Pertarungan dengan Shurian sudah begitu sukar dan semakin teruk apabila kini ia menjadi Berserk. Setiap hayunan pedang bagaikan kapal terbang terhempas dan ruang di sekeliling pedang seakan diputarkannya!
"Si Salji! Fokus sembuhkan aku!" jerit Zhang Yang.
Saat akhir pertarungan sangat penting, tetapi ia juga saat yang paling merbahaya. 'Aku menanti saat-saat ini. Jika tersilap satu pergerakan atau tersalah satu langkah, ia akan menjadi penamat buat pasukan!'
Zhang Yang mengosongkan mindanya dan fokus dalam mengelak setiap serangan bos!
'Mengelak!'
'Mengelak!'
'<Hadangan >!'
'-1,184!'
Hanya satu sahaja serangan yang terkena padanya telah membuatkan Zhang Yang kehilangan lebih 60% HP. Sekiranya dia menyerap kerosakan penuh termasuk 600 mata kerosakan Bayangan dan penurunan hujan, sudah tentu dia akan mati!
Si Salji berusaha sedaya-upaya. Dia sudah tidak peduli tentang menyelamatkan mata Mana atau masa. Apa yang dia tahu ialah dia perlu menyelamatkan Zhang Yang daripada terbunuh!
9%, 8%, 7%!
HP bos menurun, tetapi MP Si Salji turun lebih laju!
"Kita teruskan pertarungan! Tinggal 20,000 HP sahaja lagi! Ia hampir mati!" Zhang Yang menaikkan keyakinan mereka untuk memberi semangat kepada pasukan. Walaupun mereka berdiri kukuh dan tidak berada di ambang maut, mereka masih boleh merasakan tekanan hebat dan keletihan berbanding ribuan pertarungan yang lain.
Namun begitu, pertarungan ini semakin sampai ke penghujung dan penyerang boleh menarik nafas lega! Bos tidak lagi menjampi <Kawalan Bayangan> atau menyeru makhluk suruhannya. Asalkan mereka berjaga-jaga dengan hujan, mereka terkeluar daripada zon bahaya. Sebaliknya, penamat yang dahsyat akan berlaku jika Zhang Yang tidak sempat mengelak atau Si Salji lambat milisaat dalam menjampi penyembuhan kerana akibatnya, seluruh pasukan akan dihapuskan!
5%, 4%, 3%, 2%!
Tahap tekanan tidak pernah setinggi ini! Pasukan itu mengumpulkan seluruh kekuatan mereka yang masih tinggal untuk menamatkan pertarungan tersebut! Tiada seorang pun yang mahu gagal dalam perlawanan ini apabila bos itu hanya tinggal2% HP sahaja!
Tinggal 1%!
3,000!
2,000!
1,000!
589!
210!
0!
'Ding! Anda dan ahli pasukan anda telah berjaya membunuh Shurian. Memperolehi 80,050 mata Pengalaman (50 mata bonus pasukan)!'
Ketika notifikasi sistem berbunyi, bos terjatuh daripada kuda dan terhempas ke tanah. Kuda itu menghentak kaki dan meringkik semasa bulatan ajaib muncul dibawahnya dan satu pancaran cahaya gelap terpancar ke langit. Kuda itu terus lenyap tanpa jejak.
Drizzler yang kepenatan dan tercungap-cungap melutut ke bawah untuk berehat, tetapi sebaik sahaja melihat kuda itu lenyap, dia terus melompat dan meraung.
"Argh… kuda aku… bagi balik kuda aku!" Dia terus menerpa ke arah bulatan ajaib itu, tetapi sebaik sahaja dia sampai, kuda itu telah lenyap.
"Wuu…" Drizzler betul-betul menangis. Air mata mengalir deras di pipinya! "Aku nak kuda aku… Bagi *hic* balik kuda *hic* aku…"
Tidak ada lagi musuh yang tinggal untuk dikalahkan, sementara kabus hijau semakin menghilang dan terus lenyap, serta udara kembali bersih dan bebas daripada sebarang pencemaran.
