webnovel

Mendaki Tahap dengan Pantas

Editor: EndlessFantasy Translation

Satu hayunan!

Zhang Yang tunduk dan mengelak serangan raksasa itu.

Kalau pemain lain menyaksikan adegan ini, tentu mereka akan menjerit, "Mustahil!" atau sesuatu seperti itu. Dalam permainan tradisional, Kadar Pengelakan ditentu oleh sistem. Walaupun pemain tidak dapat bergerak walau seinci sekalipun, pengelakan itu tetap akan muncul bila serangan itu terkena pada pemain.

Namun, sistem Kadar Pengelakan tiada dalam 'Keajaiban Tuhan'. Tetapi, ini tidak bermaksud pemain tidak dapat mengelak serangan daripada mana-mana raksasa atau pemain. Sistem ini percaya pada kebolehan pemain dan membenarkan mereka membuat keputusan sendiri. 

Jika reaksi pemain cukup tangkas, Kadar Pengelakan akan meningkat dengan ketara. Tetapi, reaksi semata-mata tidak akan menentukan Kadar Reaksi pemain. Faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan kadar pengelakan adalah Kelajuan Pergerakan yang dipengaruhi oleh Ketangkasan pemain. Semakin tinggi Ketangkasan, semakin tinggi Kelajuan Pergerakan. Sebab itulah tumpuan Zhang Yang pada Ketangkasannya meningkatkan bukan sahaja Kelajuan Pergerakannya, malah Kadar Kritikalnya! 

Ramai pemain pada masa itu tidak biasa dengan perubahan itu, malah sesetengah mereka langsung tidak menyedarinya. Hanya sebulan selepas rakaman pertarungan dimuatnaik ke dalam forum, barulah idea tentang Manual Pengelakan diketahui para pemain. 

Zhang Yang mengeluh perlahan. Pedang Pemula di genggamannya dihayun setiap 2 saat hingga Rage dia meningkat ke 30. Ini mengaktifkan <Serangan Rempuhan> Zhang Yang. Setengah minit kemudian, bayang-bayang itu berubah menjadi satu cahaya yang menandakan kekalahannya.

'Ding! Anda telah membunuh penduduk kampung yang tidak boleh mati. 200 Nilai Pengalaman (EXP) telah terkumpul'

'Ding! Anda telah menerima 5 kepingan tembaga! Anda telah menerima Kain x2!'

Dia tidak mendapat apa-apa item cabaran, tetapi itu tidak penting kerana dia masih lagi boleh mengumpul Kain. Lagipun, sehingga kini, tiada lagi pemain lain yang mencuri hasil pembunuhannya! Situasi paling teruk bagi sesiapa yang yang sedang meningkatkan tahap mereka ialah apabila nisbah raksasa kepada pemain yang tidak sesuai. Tempat ini nampak seperti neraka, tetapi pada Zhang Yang, ini ialah syurga.

Selepas dia mengumpul barang rampasan, dia terus mengumpan raksasa itu satu persatu dan membunuh mereka. Di tempat di mana raksasa itu berkumpul, Zhang Yang tidak mengguna kemahiran <Serangan > kerana itu dengan mudah akan menarik lebih daripada dua raksasa. Berdasarkan kemampuannya, Zhang Yang boleh mengelak serangan serentak daripada tujuh belas raksasa pada masa yang sama dengan mudah. Tetapi, memandangkan dia tidak mempunyai serangan Kawasan Terkesan (AoE), dia tidak mahu membazirkan usahanya. 

Walaupun mengalahkan raksasa Tahap 4 itu mengambil masa, tetapi mata pengalaman yang diberikan tinggi. Dia mencapai Tahap 3 dalam masa lebih kurang 10 minit. Selepas dia menyalurkan PA kepada 4 ke Kekuatan dan 1 ke Ketangkasan seperti yang dilakukan sebelum ini, dia mengeluarkan pedang dan meneruskan hayunan.

