"Lepas abang saya jejak lokasi dia di Australia, dia perangkap Wang Kun di hotel dan tembak kepalanya."
"Ucapkan terima kasih pada Lino bagi pihak saya." Qin Chu mengangguk.
Qin Chu berasa sangat lega setelah dia mendapat kepastian yang Wang Kun, dalang insiden ini, telah mati.
Sekurang-kurangnya dia dan Huo Mian telah membalas dendam dan kesengsaraan mereka tidak sia-sia.
Qin Chu memutuskan untuk menggunakan cara lain kerana Gao Ran dan biro tidak boleh menangkap penjenayah yang berada di negara lain sewenang-wenangnya.
Moto dalam hidup Qin Chu: Jika seseorang menyerangnya, dia akan membalas perbuatan itu sepuluh kali ganda…
"Saya dah ikut apa yang kamu cakap pasal Pekan Dong Tao dan dah keluarkan semua orang, kamu masih nak teruskan siasatan?"
"Dah tentu, tapi saya dah putuskan untuk ketepikan dulu buat masa sekarang. Saya akan siasat sendiri selepas saya pulih sepenuhnya."
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com