Han Gemuk pergi ke arah Drizzler dan menenangkan gadis itu. "Adik Drizzler, jangan bersedih lagi. Sini, aku akan jadi kuda kau." Dia betul-betul merangkak seperti seekor kuda.
Melihat Han Gemuk sanggup berbuat begitu, Drizzler tidak dapat menahan diri daripada ketawa. Dia cuba sehabis baik untuk menjeling marah kepada lelaki itu. "Kau ingat aku budak kecil 3 bulan lagi ke?"
…
Siapa yang tidak akan berfikir sebegitu apabila melihat tahap tangisan dan raungannya?
Semua orang berfikiran yang sama, tetapi untuk mengelak daripada bertengkar dengan gadis itu nanti, mereka hanya mendiamkan diri.
Foosh!
Angin bertiup dan imej hantu seorang lelaki tua muncul secara tiba-tiba. Dia berdiri di awangan menuju ke arah pasukan itu dan memberi tunduk hormat sebagai tanda penghargaan.
"Aku berterima kasih kepada kamu semua kerana telah menewaskan syaitan tersebut!"
Semua orang keliru pada mulanya, tetapi mereka segera memandang ke atas dan membaca gelaran lelaki tua itu.
[Stark, Penduduk Kampung Rusa] (Normal)
Tahap: 1
HP: 0/50
Lelaki tua itu seekor hantu, tetapi ia merupakan sesuatu yang aneh bagi mereka, tetapi apabila NPC itu menghabiskan kata-katanya, tanda soal berwarna kuning muncul di atas kepalanya!
"Cabaran NPC!?" Masing-masing saling bertukar pandangan yang sama dan segera membuka log cabaran lantas mendapati cabaran [Selamatkan Roh Penduduk Kampung] mereka telah dilengkapkan! Tiada seorang pun di antara mereka yang memahami apa yang sedang berlaku. Mereka ditugaskan untuk membunuh Necromancer Zac dan menyelamatkan roh penduduk kampung, jadi bagaimana cabaran tersebut telah lengkap sedangkan mereka telah membunuh bos yang sangat berbeza?
Zhang Yang berfikir sejenak dan berkata kepada hantu itu.
"Kami telah dihantar oleh seorang gadis muda bernama Emmy dari Kampung Rusa!"
"Apa?! Emmy?! Emmy kesayanganku!" Stark kelihatan terkejut dan gembira dalam masa yang sama. "Bagaimana keadaan dia? Adakah dia masih hidup?!"
Zhang Yang menggeleng kepala, "Tidak, ia sangat menyedihkan. Dia sudah mati."
Stark menundukkan kepalanya. Ternyata dia berasa sangat sedih kerana wataknya beransur hilang kemudian muncul kembali berulang kali. Selepas itu, dia mengangkat kepala dan berkata.
"Pahlawan! Kamu telah melakukan perkara yang sangat berani dan luar biasa! Aku tidak boleh meminta banyak daripada kamu, tetapi tolong, aku masih ada satu permintaan lagi buat kamu! Kamu mesti selamatkan roh penduduk kampung. Masih terdapat beberapa perangkap yang dipasang oleh Necromancer yang jahat itu. Dia seorang... Dia seorang yang penuh kegelapan… semua tentangnya teramat jahat! Dia akan lakukan sesuatu terhadap penduduk kampung yang tidak berdosa dan membuatkan keadaan mereka lebih teruk daripada neraka!"
'Ding! Anda telah melengkapkan cabaran cerita utama: Selamatkan Roh Penduduk Kampung. Memperolehi 50,000 mata Pengalaman! Anda telah memperolehi ganjaran: Tuah +1.'
'Ding! Stark ada cabaran untuk anda: Memburu Penjahat Necromancer Zac. Adakah anda menerima cabaran ini? Cabaran ini ialah cabaran cerita utama. Lengkapkan cabaran untuk menerima ganjaran yang lumayan!"
