webnovel

Roh Api Farr

Editor: EndlessFantasy Translation

"Kemahiran ketiganya dipanggil <Aliran Lahar>." Zhang Yang terus menerangkan kemahiran bos tersebut. "Setelah ia diaktifkan, lapan aliran lahar akan mengalir dalam satu corak tertentu dengan bos itu di tengah-tengahnya. Lahar itu akan terus mengalir selama 30 saat, jadi jangan lupa elak! Sesiapa yang terpijaknya akan mengalami 500 mata kerosakan!"

"Hmm, bunyi seperti mudah. Kita pasti boleh lakukannya selagi kita dapat mengelak lahar itu!"

"Kemahiran keempat…"

"Bedebah, ada kemahiran keempat?! Yang Kecil, tolong habiskan ayat kau! Janganlah buat kami tertanya-tanya!"

Zhang Yang tertawa melihat reaksi Han Gemuk.

"Kemahiran keempatnya agak mudah. Bos ini akan mengalami peningkatan kerosakan 50% dengan setiap kematian ahli pasukan. Jadi kita semua kena terus hidup walau apapun terjadi! Pendek cerita, terus hidup dan jangan mati!"

"Jom!"

<Serangan >!

"Ho! Dari mana datangnya serangga ini? Berani kamu semua masuk kawasan aku! Hmph! Roh Air dan Roh Tanah tak guna! Bagaimana mereka boleh biarkan serangga ini semua terlepas?"

Farr yang kebal dengan kesan pegun <Serangan > mengangkat dan menghayun penumbuknya yang berapi ke arah Zhang Yang. "Hahaha! Aku akan bakar jiwa kau hingga ia masuk ke jurang kegelapan! Rasakanlah sesat selama-lamanya tanpa jalan kembali!"

"Yang Kecil, aku saja yang rasa begini ataupun bos ini memang banyak bercakap?" Han Gemuk bertanya sambil melepaskan anak panahnya.

"Ya, aku pun rasa begitu! Zhan Yu, bos ini sebenarnya sama seperti kau! Sangat menjengkelkan!"

Drizzler menggunakan <Serangan > untuk meluru ke hadapan bos dan mula menetak dan mencederakan ia. Raut wajah Drizzler jelas menunjukkan betapa terujanya dia apabila dia melihat teks kerosakan tinggi yang muncul bertubi-tubi. 

'Hmph, kalau aku diam saja, kau ingat kita boleh sampai ke tahap ini?

Soalan ini terdetik dalam hati Zhang Yang dan dia terus tersenyum tawar. 

"Faktor kesukaran sesetengah bos bergantung kepada serangan dan kemahiran mereka. Bagi yang lain-lain, mereka ada cara tersendiri untuk menjengkelkan pemain, seperti bos ini yang suka mengarut untuk menjatuhkan pemain!"

Han Gemuk tertawa. "Huh? Mengarut? Boleh ke mereka buat begitu?"

"Ya, tengoklah nanti! Ini kali pertama kita berdepan dengan bos yang suka mengarut!"

Sementara mereka seronok berbual, Zhang Yang telah mendapatkan 5 tindanan <Pelumpuh Pertahanan> dan membuatkan bos yang lemah itu lagi bertambah lemah.

"Manusia tak guna! Aku akan gunakan apiku untuk membakar kalian menjadi daging bakar dan aku akan nikmati kalian sebagai makan malamku!"

Roh Api Farr mula menjampi <Tembakan Api>. Tiga saat kemudian, sebiji bebola api dibaling tepat ke arah Zhang Yang. Dia tidak sempat menghadang atau mengelak dan terkena serangan itu. Dalam masa yang sama, teks kerosakan '-800' muncul di atas kepalanya.

"Haha! Manusia bodoh! Apa rasanya dibakar hidup-hidup?" Roh Api Farr kemudian terus menukar serangannya kepada serangan penumbuk berapi. "Mungkin aku patut simpan tengkorak kamu semua untuk dijadikan meja! Itu hiasan terbaik untuk istana aku ini!"

