webnovel

Posyen Pertahanan

Editor: EndlessFantasy Translation

Rune belenggu halus bersaiz sehelai rambut berbanding ular Mankestre besar itu. Walau bagaimanapun, di bawah kekangan belenggu, ular besar itu terkunci di atas tanah dan tidak dapat bergerak.

"Cepat, serang!" Jackson melaung, dan pedang besarnya memancar cahaya.

Di sebelah Jackson, lelaki berjubah kelabu itu turut mengangkat jubahnya, dan mendedah rupa Manusia Separuh Binatang sambil tergesa-gesa membaca jampian.

* Ngaum! * Makhluk-makhluk yang lain berasa terancam terhadap ibu mereka, dan meluru ke arah Leylin dan yang lain, tanpa memikirkan keselamatan sendiri.

"Pergi mampus!" Leylin keluarkan beberapa posyen letupan api berwarna merah dan hancurkan bilangan makhluk itu sehingga menjadi abu.

"Kelemahan ular Mankestre ada pada matanya, dan ia lebih terdedah daripada hatinya."

Leylin melaung sambil membaca jampi.

Bersertakan bacaan jampi misteri dan bahasa Byron kunoyang bergema di dalam gua itu, sebuah badan berminyak hitam yang tebal muncul di sebelah Leylin, yang mengepung dia.

Bentuk hitam dan berminyak itu meruap dan keluarkan buih sambil ia mengelilingi Leylin dari masa ke masa. Ia berbunyi seolah-olah pereputan bahan. Ketika dia mambaca jampian secara berterusan, tubuh yang berminyak hitam itu berubah bentuk tanpa henti, dan akhirnya menjadi bayang-bayang berkepala singa hitam.

"Pergi!" Leylin menuding.

Kepala singa hitam mengaum, dan meluru ke arah pusat ular besar yang tergenggam itu.

* Pu! * Kepala singa hitam segera membaham kedua-dua mata ular Mankestre itu.

* Sssii! * Ular besar itu bergeliang-geliut secara berterusan sambil melepas tangisan kesakitan. Rune belenggu pada tubuhnya pula keluarkan asap merah.

"Cepat!" Saya tidak dapat mengekangnya!" Imej megah pada muka Murphy berubah dan dia melaung tanpa peduli.

Kepala singa hitam mengunyah kepala ular besar itu tanpa henti di mana ia berubah menjadi lopak berminyak hitam, dan membalut kepala ular besar itu. Akhirnya ia menutup kedua-dua matanya.

"Sekarang!" Mata Leylin berkilau dan dia keluarkan sebiji tabung uji. Kandungan itu bercahaya merah darah dan kelihatan berbahaya.

Ini posyen letupan, tetapi radius letupannya jauh lebih besar berbanding posyen sebelum ini.

Otot-otot pada lengan kanan Leylin mengetat ketika dia melempar posyen itu ke arah minyak hitam.

* Bang! * Satu nyalaan api yang marak timbul dan menyelubungi ular Mankestre yang besar itu. Ular besar itu terbakar.

Ular besar itu terus meronta di mana kepalanya bergerak ke kanan dan kiri, dan ia kelihatan seperti obor api yang besar.

Rune belenggu di sekelilingnya juga berbunyi, dan memberi tanda yang ia tidak dapat bertahan lama lagi.

"Air minyak pereputan ini yang berasal dari kawasan bawah tanah, dan ia dapat memberi serangan gabungan sekurang-kurangnya 9 darjah apabila ia bergabung dengan posyen letupan yang telah diubahsuai oleh Cip A. I.!"

Cahaya biru berkilau secara berterusan di dalam mata Leylin, sambil merakam angka-angka dari letupan itu.

"Hu! hu! Serangan awal tadi telah menembus sebahagian besar daripada pertahanan ular Mankestre besar itu! Tiba masanya untuk membunuh dia!"

Leylin tercungap dengan kuat, dan mukanya kelihatan sangat pucat. Ia seolah-olah telah habiskan semua kekuatan rohani dan kuasa sihirnya, dan sekarang dia terhuyung-hayang beberapa langkah.

Dari kawasan lengannya yang tersembunyi, satu lagi posyen letupan diubahsuai yang telah diguna oleh Leylin sebelum ini, muncul di tangannya.

Leylin tidak akan berharap sepenuhnya pada orang lain, terutamanya pada masa-masa yang genting seperti ini.

Pada masa ini, Manusia Separuh Binatang telah selesai membaca sihirnya.

"Kekuatan totem nenek moyang saya, bertukar sekarang menjadi ais sejuk, dan berikan saya kekuatan untuk membunuh ular Mankestre ini!"