"Argh… Ia masih berlanjutan! Berapa lama lagi cabaran misi utama ini hendak tamat?" Han Gemuk merungut.
"Oh, baiklah. Jangan bertengkar untuk perkara mudah. Terima cabaran itu terlebih dahulu!" Walaupun kata Zhang Yang itu muktamad, dia juga tidak berapa senang dengan panjangnya cabaran ini.
Stark berterima kasih kepada pasukan tersebut dan meninggalkan tempat itu dan ia mungkin menuju kepada roh anak perempuannya supaya ia dapat berehat dengan tenang.
[Memburu Penjahat Necromancer Zac] (Tahap kesukaran: A)
Keterangan cabaran: Setelah anda menjejaki Penjahat Necromancer Zac, lihat sama ada anda dapat menyelamatkan roh-roh yang telah dipenjarakan oleh penjahat ini!
Perkembangan: Menjejaki Penjahat Necromancer Zac 0/1
"Semua ini tiada penamat! Peta permainan terlalu luas! Bagaimana kita hendak mencarinya tanpa sebarang petunjuk?' kata Han Gemuk.
Zhang Yang membalas, "Kita akan ketepikannya untuk sementara waktu, mungkin ada petunjuk yang telah disebut di dalam cabaran lain! Selain itu, cabaran tersebut mahu kita mencarinya sahaja, bukan membunuhnya. Lagipun, tahap kesukaran cabaran adalah A, ini bermakna tahap tempat yang perlu kita cari mesti lebih tinggi daripada tahap kita sekarang! Dan selain itu juga, kita ada atribut Tuah sebagai ganjaran! Kita tidak kehilangan apa-apa di sini!"
1 mata atribut Tuah sebenarnya tidak memberikan apa-apa makna, tetapi dengan pengumpulan yang cukup, ia akan menunjukkan keberkesanannya secara semula jadi!
Han Gemuk tidak menyukai jawapan yang diterimanya dan merungut sendirian.
Zhang Yang ketawa.
"Memandangkan kita telah kalahkan bos Perak Kelabu, boleh kita dapatkan ganjaran kita sekarang?"
Semasa Zhang Yang menyebut perkataan "ganjaran", Drizzler kelihatan sedikit bersemangat dan dia terus merampas peluang untuk membuka bangkai itu.
"Aku punya! Aku akan bukanya! Bagi aku! Bagi aku!"
[Athena, Busur Tulang Putih] (Perak Kelabu, Senjata jarak jauh)
Serangan senjata: 306-366
Selang masa serangan: 2.8 saat
DPS: 120
<Soket 1 Tahap>
<Soket 1 Tahap>
Kesan diperolehi: Meningkatkan 1% peluang kritikal.
Keperluan tahap: 30
"Hebat! Senjata ini adalah OP!" Han Gemuk segera melupakan kehampaannya tentang panjangnya cabaran tadi dan terus teruja melihat busur baru yang telah muncul.
"Zhan Yu. Apa kegunaan soket ini?" Ratusan Tembakan menyoal.
"Soket itu untuk peningkatan Batu Permata. Terdapat pelbagai jenis Batu Permata, seperti Batu Permata Ketangkasan, Batu Permata Kepintaran, dan banyak lagi. Kau boleh pilih untuk memiliki pelbagai jenis peningkatan! Jika kau meletakkan +10 Batu Permata Kepintaran ke dalam slot yang tersedia, kau akan mendapat 10 atribut Kepintaran tambahan. Batu Permata ada 8 peringkat. Slot tahap tinggi boleh diisi dengan Batu Permata tahap rendah, tetapi tidak sebaliknya." Zhang Yang memberikan penjelasan.
"Batu Permata tahap rendah boleh dibeli di Kedai Permata di ibu kota. Batu Permata tahap tinggi boleh diperolehi melalui menewaskan bos, melengkapkan cabaran cerita utama, cabaran tersembunyi, atau memecahkan rekod Mod Paling Sukar!" Zhang Yang menambah.