Selepas beberapa serangan penumbuknya, Roh Api Farr mula membaca jampi <Tembakan Api>. Ia yang merupakan raksasa kelas Ahli Sihir sudah tentu akan mengutamakan serangan kuasa ajaib sebagai serangan utamanya.

Boom! Sebiji bebola api sekali lagi melayang dan terkena pada Zhang Yang.

"Mustahil! Kau, seorang manusia biasa, boleh menahan serangan hebatku! Tidak! Kenapa kau masih hidup?! TIDAK! Kau mesti mati! Kau mesti mati SEKARANG!" Roh Api Farr menggeram dengan kuat.

'Ding! Roh Api Farr keberangan!'

'Ding! Roh Api Farr telah melepaskan <Hentakan Belakang>!'

Sebuah tembok berbentuk bulatan muncul dengan Farr di tengah-tengahnya. Tembok itu kemudian meletus dan menghentak Zhang Yang dan Drizzler sehingga mereka tertolak ke belakang sambil meninggalkan kesan melemahkan ke atas mereka. "Makhluk bodoh! Aku tidak akan berlemah lembut lagi!" Roh Api itu terus menjampi satu lagi <Tembakan Api> dan mensasarkannya ke arah Zhang Yang.

Han Gemuk sudah tidak boleh membendung perasaannya lagi. "Apa ini?! Bos ini memang suka bercakap… banyak!"

Zhang Yang ketawa sinis, "Haha, karut belaka! Ini dikira sebagai satu cabaran. Selepas kita berdepan dengan beberapa bos seperti ini, kita akan terbiasa dengannya. Tapi, kau tak akan naik berang dengan komputer, bukan?"

Si Salji yang selama ini cuba bertahan akhirnya berang. "Boleh tak kau semua bunuhnya sekarang?! Aku dah tak larat ni!"

Roh Api Farr memerhati pasukan itu selepas ia menjampi <Tembakan Api>. "Hmph! Kalian yang hanya bersembunyi dan menyerang hendap, aku akan bakar kamu semua!"

Woosh! Lapan aliran lahar mengalir daripada jasad bos itu ke semua arah di segenap medan pertempuran. Han Gemuk dan yang lain-lain berjaya mengelaknya walaupun hampir terkena, tetapi penyerang jarak dekat langsung tidak mempunyai masa mencukupi untuk mengelak. Mereka hanya bernasib baik kerana <Aliran Lahar> bos itu tidak mensasarkan pemain tertentu. Lahar yang mengalir daripada jasad bos itu melepasi Zhang Yang dan Drizzler, tetapi ia membuatkan mereka kaget!

90%, 80%, 70%... HP bos itu menurun mendadak. Memandangkan ia banyak bercakap, pasukan tersebut bertungkus-lumus menyerang dan melepaskan tembakan dan mungkin lebih daripada itu kerana mereka mula berasa menyampah dengan kata-kata bos yang mengarut itu.

"Manusia tak guna! Jahanam kau semua!" Roh Api Farr meraung kesakitan selepas ia diserang. "Biar api ini menghapuskan kamu semua!" Bos itu menggunakan <Hentakan Belakang> sekali lagi dan meletuskan tembok api ke semua arah lantas hampir membunuh Zhang Yang yang hanya tinggal lebih kurang 600 HP.

"Nasib baik bos ini tak menyumpah bakal anak aku atau sesuatu seperti itu. Kalau tak, aku pasti mengamuk!" Han Gemuk berkata sambil menarik busur dan melepaskan anak panah dengan riang.

"Si Kurus dan Kacak, kau telah menembak hampir setengah hari, tapi tiada satu pun yang terkena! Inikah namanya seorang lelaki?"

Itu pencetusnya. Han Gemuk tiba-tiba berhenti menyerang dan mendekati bos itu dengan berang! "Siapa kata aku tak boleh tembak mengenai sasaran?! Orang panggil aku 'lelaki dengan 7 tembakan'! Aku boleh tembak mengenai sasaran dalam masa 5 minit! Hmph! Aku tak boleh menembak? Aku tembak muka kau!"

"Hei, sabarlah, abang miang!"

