webnovel

Pembunuhan Solo

Editor: EndlessFantasy Translation

"Zhan Yu, berhentilah!" nasihat Ratusan Tembakan apabila dia nampak HP Dadarerda hanya menurun sebanyak 9%. "Kita buat sekali lagi. Kita semua sudah melaluinya tadi, jadi sudah tentu kita boleh bertahan lebih lama!"

Zhang Yang tersenyum dan berkata, "Biar aku cuba!"

"Cuba apanya! Kau ingat kau tu Tuhan yang boleh bunuh bos secara solo?" herdik Nasihat Bermaruah. "Aku akan sembah hormat kau tiga kali dan panggil kau datuk setiap kali aku jumpa kau kalau kau boleh bunuhnya secara solo!"

"Hmph! Aku tidaklah beruntung itu untuk menjadi datuk kau, aku tak nak mati sebab terlalu marah dengan kau!" Zhang Yang mengelak serangan bos itu dengan lincah sambil mengenakan kerosakan teruk kepadanya. Secara teknikal, kuasa kerosakan dia yang tertinggi dalam pasukan itu sebenarnya. Kalau dia melakukannya seorang diri, itu akan memanjangkan tempoh pertempuran kepada 2 hingga 3 kali ganda.

"Tanker noob! Jangan bazirkan masa kami lagi okey?" tambah Seluar Pendek Berbunga. "Setiap minit yang kau ambil sementara kami bersembilan menunggu di sini bersamaan dengan 9 minit yang terbazir. Kau tak akan dapat pulangkan masa yang terbuang itu!"

"Hei! Jangat ingat kau mewakili kami semua!" jerit Kematian Bersalji. "Aku yakin dengan Pelindung kita. Aku tak kisah tunggu di sini sekejap! Kalau kau takut masa tu terbuang, kau sendiri boleh bangkitkan diri kau semula!"

"Aku pun tak kisah tunggu di sini sekejap!" Ratusan Tembakan turut menyuarakan sokongannya pada Zhang Yang.

"Kamu semua ni celaka!" Bulu Dada Berapi hanya boleh menyumpah perlahan.

Walaupun empat ahli Megah ini asyik mencaci yang lain, tiada seorang pun antara mereka yang melepaskan jasad mereka! Dalam 'Keajaiban Tuhan', kalau pemain melepaskan jasad mereka sebelum tamatnya serangan dungeon pemain tidak akan boleh dibangkitkan semula dan menyertai serangan dan juga akan kehilangan peluang untuk membaling dadu untuk mendapatkan barang rampasan dari pertempuran.

Walau apapun yang bermain dalam fikiran mereka dan walaupun ahli Megah itu tiada langsung keyakinan pada kebolehan Zhang Yang untuk membunuh bos secara solo, tiada seorang antara mereka yang ingin melepaskan jasad mereka kerana takut kehilangan peluang! Jadi, daripada mereka lepaskan jasad mereka dan gagal memasuki semula dungeon, lebih baik mereka tunggu dan tengok dari tepi!

"Ding! Dadarerda menggunakan <Pit Lahar>. Berterusan selama 60 saat!"

….

"Ding! Dadarerda menggunakan <Pit Lahar>. Berterusan selama 60 saat!"

Medan pertempuran itu akhirnya telah mencapai bilangan maksimum pit api. Dengan ada 60 <Pit Lahar> di medan itu, ia sesuatu yang menakjubkan! Medan itu dipenuhi dengan cahaya api yang terang benderang! Pit-pit itu telah meliputi hampir separuh landskap di bahagian dalam gua yang besar itu!

"Ding! Dadarerba menggunakan <Semburan Api>!"

Dadarerda sekali lagi mula menyembur api.

Selepas <Pit Lahar> telah mencapai bilangan penggunaan maksimum dalam medan itu, <Semburan Api> menjadi ancaman terbesar yang memaksa pemain sentiasa bergerak. Medan yang dipenuhi pit lahar itu menjadi sesuatu yang sangat mencabar bagi pemain!

Zhang Yang hanya memerlukan satu pertiga tahap kelincahan untuk mengatasi keadaan ini. Ini sesuatu yang mudah untuknya. Kalau situasi ini memerlukan segala kemampuannya, bagaimana dia mahu menyelesaikan Mod Sukar dan Sangat Sukar nanti?

HP Dadarerba menurun sedikit demi sedikit dari 91% ke 66% dalam 3 minit!

HP Zhang Yang pula kekal 100% dan dia bergerak dengan rentak selesa dalam mengelak serangan bos itu. Dia kemudian menghayun pedangnya dan menurunkan HP bos itu.

"Hebat! Memang profesional!" Semua orang terpaku melihatnya.

Tiada sesiapa yang menyangka tahap Zhang Yang yang sebenarnya walaupun mereka tahu dia mempunyai kemahiran yang tinggi! Mereka akhirnya faham betapa hebatnya pemain profesional itu selepas melihat sendiri dengan mata mereka!

Dia membunuh bos secara solo!

Dia memang mampu membunuh bos secara solo!

