webnovel

Rumah Lelongan dan Serene

Editor: EndlessFantasy Translation

"Asalkan ia disahkan oleh pentaksir kami, barang-barang yang dianggarkan bernilai lebih daripada seratus ribu kristal ajaib boleh dijual di lelongan! Boleh saya bertanya jika awak memerlukan perkhidmatan pentaksiran?" Pelayan itu memberitahu seolah-olah sudah biasa seperti tindakan refleks. Nampak sangat yang dia telah mengatakan ini beberapa kali sebelum ini. Nampaknya dia bukan orang pertama yang datang untuk menganjurkan sesuatu lelongan.

"Bawa saya ke sana!" Leylin menjawab dengan ringkas. Tidak lama selepas itu, dia mengikuti pelayan itu dan tiba di hadapan beberapa bilik yang diubah suai khas untuk pentaksiran.

Semasa dia lalu di situ, dia dapat merasakan formasi sihir yang ditanam di bawah tanah serta beberapa rune yang tersembunyi pada dinding itu. Kawalan keselematan di sini jauh lebih ketat dari di luar ditambah pula dengan pengawasan seorang Magus pangkat 3.

Capítulo Bloqueado

Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com

Próximo capítulo