"Lelaki menggatal!"

"Gemuk, kau dah dedahkan rahsia kau!"

Lantas Han Gemuk tersedar yang dia telah dipermainkan oleh sebuah komputer! Bagaimana dia boleh biarkan dirinya diperdaya sebuah komputer hingga dia hilang sabar?

"Haha! Gemuk, aku rasa kau dah rosakkan nama baik kau!" Zhang Yang tertawa dengan kuat.

"Oh, pergi jalanlah!" Han Gemuk berasa sangat marah ketika itu. "Bos ini sama miang dengan aku!"

"Merepek! Kau saja di sini yang berfikiran kotor begitu! Bos ini menghina kemahiran menembak kau, bukannya cara kau… kau tahulah! Hei, Han Gemuk, jangan-jangan ada bahagian badan kau yang tertentu yang tak berfungsi dengan baik? Aku ada kenal seorang pegawai perubatan tua yang tinggal di lorong berdekatan…" Zhang Yang tidak dapat menahan diri daripada tergelak.

"Jaga tepi kain kau sendiri! Adik lelaki aku ini tiada masalah langsung!" Han Gemuk mempertahankan "kemahiran" dirinya.

Roh Api Farr kemudian mula menaikkan kemarahan Ratusan Tembakan, "Ratusan Tembakan, kau telah menembak hampir setengah hari, tapi tiada satu pun yang terkena! Inikah namanya seorang lelaki?""

Ratusan Tembakan yang tidak pernah hilang "sabar" kekal tenang dan langsung tidak terganggu sambil terus melepaskan anak panahnya. 

"Nampak tak itu, Han Gemuk? Itu namanya gaya. Tenang seperti air di tasik!"

"Ish! Ratusan Tembakan, kau cakap betul-betul, berapa umur kau sebenarnya?" Fatty Han bertanya.

Ratusan Tembakan tersengih sebelum dia menjawab, "30!"

"Kalau kau berumur 30, kau akan ada masalah itu. Kalau kau berumur 40, kau tak akan boleh lari daripada terfikirkan benda itu! Ini bukannya gaya, itu satu fakta! Aku tak akan ada masalah dalam melepaskan tembakan!"

Dengan terbangkitnya isu tersebut, setiap lelaki di situ ingin mempertahankan diri masing-masing. Ratusan Tembakan tersenyum dan berkata, "Mengikut kata isteri aku, aku langsung tiada masalah dengan adik lelaki aku ini. Kalau ia satu masalah pun, sebenarnya ia bukan satu masalah!"

"Mengarut semua itu!"

Kedua-dua Zhang Yang dan Han Gemuk terkejut dengan komen Ratusan Tembakan dan mereka tertawa dengan kuat.

"Hei, kau semua ini nak bertarung atau tak?!" Drizzler menjerit kemarahan. Dia sudah tidak mampu menahan sabar kerana dia langsung tidak memahami apa yang mereka katakan dan bukannya kerana perbualan kotor tentang hal peribadi mereka itu! Memandangkan dia tidak memahaminya, jadi, tiada gunanya pertengkaran mereka!

"Drizzler! Adakah kau sedang mengurut aku? Kalau begitu, sia-sia saja! Aku tidak merasa apa-apa langsung!" Roh Api Farr menoleh dan menunjuk ke arah Drizzler sambil terus mencemuhnya. "Aku akan ratakan kau!"

"Huh? Rata? Dada rata? Kau panggil aku dada rata!?" Sukar untuk mereka mengelak daripada terhibur dengan cara Drizzler mentafsirkan cemuhan tersebut. Daripada perkataan "rata" kepada "dada rata". Namun, Si Drizzler yang keberangan itu terus naik hantu dan menyerang dengan lebih ganas!

Han Gemuk tertawa dan berkata, "Memang seronok bertarung dengan bos ini!"

"Bos miang! Gemuk gatal!" Drizzler menyerang raksasa tersebut tanpa henti.

"Hei, hei, hei! Aku lelaki yang normal and serius!" Han Gemuk cepat-cepat membangkang.