Bukan! Dia bukan sahaja mampu membunuh bos ini, malah dia mampu menyerang seluruh dungeon Makam Bangar dalam Mod Normal ini secara solo! Satu-satunya perbezaan, satu pasukan akan mengambil masa lebih kurang sejam manakala dia seorang diri akan mengambil masa 3 jam!

Betulkah dia ni manusia?

Maharaja Api cepat-cepat mencari satu nama dalam Senarai Rakannya dan menghantar satu mesej peribadi dan berkata, "Ketua Persatuan, aku nak sampaikan sesuatu!"

Dia menerima jawapan tidak lama kemudian, "Penting ke? Pasukan aku tengah menyerang Makam Bangar dalam Mod Sukar ni!"

Maharaja Api menghidupkan alat perakam dan merakam Zhang Yang yang sedang bertempur dengan bos. Dia kemudian menghantar rakaman itu dan berkata, "Ketua, ini sangat penting! Bos kena tengok video yang aku baru hantar tadi!"

"Haha, budak ni. Kau bukan hantar video lucah lagi, bukan?" Jawapan itu dihantar serta-merta, menandakan sama ada dia telah membunuh bos atau mereka telah ditewaskan.

"Ketua Persatuan…" Maharaja Api menegaskan yang dia tidak bersalah.

"Eh?" Pemain di hujung talian itu menghidupkan perbualan suaranya dan dia jelas kedengaran terperanjat, "Hei! Diam sekejap, Aku tengah bercakap dengan Api ni!" Dia terdiam sekejap dan bertanya, "Maharaja Api, apa IGN lelaki ini?"

"Zhan Yu!" Maharaja Api menutup saluran pasukan dan menghidupkan perbualan suara dengan ketuanya.

"Hebat! Dia langsung tak terkena serangan. Ada banyak pit di medan dan dia sekali pun tak terpijak pit-pit tu! Hebat, memang pemain profesional! Walaupun ini Mod Normal, memang mengagumkan! Sebelum ni, dua kali kami ditewaskan bos ketiga itu dan kami hanya berjaya tewaskannya pada kali ketiga!" Pemain di hujung talian itu terdiam sekejap dan berkata, "Pemain ini tak ada dalam mana-mana persatuan?"

"Ya. Kalau tak, aku tak akan buat panggilan ni!" jawab Maharaja Api.

"Nanti tanya dia jika dia berminat sertai persatuan Syurga yang Hilang kita dan aku akan kurangkan sikit syarat kita! Hmm, berikan dia posisi Pegawai dan satu tempat dalam pasukan peneroka pertama kita!"

"Okey, faham! Oh ya! Ketua, dia beritahu kami yang dia mahu selesaikan Mod Sukar dengan kami nanti. Ketua nak sertai kami?" kata Maharaja Api.

"Hmm…Aku belum dapat tewaskan bos pertama di sini, jadi aku belum guna bilangan kemasukan aku lagi! Secara ringkas, aku boleh sertai kamu semua! Tapi, bukan ke pasukan kau dah penuh?"

"Ada 4 ahli Megah tak guna di sini. Kami nak singkirkan mereka selepas selesai Mod Normal!"

"Bagus, jaga 4 tempat untuk kami dengan Zhan Yu. Aku akan bawa Langit dan lain-lain untuk sertai kamu semua! Jangan ajak dia sertai kita dulu, biar aku yang cakap sendiri dengan dia bila aku sertai kau!"

"Baik!" Maharaja Api dengan mudah bersetuju.

Pada masa yang sama, HP Dadarerda menurun ke 21%, tetapi HP Zhang Yang langsung tidak berkurangan! Sekarang, tiada sesiapa meragui yang Zhang Yang memang boleh membunuh bos itu secara solo!

"15%!"

"10%!"

"7%!"

"4%!"

"3%!"

"2%!"

"1%!"

"Ding! Pasukan anda telah membunuh Dadarerda! Menerima 42,050 EXP (50 mata Bonus Pasukan)!"

Zhang Yang telah menerima semua EXP memandangkan watak yang telah mati tidak dapat menerima EXP. Ini telah meningkatkan palang EXP dengan mendadak hingga semua orang dapat menyaksikan peningkatan itu.

"Berjaya! Dia dah berjaya!" 9 pemain lain itu berkata pada diri mereka sendiri seperti mereka sedang bermimpi.

"Bangkitkan diri kau sendiri! Aku akan tunggu kamu semua untuk mengambil barang rampasan dari bangkai ini!" kata Zhang Yang yang tersenyum.

Namun, Nasihat Bermaruah telah melihat niat Zhang Yang dari sudut yang tidak elok dan berkata, "Rampaslah sekarang! Kami akan bangkit semula selepas pembahagian alat kelengkapan. Kami boleh bangkit semula di pintu masuk dan tak perlu lari dari sana ke sini!"

Kalau barang rampasan diambil semasa pembangkitan semula, pemain di luar dungeon tidak akan dapat membaling dadu untuk mendapatkan barang rampasan.

Zhang Yang tersenyum dan tunduk menyentuh bangkai itu.