Manusia Separuh Binatang tamatkan sihirnya, dan menyentuh pedang Jackson.

* Sssii! *

Satu lapisan beku mula membalut pedang besar Jackson dan pedang itu bertambah besar dari segi saiz. Pedang Jackson berubah menjadi pedang besar yang beku!

Manusia Separuh Binatang telah gunakan sejenis sihir penguatan senjata yang jarang orang lihat!

"Mengikut imbasan Cip A.I., pada masa ini, pedang besar yang ada pada tangan Jackson mempunyai kekuatan artifak sihir peringkat asas!"

Mata Leylin berkilau, "Ini teknik yang agak hebat!"

Jackson jelasnya telah bekerjasama dengan Manusia Separuh Binatang berkali-kali sebelum ini. Awal tadi, dia telah mengawal tenaganya. Sejurus selepas pedang besarnya dibalut oleh lapisan beku, Jackson melaung dan meluru ke depan untuk menetak leher ular Mankestre.

Pedang itu, yang seolah-olah seperti arca ais gergasi yang berhablur, Jackson dengan kekuatan seorang Satria Agung telah menetak ular besar itu pada permukaan hitamnya.

* Pu-chi! *

Darah merah panas mengalir tanpa henti daripada luka yang mendalam pada leher ular Mankestre itu. Tulang ular itu juga kelihatan. Ular besar itu mengaum, dan membanting dengan sekuat yang mungkin.

* Bang! * Viscount Jackson segera dihentam oleh ular itu, dan perisai badan yang dipakai oleh Jackson kelihatan terkemek.

Pedang besar beku itu mendarat secara menegak di sebelah Jackson, dan tertanam ke dalam tanah.

* Ping Ping Ping! * Lapisan ais meretak, dan akhirnya pedang, yang terbuat daripada keluli itu, hancur menjadi serpihan di atas lantai.

"Nampaknya sihir ini tidak sempurna sama sekali!" Leylin masih bersemangat untuk melihat insiden itu dengan santai.

Walau bagaimanapun, pada masa ini, kulit Murphy berubah menjadi merah, "Saya tidak dapat mengawalnya lagi!"

Dengan pergelutan ular Mankestre yang berterusan, rune belenggu di sekelilingnya akhirnya runtuh dan bunyi getar kedengaran. Untuk bebaskan diri daripada rune, ular itu telah mengalami beberapa luka pada sisiknya.

Bagi ular Mankestre yang cedera, matanya yang berdarah itu nampak nyata. Dengan kelajuan seperti kilat, ia menyapu dan menggulung ekornya. Sebelum Leylin dapat bertindak balas, dia sedar ada kekurangan seseorang di sisinya. Manusia Separuh Binatang yang pada asalnya berdiri di sebelah Leylin kini digenggam oleh ekor ular Mankestre itu.

"Jangan! Selamatkan saya!" Ekor ular terus membelit, dan tubuh ular besar itu hampir menutup keseluruhan badan Manusia Separuh Binatang itu.

Pada masa ini, Jackson yang terbaring di sebelahnya, tidak menjawab seruan pengikutnya sama sekali.

* Ga-cha! * Pada situasi yang riuh-rendah itu, bunyi tulang yang sedang patah kedengaran di udara. Nada tangisan Manusia Separuh Binatang semakin kuat dan akhirnya menjadi sunyi.

Leylin memerhati ular yang besar dan megah itu, sambil keluarkan beberapa posyen yang terdiri daripada pelbagai warna.

* Bang! *

Bayang hitam yang besar membuat serangan, dan mengetuk tabung uji berwarna kuning yang dilempar oleh Leylin. Di kawasan sekitarnya, satu lapisan cahaya kuning muncul, dan menenggelam seluruh badan Leylin.

Satu tenaga besar menyerang Leylin, di mana dia terhempas ke belakang atas batu granit yang berdekatan. Lumpur berterbangan di atas kepalanya ketika dia mendarat, dan terdapat kesan terhasil pada permukaan batu di belakangnya.

Pada masa yang sama Leylin terhempas ke belakang, dan satu lapisan api merah yang besar merebak dari ekor ular itu. Pelbagai warna cahaya turut berkilauan pada tubuh ular itu, dan akhirnya membuat ular Mankestre itu meratap.

Cahaya kuning itu pecah menjadi kepingan, sebelum lenyap ke udara.

Badan Leylin tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia mengerut sambil melihat bintik-bintik cahaya kuning yang cantik itu.

"Kelemahan pembantu paderi menonjol pada langkah pertahanan!"