"Manusia tak guna! Rasakan kemurkaanku!"

Lahar mula mengalir sekali lagi dan menyebabkan seluruh pasukan melompat untuk mengelak seperti kucing dan anjing. Selepas pasukan itu kembali tenang, HP bos itu hanya tinggal 20%.

"Bos ini agak mudah untuk ditewaskan! Kalau bukan disebabkan benda mengarut yang dikatakannya, aku boleh bertarung dengannya bila-bila masa!"

Zhang Yang menggeleng kepalanya. "Kita ni cuma bernasib baik. Kita tidak terkena kombo <Tembakan Api> dan <Hentakan Belakang>! Yang itu satu kemahiran merbahaya!"

15%, 10%, 7%... HP bos itu terus menurun mendadak.

5%, 3%...

Boom! Satu <Tembakan Api> terkena pada Zhang Yang dan mengurangkan HPnya kepada 512 mata. Pada masa yang sama, bos tersebut membuka mulutnya dan berkata, "Kau telah membuat aku berang, manusia!"

'Ding! Roh Api Farr telah melepaskan <Hentakan Belakang>!'

'-600'

Zhang Yang serta-merta terbunuh dengan serangan tersebut.

'Ding! Pemain Zhan Yu telah mati!'

"Jangan berhenti! Bunuhnya! Bunuhnya!" Zhang Yang menjerit.

'Ding! Roh api Farr telah memperolehi kesan <Korban >. Semua serangan meningkat sebanyak 50%!'

"Haha! Jiwa yang menyelerakan! Aku boleh rasakan yang kuasa aku bertambah kuat!

Jasad Roh Api Farr bertambah besar. Memandangkan Zhang Yang telah terbunuh, bos tersebut menukar sasarannya kepada pemain dengan aggro kedua tertinggi iaitu Drizzler. Dia bernasib baik kerana bos itu tidak kerap menggunakan <Tembakan Api>. Jika Drizzler terkena <Hentakan Belakang> sekali pun, ia hanya akan menyebabkan 450 mata kerosakan dan dia boleh terbunuh dengan mudah menggunakan beberapa serangan normal sahaja. Ia tidak perlu menggunakan serangan <Tembakan Api> yang mempunyai 3 saat tempoh penundaan itu!

2%, 1%...

'-2250!'

Drizzler yang mempunyai kelemahan <Mudah Terbakar> itu lemah kepada serangan. Walaupun Si Salji boleh memulihkan sepenuhnya HP Drizzler, HPnya yang sebanyak 1200 dan sedikit itu hanya mampu menangani satu serangan daripada bos tersebut. Drizzler turut terbunuh tidak lama selepas itu.

'Ding! Roh Api Farr telah memperolehi kesan <Korban >. Semua serangan meningkat sebanyak 100%!'

"Indahnya perasaan ini! Kuasa aku bertambah kuat!" Roh Api Farr tertawa sinis dan menoleh ke arah Han Gemuk sambil menjampi <Tembakan Api>.

'1200.'

'950.'

'740.'

Bos itu hanya tinggal lebih kurang 1,000 HP!

'400.'

'143.'

-2000!' <Tembakan Api> sekali lagi dijampi. Han Gemuk tertewas.

'Ding! Roh Api Farr telah memperolehi kesan <Korban >. Semua serangan meningkat sebanyak 150%!'

Kali ini, bos itu tidak menjampi <Tembakan Api>. Ia meluru ke arah Ratusan Tembakan dan menyerangnya dengan serangan fizikal.

'-176!'

'-413!'

Ratusan Tembakan dan Si Salji melakukan serangan serentak ke atas bos itu.

"Tak, tak, tak! Ini tidak mungkin terjadi! Aku Dewa Api yang Abadi! Tiada sesiapa yang boleh membunuhku! Tidak…!" Dengan raut wajah yang terkejut, Roh Api Farr jatuh tewas.

'Ding! Anda dan ahli pasukan anda telah membunuh Roh Api Farr. Menerima 69,050 mata Nilai Pengalaman. (50 mata bonus pasukan)!'

Próximo capítulo