'Ding! Anda telah memperoleh Kotak Hitam Misteri'

[Kotak Hitam Misteri] (Item Cabaran)

Penerangan: Satu magik rumit telah diukir pada kotak ini. Ia mengandungi satu aura purba jahat. Mungkin patut dibawa pulang kepada Hu An, Orang Tua Kampung untuk diperiksa!

Walaupun cabarannya telah selesai, dia masih tidak mahu meninggalkan kawasan peningkatan tahap itu. Memandangkan masih belum ada pemain lain menjumpai tempat ini, dia pantas melangkah dan terus grind.

Ada dua belas ruang keseluruhannya di situ dan setiap ruang mengandungi tujuh hingga lapan raksasa. Dia memusnahkan setiap satu mereka. Dia tidak mampu menyaingi kadar kemunculan raksasa itu bersendirian. Selalunya, raksasa baru akan muncul dalam ruang pertama selepas dia membunuh semua raksasa dalam ruang ketiga. Zhang Yang terus berlatih dan berlatih hingga dia mencapai Tahap 4 dan pemain kedua akhirnya tiba. Tidak lama selepas itu, pemain ketiga muncul dan diikuti pemain keempat.

Bila dia mencapai Tahap 5, ada dua puluh orang pemain di kawasan itu. Kadar kemunculan raksasa tidak mampu menyaingi bilangan pemain ini. Zhang Yang akhirnya puas hati. Dia melihat sekeliling dan tahu yang pemain dengan tahap 3 ialah pemain tahap tertinggi antara mereka. Dia telah memperolehi kelebihan besar mendahului mereka. 

Zhang Yang memeriksa Kain dalam inventorinya sambil menuju ke arah kampung. Ada 20 helai kain dalam satu timbunan dan dia ada 19 timbunan setengah yang boleh dijual mudah dengan nilai 18 syiling perak. 

Dalam 'Keajaiban Tuhan', seperti permainan tradisional lain, satu Syiling Emas bersamaan dengan 100 Syiling Perak dan 1 Syiling Perak bersamaan dengan 100 Syiling Tembaga. 

Zhang Yang memperolehi 3000 EXP dan sepasang sarung tangan berlapis putih selepas dia menyerahkan Kotak Hitam Misteri itu kepada Hu An, Orang Tua Kampung. Selalunya, cabaran di kampung pemula tidak akan mendatangkan ganjaran sebagus itu. Namun, sudah tentu ada pengecualian! 

Zhang Yang tiba di Kedai Tukang Jahit dan berjumpa dengan Annie, Tukang Jahit Perantis. Dia mempunyai tanda seru di atas kepalanya yang menandakan masih ada cabaran. 

"Pengembara Muda! Aku memerlukan Kain yang banyak untuk meningkatkan kemahiran <Menjahit > aku. Jika tidak keterlaluan, bolehkah kamu tolong kumpulkan Kain untuk aku?" Annie tersipu-sipu malu sambil memandang Zhang Yang seperti dia segan untuk meminta pertolongannya. Ciri yang begitu realistik ini membuatkan NPC seperti punya naluri hati. Ini juga salah satu ciri yang membuatkan 'Keajaiban Tuhan' permainan terhebat dalam sejarah. 

'Ding! Annie mempunyai satu cabaran untuk anda: Satu Pemberian Baik. Adakah anda menerimanya?'

Zhang Yang tersenyum dan memilih 'Terima'. Dia kemudian mengeluarkan satu timbunan Kain dan menyerahkan kepada gadis itu.

"Ah! Terima kasih banyak! Kamu seorang yang baik hati! Dengan Kain ini, aku pasti dapat memperbaiki hasil seni aku dan menjadi Pakar Tukang Jahit rasmi!" Annie berkata dengan bersemangat.

'Ding! Anda telah menyelesaikan cabaran: Satu Pemberian Baik. Anda mendapat 5000 EXP!'