Model sihir pertahanan untuk sihir pangkat 0 sangat terhad, kerana mereka tidak begitu praktikal. Apabila pembantu paderi mendapat serangan, mereka tidak mempunyai masa untuk menjampi sihir-sihir itu.

Akibatnya, dalam pertempuran antara pembantu-pembantu paderi, ahli yang mendapat serangan dahulu melalui sihir akan menempuh kekalahan atau kematian.

Senario ini akan berlangsung sehingga seseorang mencapai tahap Magus rasmi.

Selain itu, terdapat juga kaedah lain, iaitu dengan meminjam kekuatan daripada barangan istimewa. Sebagai contoh, barangan pertahanan atau ganjil yang boleh aktifkan sihir pertahanan dengan serta-merta.

Walau bagaimanapun, barang-barang pertahanan tinggi seperti ini sukar diperolehi oleh Magus secara rasmi, apatah lagi seorang pembantu paderi.

Leylin dan pembantu paderi yang lain, termasuk Manusia Separuh Binatang, semuanya tidak mempunyai bahan pertahanan. Paling banyak, mereka hanya memakai perisai kulit, yang sama sekali tidak boleh menahan sebarang sihir.

Lebih-lebih lagi, cengkaman ular Mankestre yang biasa akan dapat mengisar mangsa menjadi kepingan daging.

"Menurut rekod akademi, masih terdapat sebilangan pembantu paderi yang mati di tangan Satria dan Satria Agung. Walau bagaimanapun, tidak pernah ada contoh seorang Magus rasmi yang mati di tangan manusia biasa!"

Bagi posyen kuning ini, hasil percubaan terbaru Leylin – Posyen Perisai Berkeliling Trevor!

Posyen sebegini telah memisah dirinya daripada kategori posyen asas. Ia sejenis posyen pemula, dan walaupun di kalangan kategori posyen pemula, ia amat sukar untuk dibancuh oleh sesiapa.

Mengenai kesannya, ia akan menghasil satu lapisan cahaya pertahanan yang akan menahansebarang sihir atau serangan fizikal berdarjah sepuluh atau kurang untuk satu kali!

Dengan kekayaan Leylin daripada menjual posyen, bersama-sama dengan simulasi Cip A.I. yang berterusan, dia hanya berjaya membuat dua botol.

Jumlah yang dibelanjakan telah melebihi 1000 kristal ajaib!

"Posyen ini tidak mudah diperoleh oleh orang lain, dan semua serangan Magi rasmi mempunyai kekuatan serangan lebih daripada 10 darjah, jadi Posyen Perisai BerkelilingTrevor ini diguna oleh pembantu-pembantu paderi pada tahap pertempuran sahaja. Walau bagaimanapun, setiap botol berharga sekurang-kurangnya 500 kristal ajaib. Malah waris langsung kepada keluarga besar tidak mampu membelinya!"

Walau bagaimanapun, bagi Leylin yang mendapat bantuan daripada Cip A.I., dia dapat tingkatkan kadar kejayaannya. Dengan gabungan identiti kepakaran posyennya, dia boleh menaikkan harga Posyen Perisai Berkeliling Trevor kepada 200 hingga 300 kristal ajaib. Oleh sebab ia sejenis muslihat kemenangan, harganya masih munasabah.

"Leylin!" Mata Murphy melebar, "Awak... awak tak apa-apa?"

"En! Saya telah sia-siakan posyen pertahanan yang mahal!" Muka Leylin bertukar gelap, dan kelihatan sangat sedih akan kehilangannya.

"Binatang jahanam ini, saya akan membunuhnya!"

Di seberang medan perang, ular Mankestre besar terbaring setengah mati di lantai, seolah-olah keletihan, dan mengalami kelukaan yang tersebar di seluruh tubuhnya.

Pertama, ia terkena serangan hibrid Leylin, sebelum kepalanya hampir dipotong oleh Satria Agung Jackson sehingga putus. Selepas itu, ia lepaskan diri daripada belenggu Murphy melalui kekerasan, sebelum akhirnya diserang oleh Leylin melalui posyennya sekali lagi.

Kepala ular itu, yang selalu bangga, sekarang terbaring tanpa daya di atas lantai. Lidahnya berdesis, dan darah mengalir keluar dari kawasan lehernya tanpa henti.

"Selepas mengalami kecederaan yang begini teruk, tidak kira betapa kuat daya hidup jenis makhluk ular itu, mereka pasti akan mampus!"

Murphy mengetap giginya, dan menembak sebatang kayu piramid berwarna hijau, tepat pada mata ular besar itu.

*Pu!* Ia menembus mata ular itu, dan lapisan cairan merah dan kuning yang berkilauan namun lut sinar terpercik keluar.

Próximo capítulo