayan berkaki panjang itu digenggam oleh seorang lelaki muda yang cuba berkelakuan tidak senonoh di meja sebelah sambil ditemani oleh tiga orang lelaki muda yang bertatu di seluruh badan mereka.

"Perempuan jalang, kau ingat kau boleh pergi begitu sahaja selepas menyimbah bir pada Abang Rambut kami?" Seorang lelaki muda sedang duduk bersilang kaki, menghisap rokok, dan matanya merenung susuk tubuh pelayan wanita itu.

Lelaki muda itu sedang menggenggam pergelangan tangan wanita apabila tangannya sebelah lagi tiba-tiba menampar punggung wanita itu lalu mengeluarkan bunyi tamparan yang kuat. Dia ketawa jahat dan berkata, "Kau berpura-pura untuk apa? Aku sentuh punggung kau, apa yang kau boleh buat? Kalau kau berani, simbah bir pada aku lagi! Kau sama seperti perempuan jalanan, dan kau masih berpura-pura suci? Percaya atau tidak, aku akan perkosa kau di sini sekarang!"

"Hahaha!" Empat lelaki itu ketawa tanpa belas kasihan dan salah seorang daripada mereka berkata, "Abang Rambut, bagaimana rasanya?"

"Lembut dan kenyal. Rasanya sangat hebat!" Abang Rambut masih memegang pergelangan tangan wanita itu sambil menghidu sebelah lagi tangannya dan berkata, "Masih melekat baunya! Tak guna, baunya sungguh mengghairahkan!"

"Hahaha!"

Pelayan wanita itu cemas dan menyimbah bir pada lelaki itu semasa dia cuba mencabulnya. Akan tetapi, dia tahu dia tidak mampu untuk melawan mereka, jadi dia hanya menahan penghinaan itu dan dengan rendah diri berkata, "Abang Rambut, kau seorang yang berfikiran terbuka. Tolong maafkan aku!"

"Baiklah!" Abang Rambut melambai tangannya dan seorang lelaki muda menghantar segelas arak kepadanya dengan pantas. Dia memberi gelas kepada wanita itu dan berkata, "Habiskan segelas arak ini dan aku akan maafkan kau!"

Pelayan wanita itu tidak berdaya. Dia memegang arak dan sedikit teragak-agak sebelum meminumnya. Mendongak ke atas, dia menghabiskan arak itu yang melepasi kerongkongnya dan menyebabkan dia tersedak dan batuk tanpa henti! Dia menterbalikkan gelas itu dan berkata, "Abang Rambut, puas hati sekarang?"

"Haha!" Abang Rambut menariknya lebih rapat secara paksa dan dia tidak mampu untuk berdiri tegak lagi, lalu terjatuh ke dalam pangkuan lelaki itu. Dia mahu meronta-ronta, tetapi badannya berasa sangat lemah. Dia mahu menjerit, tetapi dia tidak mampu mengeluarkan sebarang bunyi langsung! Dia semakin menghampiri mimpi ngeri, hanya mampu melihat dan mendengar, tetapi dia tidak boleh bercakap dan bergerak seperti sebuah boneka.

Ada yang tidak kena dengan segelas arak itu, fikirnya. Memandangkan dia yang menghantar arak itu kepada mereka, sudah tentu mereka yang meletakkan dadah ke dalam minuman sebelum memberikan gelas itu kepadanya!

Dia telah membayangkan apa yang akan dilakukan oleh empat orang lelaki itu kepadanya, hatinya sakit kerana dia tidak mampu bercakap. Dia hanya boleh memandang lemah ke arah lain sahaja.

"Sekarang, sekarang, adik, kau tidak sepatutnya banyak minum arak kerana kau mudah mabuk! Tengok, kau sangat mabuk sekarang!" Abang Rambut memeluknya, berpura-pura prihatin, dan berkata dengan kuat, "Mari pulang ke rumah!"

Mereka berempat memeluk dan merangkul pelayan wanita itu menggunakan tangan mereka lalu berjalan keluar dari pub. Mereka berlakon seperti tiada apa yang berlaku untuk mengelak dari disyaki di mana ia normal apabila ada orang mabuk di dalam pub.

Sebaik sahaja mereka keluar, mereka membawa pelayan wanita berkaki panjang itu ke lorong gelap.

"Abang Rambut, bukankah kita mahu pulang?"

"Mari berseronok dahulu. Aku tidak dapat tunggu lagi. Aku mahu melepaskan hajat aku terlebih dahulu!"

"Abang Rambut, bentuk tubuh wanita ini sangat cantik. Kaki panjang, dada montok, dan punggung seksi. Sudah tentu seronok kalau aku melakukan hubungan seks dengannya!"

"Apa yang kau risau? Selepas aku, semua orang berpeluang untuk mencuba!"

Mereka berempat pergi ke lorong gelap dan meletakkan pelayan wanita tersebut di atas tong sampah dan mengoyakkan pakaiannya.

"Oh, kalau setiap orang ada peluang, jadi kami berdua patut sertai kau semua!"

Nada mengejek datang dari belakang mereka membuatkan mereka berempat terkejut.

Abang Rambut segera menoleh dan dalam samar-samar cahaya lampu jalan itu, dia nampak seorang lelaki berbadan besar berdiri di situ sambil menyilang tangan di dadanya. Dia juga nampak satu susuk tubuh yang sasa berdiri di belakang tubuh besar itu.

Mereka berdua sahaja? Abang Rambut dan orang suruhannya tidak begitu risau apabila melihat mereka berdua sahaja. Salah seorang lelaki muda itu berjalan ke arah mereka dan berkata, "Kau akan hidup lama kalau kau tidak masuk campur dalam urusan orang lain. Lebih baik kau berambus dari sini!"

Lelaki gemuk berbadan besar itu adalah Han Guang. Dia mengetap gigi dan dapat melihat pandangan gelisah pelayan wanita tersebut di sebalik kumpulan itu. "Semasa aku masih seorang samseng, kau semua masih hingusan bermain pasir di taman permainan! Sudah lama aku tidak berlawan di jalanan. Macam mana kalau aku patahkan kaki setiap seorang kau dan membuatnya sebagai senaman untuk tulang aku!"

Próximo capítulo