"Oh… saya kena gigit dengan anjing, saya patut gigit balik ke?" Huo Mian tersenyum.
"Kamu… sentiasa ada alasan."
"Saya cuma rasa tak perlu. Mereka cuma nak lepaskan marah. Lagipun, tu pergaduhan di antara wanita, orang lain akan cakap kamu menyibuk dan kejam. Saya puan muda Keluarga Qin, dah tentu saya tak akan jatuhkan air muka saya. Tak mungkin saya nak lawan mereka macam perempuan bengis. Nanti jatuh status saya. Lagipun, saya dah jadi doktor sekarang."
"Baik, Doktor Huo, kamu menang."
Qin Chu memandang Huo Mian dengan penuh rasa sayang…
"Tangan kamu sakit lagi?"
"Taklah… cuma luka kecil, nanti saya sapu iodin bila kita sampai rumah."
"Okey."
Sebaik sahaja Qin Chu melihat Huo Mian cedera, dia segera menamatkan perbualannya dengan Datuk Bandar Song mengenai tanah yang telah diperuntukkan.
Itu menunjukkan betapa pentingnya Huo Mian kepada Qin Chu - dia sanggup mengenepikan segala-galanya, termasuklah kerjayanya…
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com