[Tukul Besi Berat] (Besi Hitam, Tukul Besi Sebelah Tangan)

Serangan Magis: 8 – 12

Tahap Keperluan: 5

[Topi Tuan] (Besi Hitam, Perisai Kulit)

Pertahanan: +2

Tenaga: +3

Ketangkasan: +1

Tahap Keperluan: 5

[Seluar Kain] ((Besi Hitam, Perisai Kain)

Pertahanan: +1

Tenaga: +2

Kepintaran: +1

Semangat: +1

Tahap Keperluan: 5

Pasukan itu mula membaling dadu dan Kesedihan Lautan Berjaya memperolehi Tukul Besi Berat, manakala Kematian Bersalji mendapat Topi Tuan dan akhirnya Maharaja Api memperolehi Seluar Kain. Tiada seorang pun ahli Megah yang mendapat apa-apa!

Ini menggembirakan semua orang dan mengukir senyuman di wajah mereka kecuali ahli Megah yang berwajah sugul. Mereka kemudian melepaskan jasad mereka dan bangkit semula di titik kemunculan. 

"Hm, kita akan terus ke Mod Sukar selepas pulih. Jika ada sesiapa yang tak boleh ikut, boleh pergi!" kata Zhang Yang bersahaja. Dia sebenarnya tidak kisah sangat tentang alat kelengkapan Mod Sukar, tetapi kelengkapan terkini pasukan ini terlalu asas. Payah untuk mereka melepasi Mod Sangat Sukar kalau mereka tidak mendapatkan alat kelengkapan bersesuaian dalam Mod Sukar. 

Bersemangat ahli Megah itu memikirkan alat kelengkapan Besi Hitam Tahap 10 yang akan digugurkan dalam Mod Sukar! Jika dibanding dengan Mod Normal, semua barangan ini tidak berguna!

Semua ahli pasukan senyap yang menandakan tiada sesiapa yang ingin keluar.

"Ahli Megah, kamu semua boleh pergi!" kata Zhang Yang.

"Kenapa kami kena pergi?" Bulu Dada Berapi tiba-tiba menjerit. Memang jelas Zhang Yang pemain profesional. Kalau mereka mengikuti dia, mereka akan ada peluang untuk mendapatkan alat kelengkapan yang bagus!

"Tak ada sebab, aku tak suka tengok muka kau!" Zhang Yang menyingkir mereka tanpa berlengah lagi.

"Jahanam! Masukkan kami semula atau aku akan bunuh kau kalau aku jumpa kau lagi! Aku akan bunuh kau hingga kau balik semula ke Tahap 0!" Nasihat Bermaruah serta-merta menghantar mesej peribadi kepada Zhang Yang.

"Bro, kami masukkan kau semula sebelum ni. Kau tak boleh singkirkan kami begitu saja, bukan?" Seluar Pendek Berbunga cuba membuat Zhang Yang rasa bersalah.

Zhang Yang tidak membazirkan tenaga bercakap dengan mereka lagi dan serta-merta menyenarai hitam ahli Megah. Dia tidak akan menerima mesej peribadi dari mereka lagi mulai sekarang.

Dia membuka Tetingkap Carian Watak dan cuba mencari "Si Kurus dan Kacak" kalau-kalau Han Gemuk telah log masuk. Dapatan menunjukkan wataknya kebetulan berada di atas talian. Zhang Yang terus menghantar mesej peribadi menyatakan, "Budak Gemuk, Aku ni, Zhang Yang!" Satu permintaan untuk berkawan dihantar sekali bersama mesej itu.

Permintaan itu serta-merta diluluskan dan Si Gemuk Han menghantar jawapan, "Oh, aku baru 2 jam tidur dan kau dah sampai Tahap 10?"

Zhang Yang tertawa dan berkata, "Cukup membebel, cepat selesaikan cabaran asas untuk dungeon Makam Bangar! Abang kau nak bawa kau menyerang dalam Mod Sukar!"

"Si Yang Kecil, kau jangan lupa yang kau lahir 2 bulan selepas Abang Gemuk ni!" balas Han Gemuk dan dia terus berkata, "Baik! Aku selesaikan cabaran tu sekarang!"

"Pro, sekarang kita kekurangan 4 pemain, aku ada beberapa ahli persatuan yang nak sertai kita. Boleh ke aku masukkan mereka?" tanya Maharaja Api dalam mesej peribadi kepada Zhang Yang.

Zhang Yang berfikir sekejap dan berkata, "Aku ada seorang kawan yang akan sertai kita. Dia sedang selesaikan cabaran asas, jadi kau hanya boleh masukkan 3 pemain!"

"Baik!" jawab Maharaja Api dengan gembira.

Zhang Yang menyerahkan posisi Ketua Pasukan kepada Maharaja Api dan tanpa berlengah, dia telah menambah 3 pemain ke dalam pasukan mereka.

"Ding! Pemain Api Merah telah menyertai pasukan!"

"Ding! Pemain Hari Bayangan telah menyertai pasukan!"

"Ding! Pemain Salji Lembut telah menyertai pasukan!"

Próximo capítulo