"Pengembara Muda, sebagai tanda penghargaan atas kebaikan kamu, aku akan menjahit sepasang mantel untuk kamu! Aku hanya mampu menghasilkan Mantel Kulit Bulu Serigala Kasar, tetapi itu akan meningkatkan kebolehan kamu!" kata Annie sambil satu tanda seru muncul di atas kepalanya. 

'Ding! Annie mempunyai satu cabaran untuk anda: Penghargaan Annie. Adakah anda menerimanya?'

[Penghargaan Annie] (Tahap Kesukaran: D)

Penerangan Cabaran: Kebaikan dan kemurahan hati anda dihargai Annie. Dia telah mengambil keputusan untuk menghasilkan Mantel Kulit Bulu Serigala untuk anda. Tetapi, anda perlu mengumpulkan 10 Kulit Bulu Serigala dan 40 Kain sebagai bahannya. Kita tidak boleh membuat bubur tanpa beras, bukan?

Kemajuan: Kulit Bulu Serigala 10/10 Kain 40/40

Inilah sebab mengapa Zhang Yang mula dengan cabaran 'Musnahkan Serigala', untuk mendapatkan 10 Kulit Bulu Serigala! Tujuannya ke makam pula bukan sahaja untuk mengumpul Kain, malah untuk meningkatkan tahap. 

Cabaran Annie memerlukan pemain berada pada Tahap 5 sebelum ia tersedia. Jika bukan kerana dia Zhang Yang dan hanya pemain biasa yang bermain, mereka sudah tentu akan menjual Kulit Bulu Serigala mereka kepada watak bukan pemain (WBP). Walaupun mereka menyimpannya, mereka tetap tidak akan dapat mengumpul sebanyak itu

Apabila mereka telah mencapai Tahap 5 dan diberikan cabaran itu, mereka perlu pergi semula ke lokasi sebelumnya untuk membunuh lebih banyak serigala. Selain itu, berdasarkan bilangan pemain baru yang terlalu ramai itu, itu satu tugas yang mustahil. Tambahan pula, Kain hanya boleh didapati daripada raksasa berbentuk manusia dan bayang-bayang itu satu-satunya raksasa berbentuk manusia di kampung ini…

Zhang Yang telah merasai kesengsaraan itu sebelum ini kerana dia telah membazir banyak masa ke hulu ke hilir untuk menyelesaikan cabaran ini. Nasib baik pelayan itu telah beroperasi selama 2 tahun pada waktu itu. Seluruh Kampung Pemula itu kosong dan tiada sesiapa yang bersaing dengannya di situ. 

'Ding! Anda telah menyelesaikan cabaran: Penghargaan Annie. Anda mendapat 5000 EXP!'

'Ding! Anda telah memperoleh Mantel Kulit Bulu Serigala!'

Satu mantel hitam bersinar dan berkilat muncul dalam inventorinya setelah dia menyelesaikan cabaran itu. Inilah ganjaran setelah menyelesaikan cabaran dan juga alatan Besi Hitam pertama yang pemain boleh dapatkan daripada cabaran!

[Mantel Kulit Bulu Serigala] (Besi Hitam, Mantel)

Ketahanan: +2

Kekuatan: +1

Ketangkasan: + 1

Tahap Diperlukan: 5

Nota: Mantel ini sudah tentu dibuat oleh tukang jahit perantis. Mantel ini pelik, comot, dan tidak sempurna! Adakah ia meyakinkan?"

Selalunya, ada teks berwarna kuning yang dilekatkan pada alatan dan mengandungi kisah tradisional untuk tujuan penghayatan. Jika dilihat pada kisah tradisional untuk mantel ini pula, penciptanya pasti ingin mengenakan pemain dengan penerangan yang lucu itu!

Zhang Yang memandang Annie sekali lagi. Kali ini, tanda seru berwarna biru muncul di atas kepala perempuan pemalu itu! Dalam permainan ini, tanda seru berwarna biru menandakan cabaran berulang.

'Pengembara muda! Aku memerlukan Kain yang banyak untuk meningkatkan kemahiran <Menjahit > aku. Kalau tak keterlaluan, boleh kamu tolong kumpulkan Kain untuk aku?