"Abang Ratusan Tembakan! Kali ini aku akan berlawan untuk mendapatkan barangan ini. Aku tidak akan melepaskannya begitu sahaja! Mari melontar dadu!"
"Kau dulu!" Ratusan Tembakan membalas.
Ratusan Tembakan, 78 mata.
Han Gemuk, 3 mata.
"Hahahahahaha!" Drizzler ketawa berguling-guling di lantai."Gemuk Miang! Sekarang kau rasa macam mana rasa karma!"
Han Gemuk ketawa. Dia tahu ada peluang lain untuknya mendapatkan item tersebut apabila bos itu hidup semula.
Ratusan Tembakan menyimpan busur di dalam inventorinya kerana dia boleh menggunakannya apabila dia mencapai Tahap 30.
Drizzler tersenyum sinis.
"Hehehe! Tangan aku sangat bertuah, bukan!"
"Hmph! Kalau begitu, jika kau membuka apa sahaja yang lebih rendah daripada Perak Kelabu, kami akan potong tangan kau!" Zhang Yang mengangkat keningnya.
"Ish… Kau ini paling hina!" Drizzler memuncungkan bibirnya seakan mengaku kalah. Dia menghulurkan tangannya semula untuk membuka bangkai itu.
[Rantai Tulang Putih] (Perak Kelabu, Rantai)
Vitality: +18
Kepintaran: +9
Semangat: +3
<Soket 1 Tahap>
Kesan diperoleh: Setiap kali anda mengenakan jampi, akan ada peluang tetap untuk meningkatkan 100 serangan ajaib. Bertahan selama 10 saat. Kesan tidak boleh bertindih.
Keperluan tahap: 30
"Kakak! Kau sangat bertuah kerana kau seorang sahaja yang menggunakan kuasa ajaib. Tiada siapa yang akan berlawan dengan kau demi peralatan jenis ajaib!" kata Drizzler. Terdapat nada cemburu dalam suaranya.
Si Salji tersenyum manis, tetapi apabila Drizzler berkata seperti itu, senyumannya semakin melebar.
[Permata Huru-hara] (Boleh digunakan)
Kegunaan: Meningkatkan inventori anda kepada 10 slot secara tetap.
"Meningkatkan saiz inventori! Benda ini sangat berguna!"
"Yeah. Mari kita melontar dadu untuk mendapatkannya!"
Semakin banyak mereka memperolehi item yang luar biasa hebatnya, semakin mendalam kefahaman Zhang Yang mengapa semakin banyak persatuan yang memenuhi tempat ini. Lombong harta ini menjadi lebih baik!
Setiap orang melontar, tetapi Si Salji akhirnya memperolehi item tersebut dengan markah penuh 100 markah.
[Buku Kemahiran: Pencerobohan Vanguard] (Buku Kemahiran)
Kegunaan: Mengajar anda Pencerobohan Vanguard.
Keperluan: Penjaga, Pembela.
"Huh? Tank sahaja?" Semua orang segera menggesa Zhang Yang untuk mempelajari kemahiran itu dan mendedahkan keupayaan kemahiran tersebut.
Zhang Yang terkejut dan gembira. Dia sentiasa mahu memiliki kemahiran ini dalam kehidupan lepasnya dan dia tidak pernah terfikir yang ia akan muncul di sini!
Setiap kali bos kawasan dibunuh buat pertama kali, kuantiti item dan kadar pengguguran menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Setelah bos tersebut hidup kembali dan dibunuh buat kali kedua, kadar pengguguran akan menjadi normal semula.
Dia mengutip buku itu dan mempelajari kemahiran di dalamnya, lalu menghantar keterangan kemahiran di dalam saluran pasukan.
Pencerobohan Vanguard: Menjampi 3 x 3 meter halangan perlindungan. Setiap sekutu di dalam halangan ini akan menerima pengurangan kerosakan sebanyak 90%. Walau bagaimanapun, penjampi akan menerima peningkatan 100% kerosakan. Berterusan selama 10 saat.
Tempoh bertenang: 10 saat.