Bapa Pemisahan Roh Sekta Takdir Ungu Lembayung yang pertama senyap beberapa ketika sebelum memulakan bicara, "Aku terima pesanan dari Orang Kanan Sekta. Fang Mu dari Divisyen Pil Timur telah meninggalkan Sekta Takdir Ungu Lembayung. Kami tak tahu sama ada dia masih hidup atau telah mati. Sekiranya dia masih hidup, dia tak ada kena mengena dengan Sekta Takdir Ungu Lembayung. Sama juga, jika dia dah mati, dia tetap tak ada kena mengena dengan kami."
Matanya bersinar dengan terang saat suaranya bergema patah demi patah. Untuk mengutarakan perkataan sedemikian telah menyebabkan dia berasa begitu malu, juga terlampau sedih.
Bapa Pemisahan Roh seorang lagi hanya membisu, namun kerutan kecil muncul di keningnya. Nampak kemarahan membuak di dalam matanya yang bila-bila masa saja akan meledak. Namun, dia tahu biar apapun, mereka tidak boleh menyinggung perasaan Puak Ji.
Apoie seus autores e tradutores favoritos em webnovel.com