Zhang Yang menyerahkan timbunan Kain satu persatu.

'Ding! Anda telah menyelesaikan cabaran: Satu Pemberian Baik. (Berulang) Anda mendapat 5000 EXP!'

'Ding! Anda telah menyelesaikan cabaran: Satu Pemberian Baik. (Berulang) Anda mendapat 5000 EXP!'

'Ding! Anda telah…'

Dengan kemunculan notifikasi sistem berulang-ulang kali itu, Zhang Yang mencapai Tahap 6 setelah dia menyerahkan timbunan Kainnya yang kedua belas. Tanda seru di atas kepala Annie akhirnya hilang.

Cabaran berulang ini hanya tersedia untuk pemain pada Tahap 5.

Zhang Yang telah mencapai satu tahap yang lebih tinggi dalam masa kurang seminit. Pada waktu ini, pemain lain mungkin masih lagi bersusah payah melepasi Tahap 2 atau 3. Jika mereka bernasib baik, mungkin mereka boleh mencapai Tahap 4. Memandangkan mereka terlalu ramai, mereka terpaksa bersaing antara satu sama lain dan tidak dapat mencukupi jumlah raksasa yang perlu dibunuh. 

Tanpa berhenti, Zhang Yang meninggalkan Kedai Tukang Jahit dan menuju ke arah dewan kampung. Dia berjumpa Farion, Pengajar Kelas Pahlawan di sana. 

"Ahh, menyedihkan betul, sebagai seorang Pelindung, kamu tidak ada perisai langsung? Kamu memalukan aku!" herdik pengajar yang nampak seperti dalam lingkungan usia 30-an dan hampir meludah ke tanah untuk menegaskan penyataannya. 

Itu memang tidak dapat dibantu. Walau dalam mana-mana kelas pemain Tahap 5 berada, mereka akan menghadapi keadaan memalukan ini. Contohnya, jika seorang Penyerang yang datang padanya, dia pasti akan berkata sesuatu seperti, "Ahh, ini menyedihkan, Sebagai seorang Penyerang, kamu hanya ada senjata buruk seperti itu. Kamu nak jadi pemotong kayu?"

Dan waktu inilah pemain akan menerima Cabaran Kelas pertama dan ganjaran berbentuk senjata Besi Hitam mengikut kelas!

"Dengan nama Tuhan Peperangan dan seterusnya, kamu akan diuji. Selepas itu, barulah aku akan pertimbangkan sama ada aku akan melatih kamu atau tidak!" Jelas terlihat kebencian di wajah Pengajar Farion sambil menyerahkan sekeping kertas kepada Zhang Yang. "Budak baru, jangan datang semula pada aku selagi kamu belum selesaikan tugasan yang tertulis di kertas itu!"

'Ding! Anda telah menerima cabaran: Pertandingan Pahlawan.'

[Pertandingan Pahlawan] (Tahap Kesukaran: C)

Penerangan Cabaran: Penuhi permintaan Farion! Budak baru, anda mesti menjadi pahlawan sejati!

Kemajuan: Bijih Besi 3/200

Apa yang akan berlaku seterusnya bergantung pada nasib! Bijih besi boleh dilombong atau dibeli daripada pemain lain dan tahap kesukaran cabaran ini bergantung kepada masa yang diperlukan untuk menyelesaikannya. 

Tetapan seperti ini boleh menjengkelkan sesiapa. Orang baru tidak akan mahu membazir masa mereka hanya untuk menyelesaikan cabaran ini. Di masa depan, pemaju permainan akan mengubah suai peraturan ini kepada hanya 20 Bijih Besi. 

Namun, Zhang Yang tiada masa untuk berlegar dan menunggu pengubahsuaian itu dilakukan. Dalam tempoh itu, dia boleh meningkatkan tahap hingga ke Tahap 10 atau mungkin 20.

Tambahan pula, ada peluang untuknya mencetuskan cabaran tersembunyi Kelas Pahlawan.

Próximo capítulo